Pertandingan Gusti Lengan Selangor untuk Julai dan Ogos 2009

Saturday, July 11, 2009

Share this history on :

Pihak PSLNS merasa amat bersyukur sekali kerana kebelakangan semakin banyak pihak yang mula berminat menganjur pertandingan gusti lengan. Terima kasih atas keperihatinan pihak-pihak berkenaan kerana telah memberi sokongan kepada sukan gusti lengan dengan menganjurkan acara sukan ini dengan kerjasama PSLNS.

Pertandingan yang akan diadakan pada bulan Julai dan Ogos 2009 adalah sepeti berikut;

Pertandingan untuk bulan Julai 2009

1. Pertandingan Gusti Lengan Malaysia Airports 2009
12hb. Julai, 2009 Enstek Sepang, KLIA Kuaterter, KLIA Sepang
(2 kategori lelaki & 1 kategori Wanita)

2. Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Sungai Besar 2009
18hb. Julai, 2009 di Padang Astaka, Sungai Besar, Selangor
(3 kategori lelaki & 1 kategori wanita)

3. Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor 2009 Sirkit 5
19hb. Julai, 2009 di X-Treme Park, Seksyen 13, Shah Alam (Sebelah Stadium Shah Alam)
(3 kategori lelaki & 1 kategori wanita)


Pertandingan Gusti Lengan untuk bulan Ogos 2009

1. Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 - Sirkit 6
2hb. Ogos, 2009 di Kota Damansara, Selangor
(3 kategori lelaki & 1 wanita)

2. Pertandingan Gusti Lengan Pulau Indah 2009 Sirkit 7
8hb. Ogos,, 2009, di Laguna Park, Pulau Indah (West Port), Pelabuhan Kelang, Selangor
(2 Kategori lelaki & 1 Kategori Wanita)

3. Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Butterworth 2009
16hb. Ogos, 2009 di Butterworth, Pulau Pinang
(3 Kategori lelaki & 1 kategori Wanita)

Hadiah berupa wang tunai, pingat, hamper dan sijil penyertaan akan diberikan untuk pemenang dari tempat pertama hingga ke tempat ke lapan. (Mengikut Pertandingan)

Yuran penyertaan antara RM 5 - RM10

Pihak PSLNS amat berharap semua pemain, penyokong dan peminat gusti lengan akan turut sertai beramai-ramai bagi memeriah acara-acara yang di petandingkan. Kerjasama dari anda semua amat diperlukan untuk menyakinkan pihak penaja untuk terus menaja sukan ini pada masa hadapan.

Pendaftaran boleh dibuat sekarang dengan menyatakan nama, No. K/Pengenalan, jantina dan berat badan dan SMS ke 0129402679 atau 0124198439 atau 0129722228.



Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: