TONGKAT ALI BUKAN RAHSIA KEKUATAN NIZAR

Tuesday, April 2, 2013

Share this history on :











“Saya tak pernah minum kopi tongkat ali, bang Badang. Apa yang penting, kita kena selalu berlatih,. Lebih baik kalau ada sparing partner."




Itulah kata-kata Mohamad Nizar, Juara Gusti Lengan Selangor dan Kebangsaan tahun 2012. Inilah kata-kata hikmat dari juara gusti lengan kita. Kunci katanya, hendaklah rajin berlatih dan terus berlatih.


Artikel ini Badangpower tulis adalah khusus kepada mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan gusti lengan tetapi selalu tewas di pusingan awal. Bak kata seorang tukang jual kopi tongkal ali di pasar malam, “perjuangan belum berakhir dah kecundangan di pusingan awal”. Badangpower dapati kebiasaannya mereka yang tewas di awal perjuangan adalah disebabkan kekurangan teknik permainan gusti lengan. Jadi apa yang Badangpower nak kongsikan di sini adalah teknik-teknik asas gusti lengan. Ingat Badangpower tak pernah cadangkan anda minum air kopi Tongkat Ali Power Root untuk jadi kuat, yang penting teknik permainan..

Kebanyakan orang menganggap gusti lengan adalah pertandingan kekuatan semata-mata. Itu tidak tepat. Juara-juara gusti lengan menyatakan bahawa keupayaan menguasai teknik-teknik permainan gusti lengan adalah kunci kepada kejayaan menjadi juara pada pertandingan yang disertai. Kekuatan tenaga semata-mata tanpa kemahiran mempelbagaian teknik permainan boleh merencatkan hasrat anda untuk muncul juara.

Untuk mengalahkan mereka yang lebih kuat daripada anda, berlatih dan terus berlatih di samping memperbaiki teknik permainan anda.


Jumpa lagi.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: