Shah Alam - Mohamad Fairuddin bin Md Suki (gambar), anggota polis yang bertugas di Balai Polis Dang Wangi berjaya memenangi kejuaraan gusti lengan Selangor buat kali ke 2 tahun ini apabila muncul juara bagi kategori C Lelaki bawah 65kg Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 yang diadakan pada 12 April 2009 di Anggerik Mall, Shah Alam. Beliau berjaya mengalahkan Mohd Rafae Mansoruddin dalam dua set. Bulan Mac lalu, Mohd Fairuddin berjaya menjadi juara dalam kategori yang sama juga dengan mengalahkan Mohd Rafae dalam Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009.
Sementara itu, Shah Rizad Masih, juara kategori A Lelaki 85.1kg ke atas pada Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 yang juga pemegang gelaran Badang Melaka selama 3 tahun berturut-turut, gagal memenangi kejuaraan kali ini apabila tewas kepada Afrizal Yunus dalam perlawanan akhir yang cukup sengit. Afrizal dengan berat badan 120kg berjaya menebus kekalahannya kepada Shah Rizad di peringkat separuh pertandingan Pra Sirkit. Sebelum mara ke perlawanan akhir, Afrizal menewaskan bekas Mr Selangor, Suhaimisidy Dzakaria di peringkat separuh dalam perlawanan sengit dua set.
Bagi kategori B Lelaki 65.1kg - 85kg, oleh Aidi Adnan Yunus yang mengalahkan Shahril Azmir Zainul Abdin untuk muncul sebagai juara, manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Shaharuddin Bakri yang menewaskan Mohd Zuazlan Abdul Kadir.
Acara kategori D Wanita Terbuka telah dimenangi oleh Zuasliana Abdul Kadir menewaskan Jahlelawati Mohd Ali. Sementara itu pula, Azilah Mohd Ali, juara Pra Sirkit hanya mampu menduduki tempat ke 3 setelah menewaskan Siti Rahmah Abdul Rahman.
Dalam acara sampingan iatu Pertandingan Tarian Poco-Poco, Pasukan The Star Lady Bee yang telah mempamerkan Tarian Poco-Poco yang berjaya menarik perhatian ratusan hadirin muncul juara mengatasi pasukan Anggerik Mall B di tempat ke dua, manakala Pasukan Mama Rock menduduki tempat ke tiga. Sebanyak lima pasukan bertanding dalam acara sampingan ini.
Presiden PSLNS, Ab Aziz Ali menyatakan bahawa sambutan yang di terima untuk pertandingan kali ini amat memberangsangkan sekali iaitu seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dalam acara gusti lengan. Sambutan dari orang ramai yang datang menyaksikan pertandingan ini juga amat membanggakan kerana mereka telah mula hadir ke Anggerik Mall, Shah Alam sejak pagi lagi. Namn begitu, menurut Ab Aziz Ali penyertaan dari peserta wanita agak kurang berbanding penyertaan peserta lelaki. Adalah diharapkan dengan adanya acara pertandingan gusti lengan secara tetap di Anggerik Mall pada setiap bulan akan mampu menarik lebih ramai golongan wanita menyertai sukan ini.

0 comments:
Post a Comment