TAHNIAH!! REKOD BARU "MALAYSIA BOOK OF RECORD" 1060 PENYERTAAN ACARA GUSTI LENGAN

Sunday, October 21, 2012

Share this history on :
BRAVO! BRAVO! BRAVO!!!

TAHNIAH kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia kerana berjaya mencatat rekod baru bagi "Malaysia Book of Record - Aktiviti Gusti Lengan Penyertaan Terbesar di Malaysia" dengan seramai 1060 penyertaan. Jumlah mengatas rekod yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Ipoh yang mencatat 800 peserta pada tahun 2005.

Encik Musa Zainol Abdin Othman menerima Sijil Malaysia Book of Record  daripada Cik Mira, wakil Malaysia Book of Record 


Kejayaan  manis mencatit rekod baru Malaysia Book of Record ini telah diumumkan sendiri oleh Cik Mira wakil Malaysia Book of Recod. Kejayaan ini dicapai tepat jam 11.30 pagi. Program yang di hadapan Dewan Gemilang telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga UKM. Sasaran yang ditetapkan seramai 1000 telah dapat dilepasi dengan jumlah seramai 1060 peserta. Sijil Malaysia Book of Recod telah disampaikan sendiri oleh  wakil Malaysia Book of Recod  kepada Encik Musa Zainol Abdin Othman, Timbalan Pendaftar UKM. sejurus acara berakhir.

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) merasa amat bangga dengan kejayaan ini dan merakam ucapan ribuan terima kasih kepada pihak UKM terutama Sekretariat Pesta Konvoksesyen Ke 40 UKM dan semua yang terlibat di dalam usaha ini.

Bravo!!


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: