Kurt dari Alaska
John, berapakah lamakah
tempoh yang sesuai untuk seseorang ahli gusti lengan itu berehat daripada
menjalani latihan berat sebelum menyertai sesuatu pertandingan? Suatu ketika
dahulu saya pernah berehat selama 7 hari dari menjalani latihan berat sebelum
menyertai satu pertandingan peringkat negeri. Malangnya saya kehilangan
kekuatan saya yang sebenar sewaktu bertanding. Mungkinkah ini terjadi kerana
tempoh saya berhenti berlatih itu terlalu lama?
Kurt, saya sendiri juga tertanya-tanya, apakah fomula yang
sesuai untuk memastikan kita berada dalam tahap yang terbaik tepat pada waktu
pertandingan berlangsung. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri tentang
apa yang terbaik untuk mereka. Saya pasti ianya sedikit berbeza di antara satu
dengan yang lain.
Untuk latihan kekuatan
lengan (pulling), biasanya saya
menjalani latihan kekuatan lengan di antara 10 hari ke 2 minggu sebelum sesuatu
pertandingan besar akan berlangsung. Tempoh rehat selama dua minggu pun
sebenarnya tidak memberi kerehatan yang cukup untuk lengan kita. Tentulah agak
malang sekiranya kita menyertai pertandingan dalam keadaan lengan kita masih
terasa kesakitan akibat latihan berkenaan. Jadi saya cuma jalani latihan
kekuatan lengan yang ringan sahaja pada latihan yang terakhir saya. Cara ini
terbukti sesuai untuk saya. Saya tidaklah terlalu
menitikberatkan latihan berat. Saya hanya menjalani latihan berat dalam tempoh 4 hari ke satu minggu sebelum
menyertai sesuatu pertandingan. Saya akan melakukan latihan yang ringan sahaja
di akhir latihan. Saya tahu anda pasti resah apabila tidak menjalani apa-apa
latihan menjelang sesuatu pertandingan. Namun dengan rehat yang cukup anda akan
merasa lebih selesa. Tiada apa kelebihan yang akan anda peroleh dengan berlatih
pada saat-saat akhir menjelang sesuatu pertandingan. Saya pernah tidak
berlatih selama sebulan. Sebaik kembali menjalani latihan kekuatan lengan, saya
merasakan begitu seronok sekali walapun selepas itu kesakitan mulai terasa
untuk beberapa hari. Pada pandangan saya mendapat rehat yang cukup adalah lebih
baik daripada menjalani latihan di saat akhir menjelang sesuatu pertandingan
besar.
James
Saya ingin tahu cara
membentuk semula kekuatan lengan saya. Saya pernah mengalami patah lengan pada
satu pertandingan. Ini berlaku kerana kesilapan saya sendiri membuka ruang
lengan yang agak besar dan lawan saya menekannnya dengan kuat. Walau pun
begitu, saya masih mampu memenangi beberapa pertandingan kecil tetapi tidak
untuk pertandingan besar seperti sebelumnya. Saya dapati tendon saya telah
terkeluar dari kedudukan asalnya. Sekarang pun saya masih merasa sakitnya. Saya
cuma mampu bertahan untuk 3 atau 4 perlawanan sebelum terkeluar dari
pertandingan kerana kesakitan itu.
Apakah nasihat tuan?
Di kedudukan manakah
patah yang anda alami pada lengan anda? Berapa lamakah anda telah melakukan
aktiviti gusti lengan sebelum dan selepas mengalami kecederaan itu. Adakah anda
sentiasa melakukan aktiviti gusti lengan, katakan sekali seminggu? Latihan berat sesuai
untuk menyembuhkan kecederaan yang disebabkan oleh aktivtiti gusti lengan
tetapi saya mencadangkan anda cuma perlu mejalani latihan gusti lengan yang
ringan sahaja kerana proses penyembuhan biasanya akan memakan masa yang agak
lama juga. Sekiranya anda
merasakan dengan terus menjalani latihan gusti lengan akan memburukan lagi
kecederaan tendon anda, saya nasihatkan anda berjumpa dengan pakar perubatan
professional. Kecederaan pada tendon agar sukar untuk disembuhkan kecuali
dengan mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna daripada pakar. Kunci kepada
kesembuhan kecederaan anda adalah masa. Namun pada masa yang sama anda masih
boleh meneruskan latihan membolehkan lengan anda melakukan tekanan walaupun
mungkin kekuatannya tidak seratus peratus seperti dulu.
Willy dari India
John, saya kembali
bergiat dalam sukan gusti lengan selepas berhenti selama tiga atau empat tahun.
Saya bernasib baik kerana memenangi satu kejohanan kecil setelah berlatih
selama tiga minggu. Saya ada beberapa soalan, diharap anda dapat memberikan
jawapan.
Bolehkan anda
menerangkan secara lebih lanjut bentuk latihan yang anda lakukan semasa
menjalani latihan gusti lengan?
Bolehkan anda cadangkan
bentuk latihan yang sesuai untuk menguatkan lengan.
Bolehkan anda jelaskan
bagaimana melakukan gerakan pusingan pergelangan tangan (wristcurl)?
Sekarang ini saya cuba
berlatih sekali seminggu. Biasanya latihan ini akan memakan masa selama satu ke
dua jam. Semasa sesi latihan ini saya akan bertarung dengan beberapa orang
dengan mempelbagai teknik dan gaya permainan. Saya akan mempelbagaikan teknik
dan gaya permainan saya tanpa mengira masa. Biasanya saya akan terus bertarung
sehingga saya berasa kepenatan dan tidak lagi mampu untuk bertarung. Saya akan
terlebih dahulu akan bertarung dengan lawan yang tidak berapa kuat dan
seterusnya kepada lawan yang lebih kuat. Amat penting sekali anda
mempelbagaikan teknik pertarungan anda walau pun ada ketikanya anda merasa
kurang selesa dengan teknik berkenaan. Kekuatan tangan
berkemungkinan boleh dibina melalui aktiviti gusti lengan itu sendiri. Saya
biasa melakukan lebih latihan terhadap tangan dan pengelangan tangan saya.
Selalu juga saya melakukan latihan mengenggam tangan sewaktu pergi ke tempat
kerja. Untuk kekuatan pergelangan tangan saya akan lakukan semasa latihan
berat. Saya akan menggunakan
dumb bell untuk latihan pergelangan tangan satu persatu. Saya akan
letakkan lengan saya pada bangku dan
memusingkan pergelangan tangan dari pelbagai sudut dengan ibu jari dan
jari-jari yang lain sepenuhnya di bawah bar pemegang dumb bell.
Dari CM
Saya ingin bertanya
tentang latihan yang sering anda lakukan untuk membesarkan lengan anda. Saya
begitu cemburu melihat mereka yang mempunyai lengan yang begitu besar. Saya
telah melakukan latihan angkat berat selama 5 hari berturut-turut untuk selama
beberapa tahun. Saya tahu latihan yang perlu dilakukan untuk membesarkan lengan
tetapi adakah terdapat satu bentuk latihan yang luar biasa untuk membantu saya
membesarkan lengan saya?
Saya fikir bentuk
lengan saya adalah disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk dan adik saya
mempunyai lengan yang besar. Lengan saya membesar hasil daripada aktivtiti
gusti lengan. Lengan kanan saya lebih besar 2 inci daripada lengan kiri saya.
Saya sering melalukan latihan angkat berat untuk memastikan kedua lengan kiri
dan kanan mempunyai saiz yang sama.
Saya melakukan latihan
menggenggam tangan setiap hari. Manakala latigan pergerakan pergelanggan tangan
akan saya lakukan pada sesi terakhir setiap latihan saya. Saya akan mulakan
dengan menggangkat berat pada 50lbs hingga ke peringkat berat yang saya tidak
mampu mengangkat. Saya juga melakukan latihan kekuatan tangan dan pergelangan
tangan di meja gusti lengan sekali seminggu.
Sorce: http://www.armwrestling.com/jbrzenk2.html
1 comments:
John,selalunya berapa lama masa untuk saya menjadi kuat daripada sebelumnya dalam gusti lengan ini.Adakah bertahun² atau dalam masa beberapa bulan?
Post a Comment