Sekitar Sidang Akhbar KSN berhubung Pertandingan Bola Jaring & Gusti Lengan KSN

Friday, December 4, 2009

Share this history on :
Kuala Lumpur, 3/12/2009. Encik Shamsul Kahar bin Mohamad. Setiausaha/Pengarah Pertandingan dan Encik Shahril Amir bin Zainal Abidin, Pengarah Pembangunan dan Latihan, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menghadiri Sidang Akhbar Pertandingan Bola Jaring & Gusti Lengan yang telah diadakan jam 3.00 petang tadi di Kompleks Sukan Negara, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sidang akhbar ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad, Pengurus Unit Pembangunan Sukan KSN. Turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah wakil dari penaja-penaja yang menaja pertandingan ini.

Dalam sidang akhbar ini, Encik Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad telah memberikan penerangan tentang acara-acara yang dipertandingan iaitu Bola Jaring dan Gusti Lengan. Bagi acara Bola Jaring, dua acara dipertandingan iaitu kategori wanita dan kategori lelaki. Manakala bagi gusti lengan pula, empat kategori akan dipertandingkan. KSN menganjurkan acara gusti lengan buat pertama kalinya didalam aktiviti sukan KSN. Lokasi pertandingan adalah di Stadium Putra, Bukit Jalil dan bukan di Dewan Putra seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pihak PSLNS dalam sidang akhbar ini telah mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada KSN dan En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad terutamanya dan Puan Haslinawati Abu Hassan kerana memberi peluang kepada pihak PSLNS buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan gusti lengan.

Selepas sidang akhbar diadakan, Encik Shamsul Kahar bin Mohamad, Setiausaha/Pengarah Pertandingan PSLN telah ditemuramah oleh wartawan dari Bernama TV untuk siaran berita.

Pihak PSLNS amat berharap semua pemain gusti lengan Selangor dan mereka yang berminat untuk mencuba dan menyaksikan acara gusti lengan dengan lebih dekat akan datang beramai-ramai ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 & 13/12/2009 ini. Disamping pertandinga, pihak PSLNS juga akan mengadakan pameran aktiviti gusti lengan dan juga klinik Teknik Permainan Gusti Lengan secara percuma kepada mereka yang berminat.


En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad (tengah) sedang
mengadakan sidang akhbar



En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikan
cenderamata kepada wakil penaja Figos


En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikan
cenderamata kepada wakil penaja Sport Toto


En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikan
cenderamata kepada wakil penaja 100 Plus


En. Shamsul Kahar Mohamad, Setiausaha/Pengarah Pertandingan
PSLNS sedang ditemuramah oleh wartawan Bernama TV


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: