Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Karnival Selangor Ria 2008

Sunday, December 21, 2008

Share this history on :
Shah Alam, 19/12/2008. Walau pun Pertandingan Gusti Lengan Karnival Selangor Ria 2008 telah diadakan pada hari Jumaat yang merupakan hari berkerja untuk rakyat negeri Selangor, ianya tidak menghalang seramai 40 peserta termasuk 12 orang peserta wanita untuk menyertai pertandingan gusti lengan yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor sempena Karnival Jualan Selangor Ria 2008. Pertandingan ini dianjurkan oleh syarikat minuman kesihatan Ujang Power Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sebanyak 3 kategori pertandingan yang diadakan iaitu Kategori A (Lelaki 75kg ke atas), kategori B (lelaki 75kg kebawah) dan kategori C (Wanita terbuka).

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A - lelaki 75kg ke atas
1. Juara - Afrizal bin Yunus
2. Naib Juara - Shahril Amir bin Zainal Abidin
3. Ke tiga - Mohamad Fariz bin Abd Aziz
4. Ke empat - Syed Mohamad Asri bin Said Hamzah

Kategori B - lelaki 75kg ke bawah
1. Juara - Darnesh a/l Rajendran
2. Naib Juara - Aidi Adnan bin Yunus
3. Ke tiga - Mohamad Rahmat bin Razali
4. Ke empat - Muhammad Yasser bin Johari

Kategori C - Wanita Terbuka
1. Juara - Azilah bte Mohd Ali
2. Naib Juara - Jahlelawati bte Mohd Nor
3. Ke tiga - Emilia
4. Ke empat - Faridah bte Jamian

Gambar-gambar


Final Wanita Terbuka, Azilah lawan Jalilawati (hadapan kamera)

Final lelaki 75kg ke bawah, R. Darnesh (kanan) lawan Aidi Adnan



Final lelaki 75 kg ke atas, Afrizal (kiri) lawan Shahril Amir




Afrizal Yunus, Juara kategori lelaki 75 kg ke atas




Shahril Amir, Naib Juara lelaki 75 kg ke bawah





Muhammad Faris, ke 3 kategori lelaki 75 kg ke atas



Azilah, Juara kategori Wanita Terbuka




Jahlelawati, Naib Juara kategori Wanita Terbuka




Emelia, tempat ke 3 kategori wanita terbuka




Lain-lain gambar boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/upenyu/

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: