Salam 1Malaysia,
Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan mengajurkan Pertandingan Gusti Lengan Hari Martime Sedunia 2011 sempena dengan sambutan Martime Sedunia tahun 2011 yang akan diadakan seperti berikut;
TARIKH :
2hb. Oktober, 2011
MASA :
8.30 pagi - Pendaftaran dan timbang berat badan
10.30 pagi - Pertandingan
VENUE :
INSTITUT LATIHAN PENTADBIRAN &PENGURUSAN
PENGANGKUTAN LAUT (ILPPPL),
Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor
KATEGORI :
Kategori A Lelaki atas 85.1 kg
Kategori B Lelaki bawah 85.1 kg
Kategori C Terbuka Wanita
Walau bagaimanapun, sekiranya penyertaan kategori Wanita Terbuka kurang dari yang ditetapkan, kategori pertandingan akan diubah seperti berikut;
Kat A 85.1kg ke atas (Lelaki)
Kat B 75.1kg - 85kg (Lelaki)
Kat C 75kg ke bawah (Lelaki)
YURAN:
RM15
HADIAH :
RM300 + Medal - Juara
RM200 + Medal - naib Juara
RM100 + Medal + Sijil - Ke 3
Hamper - Ke 4 - ke 6
FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan mengunakan format kalah dua kali atau double elimination iaitu pemain yang kalah kali untuk ke dua akan terkeluar dari pertandingan dan pemain yang menang ma ke pusingan yang seterusnya.
Walau bagaimanapun PSLNS boleh mengubah format pertandingan jika perlu.
Pertandingan hanya menggunakan tangan kanan sahaja.
PAKAIAN
Pemain hendaklah berpakaian sukan dan memakai kasut. Selipar tidak dibenarkan.
Pemain yang berambut panjang hendaklah memastikan rambut panjang berikat terlebih dahulu.
Pengikat atau penutup rambut adalah dibenarkan.
Penutup kepala kecuali topi berpelindung ke1iling adalah dibenarkan.
Pemain yang memakai "cap" hendaklah memusingkan "cap" ke belakang kepala.
Semasa perlawanan, pemain tidak dibenarkan memakai jam tangan atau cincin atau apa juga perhiasan pada tangan yang digunakan untuk perlawanan.
KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan pengadil adalah muktamad
Pengadil/Penganjur berhak mengubah format pertandingan mengikut kesesuaian keadaan
dan notis akan diberikan kepada semua peserta.
LAIN-LAIN SYARAT
Pengambilan dadah & arak adalah di larang.
Peserta yang pernah atau sedang kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Penganjur tidak akan menanggung sebarang risiko / kemalangan /harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.
Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas.
Lampiran :
Borang Pendaftaran
0 comments:
Post a Comment