KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Program pertandingan gusti lengan negeri Selangor untuk tahun 2009

Wednesday, January 14, 2009

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah merancangkan program gusti lengan untuk tahun 2009, diantaranya adalan penganjuran Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 sebagai salah satu program besar untuk tahun 2009. Dalam mesyuarat AJK Induk PSLNS yang diadakan baru-baru telah bersetuju untuk sebanyak 9 sirkit pertandingan gusti lengan Selangor dan diikuti dengan Grand Final Gusti Lengan Selangor 2009 pada bulan Disember, 2009.

Setiausaha PSLNS memaklumkan bahawa sirkit pertandingan ini akan diadakan di setiap daerah di Selangor. Sirkit yang pertama dijadualkan diadakan pada 28hb. Februari, 2009 di Subang. Lima kategori pertandingan akan diadakan melibatkan 3 kategori bagi lelaki dan dua kategori bagi wanita. Untuk acara sirkit ini semua pemain dikehendaki menyertai kesemua sirkit dan akan mengutip mata pada setiap sirkit dan pemain yang mempunyai mata terbanyak akan diberikan gelaran Mr Selangor 2009 pada Pertandingan Grand Final.

Disamping itu juga, PSLNS merancang untuk menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor 2009 pada bulan Ogos 2009. Pertandingan ini akan melibatkan semua pemain-pemain gusti lengan di Malaysia. hanya pemain yang telah mempunyai cap tertentu sahaja akan dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Dalam masa yang sama juga, PSLNS turut merancang Pertandingan Gusti Lengan Berpasukan Selangor 2009. Pertandingan ini diadakan secara berpasukan. Pasukan yang akan dijemput terdiri pasukan beruniform, PBT dan syarikat-syarikat korporat.

Kursus-kursus teknik permainan gusti lengan dan kursus pengadil gusti lengan juga telah diaturkan untuk tahun 2009.

Kertaskerja bagi program yang dinyatakan sedang disediakan oleh Bahagian Pertandingan PSLNS.

Pemain-pemain gusti lengan selangor diminta membuat persiapan awal untuk menghadapi pertandingan yang dirancangkan ini.

Kursus Pengadil Gusti Lengan 1/2009

Tuesday, January 13, 2009

Bertujuan melahirkan lebih ramai pengadil-pengadil bagi acara sukan gusti lengan di Malaysia, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor(PSLNS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MAA) akan menganjurkan kursus untuk pengadil-pengadil gusti lengan seperti berikut;

Tajuk Kursus : Kursus Pengadil Gusti Lengan 1/2009
Tarikh : 8hb. Februari, 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Lesungku Café,
Jalan Dinar AU3, Subang Perdana
40000 Shah Alam, Selangor

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan pengadil-pengadil gusti lengan yang berkelayakan dan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dan Persatuan Sukan Lengan Malaysia.

Kursus ini akan mendedahkan peserta kepada peraturan dan undang-undang pertandingan gusti lengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh World Armsport Association (WAF). Mereka yang menghadiri kursus dan lulus dalam ujian yang dijalankan akan diberikan sijil pengadil yang melayakkan mereka untuk mengadili perlawanan-perlawanan gusti lengan anjuran Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dan Persatuan Gusti Lengan Malaysia.

Mereka yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679 untuk maklumat lanjut.


*************

Selangor Armsport Association with collaboration of Malaysia Armsport Association will conduct a training program for armwrestling referees as follows;

Title : Armwrestling Referees Course 1/2009
Date : 8th of February, 2009
Time : 9.00 am – 5.00 pm
Venue : Lesungku Café,
Jalan Dinar AU3, Subang Perdana
40000 Shah Alam, Selangor

For registration, please call the Secretary of Selangor Armsport Association at 0129402679.

Sesi latihan Gusti Lengan Selangor

Semua pemain-pemain gusti lengan Selangor dan mereka yang berminat mempelajari gusti lengan (lelaki dan wanita) dijemput menghadiri sesi latihan yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 17/01/2009 (dan setiap hari Sabtu)
Masa : 3.00 hingga 6.00 petang
Tempat : Lesungku Cafe
Subang Perdana, Subang (Kira-kira 3 km dari Lapangan terbang Sultan Abdul Shah, Subang)

Sesi latihan pasukan gusti Selangor ini akan diadakan pada jam 3.00 petang hingga 6 petang setiap hari Sabtu di bawah kendalian Ketua Jurulatih pasukan Gusti Lengan yang baru dilantik iaitu Encik Suhaimisidy Zakaria. Beliau juga akan dibantu oleh Encik Sarwan, jurulatih gusti lengan PSLNS.

Sesi latihan kali ini, pemain juga akan didedahkan dengan teknik-teknik permainan dan peraturan perlawanan gusti lengan yang telah ditetapkan oleh World Armsport Federation (WAF).

Ketua Jurulatih PSLNS akan membentuk dua pasukan gusti lengan Selangor iaitu pasukan senior dan pasukan junior. Pemilihan akan dibuat berdasar pengalaman dan prestasi pemain-pemain semasa latihan diadakan.

Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi dengan menghubungsi Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679.

Peta ke Lesungku Cafe seperti dibawah;

Pertandingan Gusti Lengan Melaka Terbuka 2009

Friday, January 9, 2009

Persatuan Gusti Lengan Melaka akan mengadakan Pertandingan Gusti Lengan Melaka Terbuka 2009 pada 15 Mac, 2009 bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka. Pertandingan akan melibat Kategori A Lelaki 75kg ke atas, kategori B, Lelaki 75kg ke bawah, manakala kategori C Waanita terbuka. Yuran penyertaa RM5.00 sahaja.

Hadiah kategori lelaki adalah, Juara RM500 + Piala, ke dua RM300 + Piala, ke tiga RM100 + Piala dan ke empat RM50 + Piala.

Hadiah untuk kategori wanita adalah, Juara RM300 + Piala, Ke dua RM200 + Piala, ke 3RM100 + Piala dan Ke empat RM50 + Piala.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Setiausaha PSLNS 012-9402679.

Gusti Lengan Selangor di SINAR 5 Januari 2009

Saturday, January 3, 2009

Untuk makluman semua ahli PSLNS, pemain dan peminat gusti lengan. Akhbar SINAR edisi Selangor merupakan akhbar yang sentiasa menyiarkan berita tentang aktiviti-aktiviti sukan gusti lengan negeri Selangor. Akhbar ini telah memberi ruang yang cukup baik kepada pihak PSLNS untuk menyiar apa jua berita tentang gusti lengan. Pihak PSLNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak akhbar SINAR.

Sila dapatkan naskah anda kerana akhbar SINAR akan menyiarkan berita tentang gusti lengan negeri Selangor pada hari Isnin 5 Januari 2009.

akhbar sinar1 Antara berita yang pernah tersiar di akhbar SINAR

Pemain muda Selangor menyerlah di Alor Setar

Friday, January 2, 2009

Pasukan Selangor yang diwakili oleh rata-rata pemain-pemain muda yang baru menceburi sukan gusti lengan, telah menunjukan prestasi yang amat memuaskan. Walaupun terpaksa menentang peserta-peserta yang jauh lebih berpengalaman, 3 pemainnya berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam tiga kategori pertandingan pada Pertandingan Gusti Lengan Kedah’. Pertandingan ini sempena karnival Jom Pi Menara, telah diadakan pada 27 Disember, 2008 di Menara TM, Alor Setar, Kedah.

DSCF1276
Perlawanan sesama sendiri, Afrizal (kiri) lawan Zuaslan

Pertandingan yang disertai oleh wakil dari 9 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Selangor, mempertandingkan 3 kategori iaitu Kategori A, lelaki 75kg ke atas, kategori B lelaki 75 – 65kg dan kategori C, lelaki 65kg be bawah. Tiada kategori wanita yang dipertandingkan. Pemain dari Melaka Lee Thiam Siew juarai katagori A lelaki, Isman bin Wahid dari Perlis pula menjuarai kategori B dan Md Zahir bin Hj Abd Ghani dari Kedah muncul juara bagi kategori C lelaki 65kg ke bawah

Pemain-pemain gusti lengan Selangor yang berjaya melayakan diri hingga ke peringkat suku akhir adalah Mohamad Fairudin bin Mohd Suki layak ke suku akhir kategori lelaki C, Mohd Rahmat bin Razali bagi kategori B, dan Afrizal Yunus ke suku akhir kategori A lelaki 75kg ke atas.

Berbanding pihak lawan diwakili oleh pemain-pemain berpengalaman, kejayaan layak ke suku akhir adalah permulaan yang baik bagi skuad muda Selangor ini. Selangor telah menghantar seramai 15 orang peserta untuk bertanding pada pertandingan ini. Tujuan penyertaan pada pertandingan ini adalah merupakan pendedahan kepada pemain-pemain gusti lengan selangor yang rata-rata masih muda dan kurang pengalaman untuk bersaing dengan pemain-pemain negeri .

Afrizal bin Yunus yang berjaya layak ke peringkat suku akhir menyatakan, beliau agak kurang bernasib baik kerana telah diundi untuk menentang juara kebangsaan dalam peringkat suku akhir. Walau pun mensasarkan untuk sekurangnya ke separuh akhir tetap berasa bangga kerana dapat ke peringkat suku akhir memandangkan pertandingan ini disertai oleh ramai pemain-pemain yang berpengalaman.
.
Bagi Mohd Muazan, juga pelajar tahun 1 UKM Bangi, bertanding dalam kategori A, pula menyatakan, penyertaannya pada pertandingan ini telah memberikan pengalaman yang cukup berguna hasil dari pertemuan beliau dengan pemain-pemain berpengalaman dari negeri lain. Saya dapat mempelajari beberapa teknik permainan yang mampu mempertajamkan skill saya dalam sukan ini.

Sementara itu, Setiausaha PSLNS, Shamsul Kahar berkata, walau pun hanya tiga wakil Selangor sahaja yang layak ke peringkat suku akhir, prestasi keseluruhan pemain-pemain Selangor amat memberangsangkan, mampu memberi saingan sengit kepada pemain-pemain lain. Kalau tidak kerana beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan, beberapa orang lagi pemain Selangor mampu layak ke peringkat suku akhir.

Selepas ini, pemain Selangor akan meneruskan latihan untuk persiapan menyertai Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang akan diadakan pada bulan Mac 2009. Orang ramai yang berminat untuk turut sama adalah dijemput menjalani latihan dan belajar teknik gusti lengan yang akan diadakan pada setiap petang hari Sabtu di Subang Perdana, Shah Alam.

PSLNS juga akan mengadakan Kursus Asas Pengadil Gusti Lengan 1/2009 yang akan diadakan pada 18 Januari, 2009 di Subang Perdana. Kursus ini diadakan bagi tujuan melahirkan lebih ramai pengadil gusti lengan yang berkelayakan. Kursus ini akan diadakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Malaysia. Mereka yang berminat untuk enjadi pengadil boleh berhubung dengan Naib Presiden 1, Muhamad Razali bin Shaharin 0129722228 untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut aktiviti gusti lengan Selangor boleh merujuk ke laman web persatuan di www.sukanlenganselangor.blogspot.com atau emailkan apa juga pertanyaan ke selangorarmsport@yahoo.com

DSCF1217Bergambar beramai-ramai sebelum perlawanan

DSCF1287
Sharil Amir (kanan) sedang beraksi