Aksi Kategori Lelaki Remaja (bawah 17 tahun)
Saturday, November 26, 2011
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
armswrestling fotos,
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor
Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro, Pulau Pinang
Thursday, November 24, 2011
Salam 1Malaysia.
Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 19 dan 20 November, 2011 yang lalu telah berjalan dengan jayanya. Bertempat di Taman Melinium, Kepala Batas, Pulau Pinang berjaya menghimpun lebih daripada 100 ahli gusti lengan dari seluruh negara. Penyertaan yang terdiri daripada remaja lelaki bawah 17 tahun, Wanita dan lelaki 3 kategori.
Sambutan kali ini begitu memberangsangkan walau pun pada waktu pagi terdapat gangguan oleh individu-inddividu yang berniat untuk mengagalkan perjalanan pertandingan ini sewaktui taklimat pertandingan oleh Ketua Pengadil sedang berlangsung (Badangpower akan huraikan hal ini kemudian). ianya tidak berjaya mempengaruhi ahli-ahli gusti lengan yang sememang tertunggu-tunggu untuk menyertai pertandingan ini.
Pertandingan untuk kategori remaja lelaki bawah 17 tahun dan kategori Wanita Terbuka telah diadakan pada 19 Disember, 2011.Siti Khatijah ismail terus mengungguli kategori Wanita Terbuka untuk kali ke tiga berturut-turut. Nampaknya belum ada peserta wanita yang mampu mencabar beliau. Manakala tanpa kehadiran Valen Low dari Singapura dalam pertandingan kali ini memberi kemenangan mudah kepada Radzi Abdul yang mewakili kelab Belia Sungai Seluang, Kulim, Kedah. Berikut adalah keputusan penuh;
Kategori Remaja Lelaki (bawah 17 tahun)
1. Radzi Abdul
2. Muhd Hatta Hawari
3. Ahmad Asry bin Ahmad Zaini
4. Muhammad Aqmal Abdul Rahman
Kategori Wanita Terbuka
1.Siti Khatijah bte Hamid
2. Yusliza Yusof
3. Mazuin Mohd Bashah
4. Yusmala Yusof
Jaguh Melaka, Lee Tiam Siew nyata terlalu unggul untuk ditewaskan apabila muncul juara buat kali keempat berturut-turut Dia terus muncul juara kategori Terbuka Lelaki 85kg ke atas untuk meraih RM800 yang ditawarkan pihak penganjur selain wang tunai tambahan RM500 yang ditawarkan olehnya sendiri sebelum ini sekiranya terdapat juara baru dalam kategori terbabit.
“Kemenangan kali keempat ini memang menggembirakan namun saingan nyata semakin sengit untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,300,” katanya yang muncul juara di Johor Bharu, Ipoh dan Temerloh. Menurut Tiam Siew, bukan kemenangan terbabit yang dimahukannya.
“Saya mengharapkan ada pencabar baru yang dapat bergelar juara. Mungkin KGHM selepas ini akan muncul pencabar yang lebih kuat terutamanya dari Sabah,” katanya.
Bong Kim Boon yang juga rakan sepelatih Lee Thiem Swee cuba memberikan saingan kepada Ah Thiem namun masih belum mampu untuk menandingan kekuatan Ah Thiiem. Beliau berjaya ke perlawanan akhir selepas menewaskan naib juara pertandingan gusti lengan yang diadakan di Temerloh iaitu Harith Abdullah dalam perlawanan sengit. Harith Abdullah mendapat tempat ke tiga dan diikuti oleh Mohd Zawawi Hussein.
Untuk kategori lelaki 75kg hingga 85kg, Bong Kim Peng dari Melaka berjaya muncul juara setelah mengalahkan Ku Ruhaizad Ku Rubi dari Perlis. Diikut oleh wakil Selangor, Mohd Zil Fadli Abdul Halim dan Ibrahim Musa dari kedah.
Mohd Nizar Yusof yang mewakili Selangor, sekali lagi berjaya muncul juara tanpa mendapat tentang hebat daripada pesaing-pesaing. Beliau dengan mudah menewaskan Ku Rashid Ku Rubi dalam perlawanan dua set. Tempat ke tiga menjadi milik Kow Peng Kuan dari Melaka dan ke empat Ali Maidin dari Kedah.
Keputusan penuh 3 kategori seperti berikut;
Kategori Lelaki 85kg ke atas
1. Lee Ah Thiem
2. Bong Kim Boon
3. Harith Abdullah
4. Mohd Zawawi Hussein
Kategori Lelaki 75kg -85kg ;
1. Bong Kim Peng
2. Ku Rohaizad Ku Rubi
3. Mohd Zil Fadli Abbd Halim
4. Ibrahim Musa
Kategori Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar bin Yusof
2. Ku Rashid Ku Rubi
3. Kow Peng Kuon
4. Ali Maidin
Badangpower bagi pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kaksih kepada pengurusan Harian Metro yang telah sudi menganjurkan pertandingan gusi lengan dengan melantik PSLNS sebagai pengendali kali ini.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
armswrestling selangor,
gegaria harian Metro,
gusti lengan,
gusti lengan harian metro,
gusti lengan selangor
Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara & Mr Selangor 2011
Friday, November 11, 2011
Salam 1Malaysia.
Seperti yang pernah Badangpower war-warkan sebelum ini, satu lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan pada awal Disember iaitu Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara 2011 yang akan turut mempertandingan gelaran Mr Selangor 2011.
Pertandingan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) yang akan diadakan seperti berikut;
10 Disember 2011 (Klinik & Pameran)
11 Disember 2011 (Pertandingan - 9.00 pagi pendaftaran /11.00 pagi perlawanan)
Venue:
Stadium Hoki,Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Peraturan Am:
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.
Penyertaan:
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara, lelaki, wanita yang berumur 18 tahun ke atas. Semua penyertaan perlu serahkan borang pendaftaran sebelum atau pada 10 Disember 2011.
A Lelaki 85.1 kg ke atas ;
B Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
C Lelaki 75 kg ke bawah;
D Wanita Terbuka.
Hadiah:
Johan - Wang Tunai RM 300, medal & sijil + Mr Selangor 2011
Naib Johan - Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai - RM 100, medal & sijil
5 tempat saguhati - Hamper & sijil (kecuali kategori Wanita Terbuka)
Format Pertandingn:
Kejohanan ini hanya menggunakan format pertandingan kalah mati 2 kali. Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukan peserta –peserta yang menang & kalah. Pertandingan ini menggunakan tangan kanan sahaja.
Lain-Lain Syarat:
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Penganjur dan pengendali tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko / kemalangan / kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.
Penyertaan:
Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas. Pihak penganjur juga berhak menolak penyertaan peserta tanpa perlu menyatakan apa-apa sebab.
Yuran Penyertaan:
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama Perbadanan Stadium Malaysia di akaun berikut :-
Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Pembayaran juga boleh dibuat pada hari pertandingan.
Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara
Kompleks Sukan Negara
Tel : 03-8992 0888 samb 843 ,844 & 845
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Mereka yang ingin mendaftar melalui PSLNS boleh menghantar SMS dengan menyatakan nama, no. K/Pengenalan dan berat badan ke 0129402679.
Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melawat laman web rasmi Kompleks Sukan Negara di http://www.stadium.gov.my/ .
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Kompleks Sukan Negara,
perbadanan stadium malaysia
Tubuh Persatuan atau Kelab Gusti Lengan, PSLNS Sedia Bantu
Thursday, November 10, 2011
PSLNS amat mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menubuhkan Persatuan daerah atau kelab gusti lengan di negeri Selangor. Ada sembilan daerah di Selangor iaitu daerah Petaling, Hulu Langat, Kelang, Gombak, Kuala Langat, Sepang, Sabak bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang belum lagi mempunyai persatuan daerah atau kelab gusti Lengan. Sekiranya ada pihak yang ingin menubuhkan kelab gusti lengan dan seterusnya menjadi ahli gabungan, PSLNS sedia membantu menubuhkan persatuan daerah dan kelab di daerah-daerah yang berkenaan.
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan, pertamanya dapatkan borang permohonan (Borang 1) daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau muat turun borang itu daripada laman web di : http://pps.kbs.gov.my/. Kemudian wujudkan jawatankuasa penaja (protem committee) dan mengadakan mesyuarat penubuhan. Perkara-perkara yang perlu diputuskan dalam mesyuarat penaja ialah. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja, Persetujuan bagi menubuhkan badan sukan (untuk Selangor tentulah PSLNS), penetapan alamat berdaftar dan Membentang dan meluluskan Perlembagaan
Setelah selesai mengadakan mesyuarat jawatankuasa penaja, apa yang perlu dibuat ialah dengan menghantar permohonan menggunakan Borang 1 bersama-sama Wang Pos / kiriman wang RM50.00, 2 salinan minit mesyuarat penaja, 2 salinan perlembagaan badan sukan, 2 salinan senarai pemegang jawatan, 2 salinan logo (seeloknya logo itu dimasukan sekali gambar gusti lengan, carilah di internet) dan surat sokongan Badan Induk (PSLNS).
Biasanya, kalau permohonan yang dihantar beserta dengan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang diperlukan lengkap dan teratur serta tiada memerlukan apa-apa pembetulan, pihak Pesuruhjaya Sukan akan meluluskan dalam tempoh 30 hari .
Jadi anda boleh meletakan nama persatuan atau kelab anda sebagai contohnya, Persatuan Gusti Lengan Sabak Bernam atau Kelab Gusti Lengan Merah Kuning, atau apa sahaja tapi mestilah ada perkataan gusti lengan.. Pastikan nama tidak boleh sama dengan mana-mana nama badan sukan yang telah didaftarkan di bawah Pesuruhajaya Sukan. Namun ada nama-nama yang tidak dibenarkan seperti nama-nama yang dikaitkan dengan Sultan, Raja atau naungan DiRaja termasuk perkataan-perkataan ”DiRaja” atau mana-mana ungkapan persamaan yang mengandungi makna yang sama Juga tidak dibenarkan nama-nama yang mengandungi mana-mana perkataan yang buruk atau yang boleh menyinggung sensitiviti agama, masyarakat dan kaum.
Sebagai ingatan juga, tidak boleh sebuah persatuan atau kelab yang mempunyai dua fungsi seperti sukan dan rekreasi atau sukan dan kebajikan. Di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 telah memperuntukkan bahawa sesebuah badan sukan perlu menjurus sepenuhnya kepada fungsi dan aktiviti sukan.
Borang-borang yang berkaitan dan contoh perlembagaan (anda ikut sahaja dan ubah ikut kesesuaian) boleh di muat turun di sini http://pps.kbs.gov.my/index.php/in/muat-turun/146-borang-muat-turun
PSLNS mengalukan apa-apa juga pertanyaan dan bersedia membantu dalam urusan penubuhan persatuan atau kelab gusti lengan di negeri Selangor. Emailkan apa juga persoalan atau pertanyaan ke pslns@yahoo.com.
Jumpa lagi.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
tubuh kelab gusti lengan
Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro datang lagi!
Monday, November 7, 2011
Bagi mereka yang membaca Harian Metro hari ini, pasti telah mengetahui bahawa Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro sekali lagi akan diadakan iaitu pada 19 dan 20 November, 2011. Kali ini Pulau Pinang telah dipilih menjadi lokasi pertandingan iaitu di Dataran Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Mereka yang belum membaca akhbar Harian Metro, sukacita Badangpower maklumkan bahawa pertandingan kali ini masih lagi melibatkan 5 kategori yang akan dipertandingkan sama seperti pertandingan yang terdahulu iaitu Kategori A Remaja lelaki 17 tahun ke bawah, Kategori B Terbuka Wanita, Kategori C Lelaki 75kg ke bawah, kategori D lelaki 75kg - 85kg dan kategori D Lelaki 85kg ke atas.
Kategori A dan B yang mengenakan yuran RM15 akan diadakan pada 19 November, 2011. Pemenang bagi kategori ini akan membawa pulang RM300 untuk Juara, RM250 untuk Naib Juara, RM150 untuk tempat ke 3 dan RM100 untuk tempat yang ke 4. Manakala bagi kategoi C, D dan E pula akan diadakan pada 20 November, 2011. Yuran penyertaan bagi kategori ini adalah RM20 dan hadiah yang akan dimenangi adalah RM800 untuk Juara, RM600 untuk Naib Juara, RM400 untuk tempat ke 3 dan RM200 untuk tempat yang ke 4.
Apakah kita akan menyaksikan pemain-pemain yang sama akan memenangi pertandingan kali ini? Apakah juara kategori D akan terus menjadi milil lee Tiam Siew, atau akan muncul juara baru iaitu harith Abdullah atau mungkin juga Mohamad Zawawi Hussin? Begitu juga bagi bagi kategori D masihkah menjadi milik Isman Wahid? Bagaimana dengan kategori C, B dan A, masih mampukan Mohamad Nizar Yusuf, Valen Low dan Siti Khatijah mempertahankan kejuaraan? Sama-samalah kita nantikan detik penentuan pada 19 dan 20 November, 2011.
Secara peribadi, Badangpower berharap pertandingan kali ini akan melahir juara-juara baru. Kita mahu lebih ramai lagi akan turut serta hadir mempamerkan kekuatan lengan masing-masing. Pengalaman Badangpower mengendalikan pertandingan di Pulau Pinang suatu ketika dulu, sebenarnya terdapat ramai mereka yang berbakat terutama pemain dari kaum Cina layak menyertai pertandingan gusti lengan. Jadi Badangpower berharap mereka akan dapat turut serta dalam pertandingan kali ini.
Bagaimana pula pemain-pemain daripada negeri Kedah? Apakah mereka akan turun beramai-ramai kali ini, selepas kita tidak melihat aksi-aksi pemain-pemain dari negeri Kedah pada pertandingan terdahulu. Kedah yang mempunyai ramai pemain yang berbakat, pasti dengan kehadiran mereka semua, pertandingan kali ini akan menjadi pertandingan yang paling sengit sekiranya mereka turut sama menyertainya.
Lain-lain pemain yang masih belum berjaya muncul juara atau menduduki tempat k2 hingg ke 4 dalam beberapa siri pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro, jangan berputus asa, teruskan latihan dan terus mencuba dalam pertandingan kali ini. Badangpower yakin jika anda terus gigih berlatih dan turut menyertai pertandingan gusti lengan yang dianjurkan tak kira oleh manaa-mana pihak, badangpower yakin satu hari nanti anda akan sebaris dengan mereka yang ada hari ini.
Itu sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan harian metro,
gusti lengan selangor,
karnival gegaria harian Metro
Ada apa dengan penutup kepala Harith Abdullah?
Thursday, November 3, 2011
Harith (kanan) dengan penutup kepala fesyen terbarunya.
Salam 1Malaysia,
Penampilan Harith Abdullah di Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro di Temerloh baru-baru lalu begitu berbeza sekali. Kalau sebelum-sebelum ini, beliau tidak pernah memakai apa-apa penutup kepala, di Ipoh beliau memakai penutup kepala berwarna hitam. Di Temerloh dia memakai topi (Badangpower pun tak tahu topi macam ni dipanggil apa, tapi biasanya topi macam ini dipakai oleh Tentera Jepun waktu perang dunia ke 2 dulu) topi yang menutup keseluruhan kepala dan rambut dan menonjol di hadapan (seperti cap).
Apakah yang diperkatakan oleh WAF Rules mengenai perkara ini? Jom kita rujuk kepada WAF Rules Version September 2009, yang menyatakan;
Apakah yang diperkatakan oleh WAF Rules mengenai perkara ini? Jom kita rujuk kepada WAF Rules Version September 2009, yang menyatakan;
5.2.3 Anyone with long hair will have to have their hair restrained in some fashion. Head bands are permitted but not hats.
Berdasarkan kepada penyataan di atas, bolehlah Badangpower katakan bahawa mengikut WAF Rules Version 2009 pemain yang berambut panjang hendaklah memastikan rambut mereka diikat/dikawal boleh secara yang mereka suka (hair restrained in some fashion) dan dibenarkan memakai pengikat kepala (head bans) tapi tidak dibenar memakai topi yang pelbagai jenis (no HATS).
Ini berbeza dengan amalan sekarang yang membenarkan pemakaian cap dengan syarat hujungnya hendaklah dipusingkan ke belakang, tetapi melarang penggunaan topi (contoh topi koboi, topi askar, topi nelayan dan yang sejenisnya). Ramai pemain di Malaysia yang memakai cap dalam perlawanan yang Badangpower pernah saksikan. Biasanya pengadil hanya meminta hujungnya dipusingkan kebelakang. Kalau tidak silap Badangpower, rasanya peraturan ini ada pada WAF Rules yang terdahulu sebelum WAF Rules Version 2009.
Badangpower tidaklah berniat menyusahkan pemain-pemain dengan mengenengahkan isu seperti ini. Cumanya Badangpower merasakan setiap pemain wajib memahami dan mengetahui undang-undang dan peraturan yang termaksub dalam WAF Rules. Dan harus diingatkan juga bahawa WAF Rules akan sentiasa ada perubahan dari masa ke masa. Jadi pemain-pemain haruslah sentiasa proaktif dengan mengikuti perkembangan yang yang dibuat oleh badan dunia sukan lengan. Juga menjadi tugas Badangpower untuk memaklumkan kepada semua pemain-pemain gusti lengan tentang apa juga perubahan yang dibuat oleh WAF terutama dalam soal peraturan dan undang-undang.
Untuk memastikan anda semua sentiasa mendapat informasi terkini tentang gusti lengan, selalulah datang melawat ke laman web Gusti Lengan Selangor. Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya atau mempunyai apa juga pandangan dan isu yang ingin dikongsi bersama dengan lain-lain pemain gusti lengan, anda cuma perlu emailkan kepada Badangpower di badangpower@yahoo.com. Insyaallah Badangpower akan siarkan di sini.
Itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi...
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harith Abdullah,
WAF,
WAF Rules
Lagi Gambar di Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro
Wednesday, November 2, 2011
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor
Tahniah wakil Selangor, Mervyn Siew dan Fauzi
Wakil Selangor, Mervyn (kiri) dan Mohd Fauzi Basri (Gambar ehsan Hairul Nazli)
Salam 1Malaysia.
Mungkin ramai yang telah mengetahui, satu lagi pertandingan gusti lengan anjuran Harian Metro akan diadakan di penghujung November ini di Pulau Pinang. Jadi anda semua ada tiga minggu lagi untuk buat persiapan untuk menumbang juara-juara yang sedia ada, jangan biarkan mereka berterusan bermaharaja lela di pentas gusti lengan buat selamanya.
Hari ini baru Badangpower perasaan, Selangor hanya diwakili oleh dua orang peserta sahaja iaitu Mr Selangor 2010 Mervyn Siew dan Finalist Mr Selangor 2010 Mohd Fauzi Basri. Tahniah Badangpower ucapankan kepada Mervyn Siew yang mendapat tempat ke 4 dan Mohd Basri yang berjaya mara hingga ke pusingan suku akhir.
Badangpower harap kedua-dua pemain terutama Mervyn Siew agar berlatih dan berusaha lebih kuat lagi untuk memberi cabaran kepada peserta-peserta lain untuk pertandingan akan datang. Disinilah Mervyn Siew akan mengalas tugas berat bersama-sama seorang lagi pemain Selangor Sazali Nazaki yang sedang cedera untuk menjulang nama Selangor dalam persada gusti lengan tanah air. Sementara Mohd Fauzi yang makin menghampiri usia 40, pula nampaknya telah mula berjinak-jinak untuk menjadi pengadil gusti lengan. Badangpower tak dapat nak halang beliau, cuma berharap beliau akan dapat bertahan untuk dua tiga tahun lagi untuk membawa cabaran Selangor seterusnya.
Nampaknya Selangor telah kehilangan sebahagian besar pemainnya yang telah berhijrah mewakili kelab masing-masing. Tahun 2012 yang akan menjelma tidak lama lagi, nampaknya menjadi satu cabaran buat PSLNS untuk melahir lebih ramai lagi bakat baru dalam acara gusti lengan di negeri Selangor.
Jumpa lagi.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan,
gusti lengan Malaysia,
gusti lengan selangor,
Mervyn siew,
Mohd fauzi Basri,
Sazali nazaki
Subscribe to:
Posts (Atom)