Azilah Ali dan Nurilyana Mer Shamsuddin dengan piala masing-masing
Melaka, 15 Mac, 2009. Dua orang peserta wanita Pasukan Gusti Lengan Selangor berjaya menjadi naib juara dan tempat ke tiga, manakala 3 orang lagi berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir dalam acara Wanita Terbuka Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Azilah Ali menjadi naib juara setelah tewas kepada peserta Melaka Chen Kok Kei dalam perlawanan dua set manakala Nurilayana Meor Shamsuddin pulak menduduki tempat ke 3 setelah berjaya mengalahkan peserta Melaka Maimon Talib.
Sementara itu, bagi peserta lelaki pula, berhadapan dengan pemain-pemain berpengalaman dari negeri lain terutama dari Perlis dan Johor merupakan satu cabaran yang berat bagi peserta-peserta muda Selangor. Kekurangan pengalaman bagi kebanyakan pemain-pemain muda Selangor merupakan salah s atu punca tewas kepada pemain lawan walau pada dasar telah berjaya memberik tekanan kepada pihak lain sebelum tumpas. Hanya seorang peserta lelaki iaitu Mohd Ehsan Izat yang layak ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada peserta dari Johor, manakala pemain-pemain lain tewas di pusingan yang ke dua.
Secara keseluruhannya, prestasi keseluruhan pemain terutama pemain wanita amat baik sekali bersandarkan kepada kekurangan pengalaman dalam permaianan ini. Pihak Persatuan menjangkakan pemain-pemain terutamanya tidak lama lagi akan mampu menguasai pertandingan bagi kategori wanita berdasarkan prestasi semasa meeka.
Pasukan Gusti Lengan Selangor akan kembali memulakan latihan Selasa ini bagi persiapan menghadapi Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 yang akan diadakan pada 21hb. Mac, 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Gambar-gambar
Jahlelawati (Kiri) menentanag peserta Melaka Maimon Thalib
Faridah (kanan) menentang peserta Melaka
Perlawanan sesama sendiri antara Emilia (kiri) dengan Nurilyana
Afrizal (kiri) menentang pemain Johor
Azilah (kiri) menumpaskan seorang pemain Melaka
0 comments:
Post a Comment