Mengikut peraturan WAF Section 6 - Universal Words, terdapat beberapa perkataan yang wajib diketahui oleh ahli gusti lengan yang bertanding. Kerana perkataan-perkataan ini sahaja yang dibenarkan kepada pengadil-pengadil untuk berkomunikasi dengan pemain. Jadi amat mustahak kepada pengadil dan pemain sukan gusti lengan mempelajari, mengingati, memahami dan digunapakai sewaktu pertandingan.
Section 6 - Universal Words
• Each competitor should know the following words.
Ready... Go, Knuckles, Elbow down, Wrist, Shoulders, Stop, Warning, Winner, Over, Referee Grip, Back, Thumb Down, Don’t move, Center, Coincidental, Grip, Foul, Under, Strap, Dangerous Position.
Perkataan-perkataan yang di atas digunapakai oleh pengadil dalam perlawanan gusti lengan. Anda sebagai ahli gusti lengan wajib memahami perkataan-perkataan berkenaan, dan segera bertindakbalas sebaik sahaja ianya diucapkan oleh pengadil perlawanan, Mari kita fahami maksud perkataan di atas satu persatu.
****
Ready... Go
Apabila pengadil menyebut perkataan "Ready... Go" pemain hendaklah segera memulakan perlawanan iaitu dengan segera melakukan tekanan (pin) terhadap tangan lawan.Pemain yang memulakan perlawanan sebelum pengadil menyebut perkataan berkenaan akan diberikan satu amaran (warning).
Dangerous Position
Perkataan ini bermaksud salah seorang pemain telah berada dalam kedudukan yang boleh mendatangkan kecederaan (Broken Arm Position). Pemain yang mendapatkan arahan "Dangerous Position" hendaklah segera mengubah kedudukan. Sekiranya setelah diarahkan pemain itu masih tidak mengubah kedudukannya, pengadil akan menyebut untuk kali kedua, dan sekiranya selepas sebutan kali kedua, pemain itu belum mengubahkan kedudukannya, pengadil akan memberhentikan perlawanan serta merta. Sekiranya pemain berkenaan berada dalam kedudukan kalah, maka pemain berkenaan diberikan kekalahan oleh pengadil, dan sekiranya pemain itu dalam kedudukan menang, pemain itu diberi satu kesalahan (foul) dan perlawanan dimulakan semula. Badangpower akan bincangkan tajuk ini kemudian.
Strap
Apabila pengadil menyebut perkataan "Strap" ianya memberi maksud bahawa kedua-kedua pemain akan memulakan perlawanan dengan tangan mereka akan diikat oleh pengadil. Ini berlaku apabila terjadinya "slip out" atau genggaman terlucut sewaktu perlawanan sedang berlangsung. Pengadil yang akan membuat ikatan berkenaan dengan sejenis tali yang berupa seakan tali pinggang.
Foul
Pengadil akan menyebut perkataan "Foul" apabila salah seorang pemain melakukan kesalahan. Pengadil akan menunjukan tangannya ke arah pemain yang melakukan kesalahan berkenaan.
Grip
Kedua-dua pemain hendaklah segera mula melakukan genggaman (grip) kedua tangan mereka apabila pengadil menyebut perkataan "Grip". Pemain yang dengan sengaja melengahkan melakukan genggaman akan diberi amaran oleh pengadil.
Coincidental
Pengadil akan menyebut perkataan "Coincidental" apabila beliau merasakan kesalahan yang dilakukan seperti terlucut genggaman (slip out) sewaktu perlawanan sedang dijalankan adalah tidak disengajakan oleh kedua-dua pemain. Oleh itu tiada amaran atau kesalahan yang dikenakan kepada mana-mana pemain.
Center
Pengadil menyebut "Center" untuk mengingatkan pemain-pemain di permulaan perlawanan untuk memastikan tangan kedua pemain yang dalam kedudukan sedang mengenggam berada di garisan tengah meja perlawanan.
Referee Grip
Pengadil akan menyebut perkataan "Referee Grip" apabila pemain-pemain gagal melakukan genggaman tangan mereka berdua dengan sempurna selepas satu minit. Seterusnya pengadil perlawanan akan melakukan genggaman untuk kedua-dua pemain dengan merapatkan kedua-dua tangan pemain, tapak tangan bertemu tapak tangan kemudian pengadil akan membuat genggaman ke atas kedua-dua tangan pemain. Pemain-pemain dikehendaki mengikuti apa yang dilakukan oleh pengadil tanpa membuat apa-apa pergerakan.
Don’t move
Selepas pengadil melakukan "Referee Grip", beliau akan menyebut perkataan "Don’t move" kepada kedua-dua pemain yang bermaksud tiada lagi pergerakan oleh kedua-dua pemain sehinggalah pengadil menyebut "Ready... Go!". Pemain yang masih lagi melakukan pergerakan selepas "Referee Grip" akan diberi satu amaran.
Stop
Sebaik mendengar perkataan "Stop" kedua-dua pemain hendaklah memberhentikan perlawanan dengan serta merta.
Winner
Pengadil akan menyebut perkataan "Winner" sambil menunjukan tangan ke arah pemain yang memenangi perlawanan berkenaan.
Shoulder
Pengadil akan menyebutkan perkataan "Shoulder" apabila
i) bahu pemain tidak berada dalam kedudukan selari dengan garis tepi meja di permulaan perlawanan,
ii) bahu pemain melepasi garis tengah meja gusti lengan sewaktu perlawanan sedang berlangsung; dan
iii) pemain melakukan tekanan (pin) dengan menggunakan bahu sepenuhnya di mana kedudukan tangan pemain lawan berada di dalam kawasan dada pemain yang melakukan tekanan.
Elbow Down
Pengadil akan menyebut perkataan "Elbow Down" apabila;
i) Mengarah pemain meletakan siku di pelapik siku (Elbow Pad) sewaktu hendak memulakan perlawanan iaitu sebelum melakukan genggaman (Grip).
ii) Siku salah seorang pemain tidak menyentuh pelapik siku (elbow pad) semasa perlawanan berlangsung. Pemain itu turut diberi satu amaran, sekiranya siku tidak menyentuh pelapik siku buat kali kedua, perlawanan akan dihentikan, jika pemain itu berada di dalam kedudukkan kalah ia akan diberi kekalahan, jika di dalam kedudukan menang, perlawanan akan dimulakan semula.
Knuckles
Pemain hendaklah memperlihatkan sendi ibu jari ( Thumb knuckles) sewaktu melakukan genggaman.
Wrist
Kedua-dua pemain hendaklah merapatkan tapak tangan masing-masing dengan saling bertemu dan bersentuhan semasa perlawanan sedang berlangsung. Tapak tangan kedua-dua pemain tidak boleh direnggangkan atau dijarakkan. Pergelangan tangan kedua pemain pula hendaklah diluruskan semasa perlawanan hendak dimulakan.
Back
Apabila pengadil menyebut perkataan "Back!" pemain-pemain hendaklah berundur dari meja sekurang-kurangnya 1 meter.
Under
Perkataan ini bermaksud keseluruhan badan pemain telah berada di bawah paras lantai meja gusti lengan. Apabila pengadil menyebut perkataan "Under", sekurang-kurangnya paras bahu pemain hendaklah berada di atas paras lantai meja (Untuk membolehkan pemain melihat kedudukan tangan masing-masing bagi mengelakkan kedudukan Broken Arm Position).
***
Badangpower berharap, penjelasan di atas dapat membantu para pemain gusti lengan bermain dengan lebih baik, betul dan selamat. Sekiranya anda mempunyai apa juga pandangan tentang perkara yang Badangpower nyatakan di atas, Badangpower amatlah mengalu-galukan dengan harapan ia akan dapat memperbaiki lagi kefahaman pemain-pemain gusti lengan terhadap sukan yang kita semua minati ini. Jangan teragak-agak untuk memberikan pandangan anda semua.

0 comments:
Post a Comment