Himpunan Jutaan Belia 2012

Monday, October 10, 2011

Sebut STOP!! Bukan tepuk meja untuk hentikan perlawanan


Salam 1Malaysia.

Banyak kali Badangpower perhatikan di pertandingan-pertandingan gusti lengan di Malaysia, apabila ingin memberhentikan perlawanan atau menamatkan perlawanan, pengadil biasanya akan menepuk (mengetuk meja). Ada pula di satu tempat pengadil meniup wisel untuk tujuan yang sama.

Badangpower terus mencari dan menyemak beberapa peraturan gusti lengan luar negara terutama di  WAF dan AAF, dan juga video-video klip luar negara, Badangpower tidak menemui cara memberhentikan perlawanan gusti lengan dengan cara yang diamalkan seperti di atas. Menurut peraturan WAF, pengadil hanya perlu menyebut "STOP!" untuk memberhentikan perlawanan.

Mungkin bukanlah satu kesalahan untuk memberhentikan perlawanan dengan menepuk meja atau meniup wisel, cumanya Badangpower berpendapat adalah lebih baik kita menggunapakai apa yang tercatat di dalam peraturan WAF sahaja bagi semua pertandingan gusti lengan. Oleh kerana peraturan WAF telah lengkap eloklah kita mengamalkannya dan tidak membuat peraturan baru.

Jumpa lagi.

0 comments: