KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

ARMWRESTLING CHALLENGE @ MaTiC FEST 2012

Monday, October 29, 2012






 
 
Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012
Tarikh, Masa dan Lokasi
Pertandingan ini akan diadakan pada 14hb dan 15hb. Disember, 2012 bertempat di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Masa pertandingan adalah;

14 Disember, 2012
03.00ptg – Pendaftar pertandingan
08.00mlm – Perlawanan pertunjukan

15 Disember, 2012
08.00pagi - Pendaftaran
10.30pg - Taklimat Pertandingan
11.00pgi- Perlawanan pusingan awal

08.30mlm- Perlawanan Separuh akhir dan akhir

Kategori Pertandingan
Sebanyak 3 kategori akan di pertandingkan iaitu;

1. Kategori A Lelaki 85.1kg ke atas
2. Kategori B Lelaki 75.1kg – 85kg
3. Kategori C Lelaki 75kg ke bawah


Penyertaan 
Penyertaan adalah terbuka kepada;
1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.
2. Lelaki sahaja.
3. Berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh pertandingan.
4. Peserta peserta yang pernah atau sedang mengalami tangan patah, retak atau terseliuh lengan, tidak dibenarkan mengambil bahagian.
5. Bukan seorang penagih dadah atau bekas penagih dadah.


Tatacara dan Peraturan
Tatacara dan peraturan pertandingan ini berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan World Armwrestling Federation (WAF) sahaja. Pertandingan Gusti Lengan dijalankan secara berdiri (standing). Pertandingan Gusti Lengan hanya menggunakan tangan kanan sahaja


Format Pertandingan
Pertandingan ini akan menggunakan format "kalah mati dua kali (double elimination)" iaitu pemain yang kalah dua perlawanan akan terkeluar dari pertandingan.  Setiap kategori hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 penyertaan. Sekiranya penyertaan mana-mana kategori kurang dari jumlah berkenaan, pihak penganjur mempunyai kuasa samada meneruskan atau membatalkan pertandingan bagi kategori yang berkenaan.

Pakaian dan Tingkahlaku Peserta
Para peserta diwajibkan berpakaian sukan yang bersesuaian. 
Para peserta diwajibkan berkasut sukan dan tidak memakai topi. Jam tangan, cincin dan sebagainya tidak boleh dipakai dari bahu hingga ke jari semasa perlawanan diadakan. Peserta dikehendaki memelihara ketatasusilaan serta memelihara keharmonian sepanjang kejohanan diadakan. Semangat kesukanan yang ditunjukkan haruslah menghormati etika ketika berada di tempat awam. Peserta yang disyaki di bawah pengaruh dadah dan alkohol tidak akan dibenarkan bertanding.  Para peserta dan pegawai pegawai penganjur adalah tertakluk kepada Undang-Undang Persekutuan, Undang Undang Kerajaan Tempatan dan Peraturan Peraturan yang diwartakan oleh pemilik premis kejohanan.


Pengadilan
Pengadil adalah dari kalangan mereka yang dilantik dan diiktiraf oleh PSLNS sahaja. Pengadil terdiri daripada mereka yang mempunyai Sijil Pengadilan World Armwrestling Federation (WAF) dan /atau Sijil Pengadilan PSLNS.  Pengadilan setiap pertandingan akan merujuk kepada syarat-syarat am dan undang-undang teknikal pertandingan yang ditetapkan oleh PSLNS.  Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.

Tanggungjawab
Pihak Penganjur dan PSLNS adalah tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan, kemalangan atau kehilangan harta benda peserta atau sebarang kehilangan atau kecelaan nama baik dan reputasi yang terhasil dari pertanndingan ini ke atas peserta.
Yuran
Yuran yang dikenakan adalah RM10.00 sahaja.
Jika berlaku penarikan diri pada bila-bila masa atau atas apa juga sebab, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

Hadiah
Hadiah : Juara - RM500 + medal+sijil
Naib Juara - RM300 +medal+ sijil
Ke 3 - RM200 + medal+sijil

Ke 4 - 8 : RM50+ sijil

Komunikasi
Sebarang pertanyaan berkenaan boleh berhubung dengan
1. Encik Ab. Aziz bin Ali, Presiden PSLNS 012-4189438
2. Encik Shamsul Kahar, Pengarah Pertandingan PLSNS 0129402679
3. Email: selangorarmsport@yahoo.com,
saa_secretary@yahoo.com

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR “MALAYSIA BOOK OF RECORDS" AKTIVITI GUSTI LENGAN PENYERTAAN TERBESAR DI MALAYSIA 2

Sunday, October 21, 2012


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR “MALAYSIA BOOK OF RECORDS" AKTIVITI GUSTI LENGAN PENYERTAAN TERBESAR DI MALAYSIA



TAHNIAH!! REKOD BARU "MALAYSIA BOOK OF RECORD" 1060 PENYERTAAN ACARA GUSTI LENGAN

BRAVO! BRAVO! BRAVO!!!

TAHNIAH kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia kerana berjaya mencatat rekod baru bagi "Malaysia Book of Record - Aktiviti Gusti Lengan Penyertaan Terbesar di Malaysia" dengan seramai 1060 penyertaan. Jumlah mengatas rekod yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Ipoh yang mencatat 800 peserta pada tahun 2005.

Encik Musa Zainol Abdin Othman menerima Sijil Malaysia Book of Record  daripada Cik Mira, wakil Malaysia Book of Record 


Selain Gusti Lengan, lain acara di Pesta Konvo Ke 40 UKM

Saturday, October 20, 2012




PERLAKSANAAN PROGRAM “MALAYSIA BOOK OF RECORDS" AKTIVITI GUSTI LENGAN PENYERTAAN TERBESAR DI MALAYSIA


Salam.

Ramai yang bertanya kepada Badangpower, adakah program ini berbentuk pertandingan? Berdasarkan perbincaangan dengan pihak Sekretariat Pesta Konvoksyen Ke 40 UKM prrogram ini bukanlaag satu bentuk pertandingan. Ianya cuma cara bermain gusti lengan secara beramai-ramai dengan serentak. Peserta yang terlibat hanya perlu berlawanan dengan pasangan masing-masing. Sasaran yang hendak dicapai adalah seramai 1000 orang peserta akan bermain secara serentak. Badangpower dimaklumkan bahawa rekod sekrang adalah seramai 800 orang yang telah dilakukan pada tahun 2003 di Ipoh.

Pihak Sekretariat bercandang acara ini akan dapat dimulakan pada jam 11.00 pagi walaupun pihaka Malaysia Book of Record memeberikan masa sehingga pukul 5.00 petang. Acara ini dibuka kepada semua iaitu lelaki dan perempuan. Tidak kira anda siapa, anda boleh menjadi salah seorang peserta dalam acara ini. Jadi bawahlah  bersama keluarga anda bagi menjayakan program ini dan seterusnya memecahak rekod Malaysia Book of Records Acara Gusti Lengan Penyertaan Terbesar di Malaysia.

ANDA SEMUA DIJEMPUT. JADILAH SALAH SEORANG PENCATAT REKOD DI MALAYSIA BOOK OF RECORD.

Daughter versus Daddy in picture

Friday, October 19, 2012


Go daddy gooo...

PROGRAM “MALAYSIA BOOK OF RECORDS" AKTIVITI GUSTI LENGAN PENYERTAAN TERBESAR DI MALAYSIA





PROGRAM

8.00pg - 8.30pg
Pendaftaran

8.30pg – 9.00pg    
Persiapan/Persediaan peserta 'Malaysia Book of Records" Perlawanan Gusti Lengan Penyertaan Terbesar di Malaysia
(MBOR PK40)         
                   
9.00pg – 5.00ptg                     
Aktiviti 'Malaysia Book of Records" Perlawanan Gusti Lengan Penyertaan Terbesar di Malaysia (MBOR PK40) berlangsung

5.00ptg-6,00ptg
Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan MBOR




“MALAYSIA BOOK OF RECORDS" AKTIVITI GUSTI LENGAN PENYERTAAN TERBESAR DI MALAYSIA


Program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke 40 UKM bertemakan “Mahasiswa Berinovasi Menjana Transformasi” menyasarkan penglibatan daripada seluruh kominiti di Malaysia terdiri daripada orang awam yang berminat untuk turut serta dalam beradu tenaga dalam mempamerkan ketahanan fizikal masing-masinq adalah aktiviti Gusti Lenqan dan sasaran para peserta ini termasuklah secara khususnya dalam kalangan mahasiswa/i Unversiti Kebanqsaan Malaysia (UKM) serta institusi Pengajian Tinggi di sekitar Lembah Klanq termasuklah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknoloqi MARA (UiTM), Universiti Melaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) serta institusi lain. 

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempopularkan Sukan Gusti Lenqan dalam arena sukan di Malaysia yang dilihat semakin popular dalam kalanqan rakyat Malaysla. Di samping itu, sebagai serampanq dua mata, baqi menggalakkan penyertaan daripada seluruh lapisan masyarakat. Program ini juga akan cuba mencatat rekod dalam “Malaysia Book of Records" sebaqai aktiviti Gusti Lengan yang mendapat penyertaan terbesar di Malaysia.


“MALAYSIA BOOK OF RECORDS" AKTIVITI GUSTI LENGAN PENYERTAAN TERBESAR DI MALAYSIA

TARIKH DAN MASA
21 OKTOBER 2012
9.OO PAGI 5.OO PETANG


TEMPAT
PENTAS UTAMA, DEWAN GEMILANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


AN]URAN
SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN KE-4O
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)


DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN GUSTI LENGAN SELANGOR



Dua Menteri bergusti lengan. Siapa yang menang?

Sunday, October 7, 2012







ehsan:  Bee Ant Blues

Dato Ahmad Tarmimi Saregar bakal cabar jawatan Presiden !


Tajuk di atas acah sahaja. Sekadar nak naikkan rating blog ni. Jangan marah!.

Mesyuarat Agong PSLNS tahun hadapan akan diadakakan pemilihan untuk jawatan Presiden dan AJK baru. Dengar kata Dato Tarmimi Saregar berminat dengan sukan gusti lengan (tak caya tengok gambar kat atas). Apa salahnya kalau Dato cuba-cuba, lepas tu boleh kita ajak Maya Karin ke, Ning Baizura, Neelofa, Anzalna, Izara, pendek kata semua artis perempuan je la......

Gambar-Gambar Sekita Pertandingan Gusti Lengan KSN














Keputusan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2012



Category A

1st - saedon(melacca)
2nd - Rahman(melacca)
3rd - shafie(Selangor)
4th - Mohd Fauzi Basri(Selangor)

Category B

1st - Zil Fadli(Selangor)
2nd - Hairul Lee(Selangor)
3rd - Raymond(Selangor)
4th - Mervyn Siew(Selangor)

Category C

1st - Mohamad Nizar Yusof(Selangor)
2nd - Zamri Saad(Kedah)
3rd - Abdul Razak(Selangor)
4th - Unknown(Selangor)


Congratulation to all winners!!

Courtesy of Zil Fadli

Nizar Yusof, juara Kategori C