Salam Sejahtera.
Ramai yang bertanya dengan Badangpower, bagaimana nak bermain gusti lengan yang betul. Jenuh juga nak menjawab pada setiap kali ditanya benda yang sama terutama oleh mereka yang baru sahaja nak berjinak-jinak dengan sukan gusti lengan. Di sini Badangpower perturunkan secara bergambar dan penerangan semudah mungkin. Harapan Badangpower penerangan ini akan sedikit sebanyak membantu terutama kepada mereka yang baru nak menceburi dalam sukan gusti lengan.
Jom, kita perlahan-lahan mulakan.
Semasa memulakan perlawanan, sekiranya perlawanan mengunakan
tangan kanan, genggam tangan lawan dan pastikan siku anda diletak di atas pad siku, sementara tangan kiri memegang pedal meja. Pastikan kaki kanan anda berkedudukan di depan rujuk gambar)
begitu juga sebaliknya. Dengan cara ini kekuatan atau kesetabilan badan akan
berpindah dari kaki hadapan ke kaki belakang.
Semasa menggengam tangan masing-masing, pastikan ibu jari
berada dibawah jari-jari anda (rujuk gambar). Ini akan membolehkan anda
melakukan teknik yang dipanggil sebagai "top roll".
Rapatkan perut anda ke meja. Kalau kaki kanan berkedudukan di
hadapan, pasti pinggul sebelah kanan anda juga dirapat sedikit ke atas.
Rapatkan lengan sebelah atas anda ke badan (rujuk gambar).
Dengan cara ini kekuatan lengan dan badan digabungkan dan akan dapat digunakan
secara serentak. Cara ini membolehkan anda menggunakan kekuatan anda secara maksima berbanding dengan
menggunakan berlawanan dengan menggunakan kekuatan lengan anda semata-mata.
Semasa mengengam tangan lawan sewaktu permulaan, gunakan kekuatan pergelanggan tangan untuk mula memberikan tekana kepada lawan anda. Ia akan memberikan kelebihan kepada anda ke atas lawan sebaik pengadil menyebut perkataan "Ready...... Go!".
Cuba dapat kedudukan tangan anda berada di dalam keadaan di atas tangan lawan..Cuba bengkok pergelangan tangan lawan ke arah dada anda Anda mungkin akan ditegur pengail agar meluruskan kedudukan genggam, namun cuba dapat kedudukan genggaman seperti dinyatakan.. Ini akan membuat kedudukan
genggaman anda lebh kukuh. Sekiranya tidak dapat, pasti pergelangan anda lurus dan jangan biarkan lawan
anda berusaha membengkokkan pengelangan anda pula.
.
Semasa menekan tangan lawan, arahkan ke penjuru meja sambil memusing badan anda.. Gunakan kekuatan seluruh badan anda untuk menekan tangan lawan dengan mengarahkan ke arah anda. Ini bertujuan untuk membuat tangan lawan berada di dalam keadaan terbuka.
Di dalam keadaan lengan terbuka dan berkedudukan di bawah tepat, lawan anda akan
menghadapi kesukaran untuk mengangkat
tangannya semula.
Semasa anda berada di dalam keadaan begini (Rujuk gambar), anda boleh gunakan beberapa teknik mengikut keadaan yang sesuai; Teknik yang biasa dignakan adalah apa yang dipanggil sebagai “The Hook”. Teknik ini amat berkesan jika kekuatan anda
dan lawan anda hampir seimbang. Sebaik arahan mula diterima, anda secara pantas
memulas pergelangan tangan lawan ke dalam (ke arah diri anda). Untuk teknik
anda perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan lengan bahagian atas (bicep).
Bertahan dengan kedudukan ini kemudian mula berikan tekanan ke atas tangan
lawan dengan menekan ke bawah..Tangan dan badan anda hendaklah dirapatkan kemudian
tekan tangan lawan ke bawah. Mula gerakan badan (bahu ) anda berada di atas
tangan anda yang sedang melakukan tekanan. Dalam keadaan begini tidak ramai
pemain lawan yang mampu bangkit semula.
Anda boleh juga menggunakan teknik “The top roll”. Teknik ini adalah tindakan
mengangkat/mengungkit (leverage) tangan anda (jari jemari). Anda memberi
tekanan terhadap tangan lawan anda dengan cara memaksa lengannya terbuka dan
membuat kesukaran kepadanya untuk memberi tindak balas menggunakan kekuatan
tubuh badannya. Semasa melakukan genggaman, rapatkan kedudukan siku anda dan
lawan anda. Sewaktu mengenggam, pastikan tanda anda berada di atas atau
berkedudukan lebih tinggi dari tangan lawan anda. Paksa lawan anda membuka
ruang (antara tangan dan dada). Ini akan menyebabkan lawan anda sukar
menggunakan kelebihan fizikalnya (muscle). Kedudukan tangan yang lebih tinggi
akan memberikan anda banyak kelebihan. Sebaik bermula, segera pusingkan tangan
anda ke arah anda dan tarik tangan lawan anda ke arah anda dengan cara
melakukan tekanan dari atas kemudian tarik badan anda ke belakang. Dalam masa
yang sama tekan tangan lawan ke bawah.
.
Untuk menewaskan lawan anda, pusingkan badan dengan
kedudukan bahu pada arah yang anda mahu tengan anda melakukan tekanan. Cara ini
membolehkan kekuatan bahu dan badan digunakan untuk menang
Setakat ini, anda berlatihlah menggunakan teknik yang
dinyatakan kemudian cuba pula pelbagai teknik-teknik yang lain. Ini akan
Badangpower jelaskan pada episod akan datang. Kalau ada sesiapa di luar sana yang nak tambah atau nak
perbetulkan apa yang Badangpower nyatakan di atas, Badangpower amat
mengalu-galukan. Email cerita anda ke badangpower@yahoo.com
Jadi jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment