PESAN HAIRUL LEE UNTUK ANDA SEBELUM KE ARMWRESTLING CHALLENGE @ PSN 2013

Saturday, May 18, 2013

Share this history on :


Salam.

Bagi anda yang akan turun bertanding di Armwrestling Challenge @ PSN 2013 pada 2 Jun, 2013 di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, ini ada satu nasihat berguna daripada Hairul Lee, Superstar Armwrestling Selangor,

Kepada semua yang baru sertai sukan ini.sedikit nasihat dan juga panduan sebelum anda hadirkan diri ke pertandingan.

1)pastikan 3 hari sebelum pertandingan anda stop latihan berat.jangan angkat berat dan sparring.tangan yang tak sakit akan pastikan anda boleh bermain lagi lama.sekadar angkat dumbell 5kg dah memadai dan jgn sampai tangan sakit.

2)bagi yang berat ngam2 sahaja.3 hari sudah cukup untuk diet turunkan 3-4kg.kurangkan minum air dgn banyak dan kurangkan makan lewat malam sebelum pukul 8pm.jangan kerana 1kg lebih anda kena lawan dgn org yg lebih 8kg dari anda.

3)ambil makanan yang banyak protien untuk repair muscle yg sakit masa latihan dan cukupkan rehat sebelum pertandingan.tido cukup itu penting.

4)sebelum pertandingan pastikan warm up sedikit tangan untuk sediakan muscle yang akan digunakan.jangan sampai sakit.jangan sparring langsung masa game jalan.

5)paling penting ialah jangan poyo di atas meja kalau anda kuat dari lawan.sebab lawan anda seterusnya di separuh akhir jauh lagi poyo dan kuat berganda.sekian....


Dengar tu, kata pakar armwresling Selangor.

Badangpower: Dengar kata Hairul Lee pernah ditawarkan watak hero dalam KL Gangster, betul ke? Siapa tahu, tolong cerita sikit.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: