Lagi Gambar-Gambar Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN
Tuesday, March 9, 2010
Gambar-Gambar Sirkit 1 - Pertandingan Gusti Lengan Selangor, 2010 KSN -
Sepintas lalu Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN
Tamat sudah Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN. Badangpower berasa bangga sekali apabila ramai Badang-Badang daripada beberapa buah negeri dan negara telah menyertai dan memeriahkan Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN. Seramai 93 orang peserta lelaki dan wanita daripada Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor serta peserta-peserta daripada luar negara seperti 2 peserta Nigeria, seorang Indonesia dan Myanmar telah mengambil bahagian. Johor menjadi negeri selain daripada Selangor yang menghantar peserta paling ramai iatu seramai 15 orang peserta. Inilah semangat yang amat Badangpower nanti-nantikan selama ini.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, walaupun mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan. Namun perkara yang paling membanggakan, pasukan Selangor sendiri, walaupun dalam usia yang masih muda mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan yang telah lama matang seperti Kedah, Johor dan Pulau Pinang. Kemampuan beberapa pemain seperti Rafael Julius (Naib Juara), Mohamad Nizar Yusuf (ke tiga), Mohamad Ridhwan Hussein (ke tiga), Marvin Siew (ke empat), Nazri Yusuf (ke empat) berjaya menduduki empat tempat terbaik kategori masing-masing amat dan beberapa orang peserta lain juga mampu menduduki lapan tempat terbaik amat melegakan pihak PSLNS.
Tahniah kepada pasukan Johor yang berjaya menjadi juara dalam semua kategori lelaki iaitu Kategori A lelaki atas 85kg, Kategori B Lelaki 75kg - 86kg dan kategori C 75kg ke bawah.Manakala bagi kategori wanita kita berjaya mengekalkan kejuaran melalui Zuasliana Abdul Kadir.
Menjelang Sirkit ke 2 pada bulan April, Badangpower sekali lagi menyeru semua pemain-pemain gusti lengan Selangor mengiatkan lagi latihan dan mempertajamkan lagi skill dan teknik permainan agak kita dapat memberikan tentangan yang sewajarnya kepada peserta-peserta dari-negeri lain.
Jumpa lagi.
Badangpower
Lagi Gambar-Gambar Pemenang Sirkit 1
Mohammad Ridwan Hussein menerima hadiah kemenangantempat ke 3 kategori C
daripada Pengurus Besar KSN,
Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim
Mohamad Padli Sihat menerima hadiah kemenangansebagai juara kategori C
daripada Pengurus Besar KSN,
Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim
Rafael Julius menerima hadiah kemenangansebagai naib juara kategori B
daripada Pengurus Besar KSN,
Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim
Azmi Mohd Hassan menerima hadiah kemenangansebagai naib juara kategori C
daripada Pengurus Besar KSN,
Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim
Muhamad Nizar Yusuf menerima hadiah kemenangantempat ke 3 kategori C
daripada Pengurus Besar KSN,
Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim
Muhammad Firdaus menerima hadiah kemenangan tempat ke 4 kat A, daripada Pengurus Besar KSN,
Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim sem
Gambar-Gambar Juara Sirkit 1
Keputusan Rasmi Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 KSN
Kategori A Lelaki atas 85kg
Juara - Mohamad Zawawi (Johor)
Naib Juara - Azmi Mohd Hassan (Johor)
Ke tiga - Mat Kassim Yaakub (Kedah)
Ke empat - Mohamad Firdaus Ridhwan (Pulau Pinang)
Kategori B Lelaki 75kg - 85kg
Juara - Azmi Hussin (Johor)
Naib Juara - Rafael Julius (Selangor)
Ke tiga - Ridwan Hussein (Selangor)
Ke empat - Marvin Siew (Selangor)
Kategori C Lelaki bawah 65kg
Juara - Mohamad Padli Sihat (Johor)
Naib Juara - Wai Leo Kywan (Myanmar)
Ke tiga - Mohammad Nizar Yusuf (Selangor)
Ke empat - Nazri Yusof (Selangor)
Kategori D Wanita Terbuka
Juara - Zuasliana Abd Kadir (Selangor)
Naib Juara - Zuasrida Abd Kadir (Selangor)
Ke tiga - Zuasliza Abd Kadir (Selangor)
Ke empat - Norlia Manaji (Selangor)
Sekian, terima kasih.
Shamsul Kahar bin Mohamad
Pengarah Pertandingan
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor
Gambar-gambar Sekitar Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010
Sirkit 1 LIVE dari Stadium Hoki Bukit Jalil
Sunday, March 7, 2010
Sekitar hari pertama Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010
Hari ini (6/3/2010) seramai 30 orang telah mendaftar untuk menyertai Sirkit 1 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010. PSLNS menjangkakan seramai 30 peserta lagi akan mendaftar esok (6/3/2010). Team dari Johor dimaklumkan akan menghantar seramai 10 orang, Pulau Pinang serama 5 orang manakala kami belum mendengar apa-apa berita dari Kedah. Sementara itu tema dari Negeri Sembilan menunda penyertaan mereka kali ini kerana tidak sempat membuat persiapan yang mencukup untuk pertandingan kali ini. Namun mereka berjanji akan menghantar team mereka untuk sirkit yang akan datang. Pihak Kompleks Sukan Negara (KSN) sendiri akan menghantar team seramai 7 orang.
Bagaimana dengan team dari Selangor sendiri? PSLNS berharap anda semua akan dapat memberi tentangan terbaik kepada peserta dari luar Selangor. Semoga berjaya!
Gambar-gambar persiapan di Stadium Hoki Bukit Jalil di bawah;
Sirkit 1 - Pertandingan Gusti Lengan , 2010 - CUMA DUA HARI SAHAJA LAGI!!!!
Friday, March 5, 2010
Hanya tinggal dua hari sahaja lagi menjelang hari pertempuran (The D -Day) bagi ahli gusti lengan Selangor. Badang dengar cerita kemungkinan ramai peserta dari luar Selangor seperti dari Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka akan menyertai pertandingan kali ini. Ini pasti menjanjikan satu pertembungan yang menarik.
Bagaimana anda semua, pemain gusti lengan Selangor semua. Adakah 7 Mac 2010 di Stadium Hoki Bukit Jalil menjadi tempat anda disembelih hidup-hidup oleh ahli gusti lengan dari Kedah, Johor terutamanya. Bagaimana? Mampukan anda?????
Adakah anda akan membuktikan anda lah hero yang sebenar. Maka inilah masanya anda membuktikan kepada semua rakyat Selangor, apatah lagi di medan anda sendiri bahawa anda memang seorang pahlawan yang mampu mengibar bendera Selangor.
Ayoh Semua !!!! Medan tempur dah bermula!!!!!!!! Gempur!!!!
Badangpower
Ahli Gusti Lengan Pencen.. BANZAAIIIII!!!!!
Kaedah Pengiraan Mata Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010
Makluman untuk semua pemain gusti Lengan yang terlibat dengan Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010.Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan bahawa empat (4) kategori akan dipertandingkan di Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 iaitu;
1. Kategori A Lelaki atas 85kg
2. Kategori B lelaki 75kg – 85kg
3. Kategopri C Lelaki bawah 75kg
4. Kategori D Wanita Terbuka
Pemain-pemain hendaklah menyertai sekurang-kurangnya lima (5) sirkit untuk layak merebut gelaran MR SELANGOR 2010 / SELANGOR IRON LADY 2010
Kaedah pengiraan mata bagi untuk semua kategori adalah seperti berikut;
Kedudukan Mata
1. Juara = 12
2. Naib Juara = 10
3. Ke 3 = 8
4. Ke 4 = 6
5. Ke 5 = 5
6. Ke 6 = 4
7. Ke 7 = 3
8. Ke 8 = 2
9. Ke 9 = 1
10. Ke 10 = 1
Tiada perlawanan penentu bagi merebut gelaran Mr Selangor. Pemain yang menjuarai sekurangnya-kurangnya 3 Sirkit dan mengumpul mata terbanyak dari setiap kategori pada sirkit yang terakhir akan dianugerahkan gelaran MR SELANGOR 2010 /SELANGOR IRON LADY 2010.
Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor berhak untuk merubahkan format pengiraan mata di atas jika perlu tanpa boleh dicabar oleh mana-mana pihak atau individu.
Sekian, terima kasih.
Shamsul Kahar bin Mohamad
Pengarah Pertandingan
Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor






































