MERVYN SIEW DAN PISANG

Wednesday, April 3, 2013

Share this history on :



Salam,

Mungkin ada yang tertanya, apa kaitan Mervyn dengan pisang? Apa pula kaitan pisang dengan gusti lengan? Apakah pisang itu simbul maskulin lelaki? Teruskan bacaan anda hingga habis terlebih dahulu. Kalau anda telah mulai membayangkan yang bukan-bukan, ingat ini bukan blog 18sx.

Sebenarnya pada waktu rehat pada pertandingan Gusti lengan Putra Jaya 2013 yang baru lalu, secara tak sengaja Badangpower terpandang Mervyn Siew memegang sebiji buah pisang. Bila Badangpower tegur,”takan makan pisang je.” Kata Mervyn pisang bagus kerana memberi tenaga tambahan dan ujarnya lagi Inilah rahsia kejayaan beliau di Balikpapan, Indonesia.

Tanpa membuang masa balik  sahaja ke rumah, Badangpower terus je google di internet. Nampaknya apa yang Mervyn Siew kata tu memang ada kebenarannya. Menurut artikel yang Badangpower baca, Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Pisang merupakan sejenis buah yang murah dan mudah di dapat di mana-mana, namun ia merupakan buah yang kaya berkhasiat dan sangat bermanfaat bagi tubuh kita. Kandungan khasiat pada pisang sangat beragam, mulai dari karbohidrat, protein, dan vitamin. nilai tenaga pada pisang sangat tinggi iaitu 136 kalori per 100grm pisang. Khasiat yang ada pada pisang di antaranya adalah: Tenaga - setiap 100 grm pisang mengandung 136 kalori, nilai ini lebih banyak dari epal yang hanya mengandung 54 kalori pada setiap 100 grm, karbohidrat pada pisang menyediakan tenaga yang lebih cepat daripada nasi, biskut ataupun roti. Kerana itu para atlit biasa mengambil pisang untuk mendapatkan tenaga di waktu untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Pisang juga merupakan makanan dengan nilai protein yang cukup bagus iaitu sekitar 2,3 %. selain itu pisang memunyai kandungan lemak yang sangat rendah yaitu 0,13 % sehingga merupakan makanan alternatif yang baik bagi diet.

Mineral- pisang sangat kaya mineral seperti kalium, magnesium, fosfor, kalsium, dan besi. dan seluruh kandungan mineral tersebut 100 % mampu diserap tubuh. Kadar zat besi pada setiap 100 gr pisang mencapai 2 mg, tentu saja hal ini lebih baik dari nilai zat besi pada apel yang hanya mencapai 0,2 mg.

Vitamin - pisang juga merupakan sumber vitamin yang sangat tinggi, pisang kaya dengan provitamin A [45 mg / 100 gr], vitamin C, vitamin B, vitamin, B12, dan vitamin B6. Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pisang, namun pisang yang sering menjadi pilihan atlit sukan di Malaysia adalah seperti beriut;
Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 sentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Terdapat juga pelbagai jenis pisang lain yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan. Satu lagi jenis pisang yang kurang dikenali ramai iaitu pisang Kaki. Pisang ini unik kerana bentuknya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buahnya berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.

Oleh mulai hari ini, bawalah pisang kemana-mana sahaja pertandingan gusti lengan. Lupakan teh tarik, nasi lemak atau pun roti canai telur banjir. Kita mula melatih diri kita menjadi seorang ahli sukan yang berilmu. Ingat Marvyn ingat pisang. Ingat Pisang ingat Mervyn.


Jumpa lagi.





Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: