Ada apa dengan penutup kepala Harith Abdullah?

Thursday, November 3, 2011

Share this history on :

Harith (kanan) dengan penutup kepala fesyen terbarunya.

Salam 1Malaysia,

Penampilan Harith Abdullah di Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro di Temerloh baru-baru lalu begitu berbeza sekali. Kalau sebelum-sebelum ini, beliau tidak pernah memakai apa-apa penutup kepala, di Ipoh beliau memakai penutup kepala berwarna hitam. Di Temerloh dia memakai topi (Badangpower pun tak tahu topi macam ni dipanggil apa, tapi biasanya topi macam ini dipakai oleh Tentera Jepun waktu perang dunia ke 2 dulu) topi  yang menutup keseluruhan kepala dan rambut dan menonjol di hadapan (seperti cap).

Apakah yang diperkatakan oleh WAF Rules mengenai perkara ini? Jom kita rujuk kepada WAF Rules Version September 2009, yang menyatakan;

5.2 General Guidelines

5.2.3 Anyone with long hair will have to have their hair restrained in some fashion. Head bands are permitted but not hats.




 Berdasarkan kepada penyataan di atas, bolehlah Badangpower katakan bahawa mengikut WAF Rules Version 2009 pemain yang berambut panjang hendaklah memastikan rambut mereka diikat/dikawal boleh secara yang mereka suka  (hair restrained in some fashion) dan dibenarkan memakai pengikat kepala (head bans) tapi tidak dibenar memakai topi yang pelbagai jenis (no HATS).

Ini berbeza dengan amalan sekarang yang membenarkan pemakaian cap dengan syarat hujungnya hendaklah dipusingkan ke belakang, tetapi melarang penggunaan topi (contoh topi koboi, topi askar, topi nelayan dan yang sejenisnya). Ramai pemain di Malaysia yang memakai cap dalam perlawanan yang Badangpower pernah saksikan. Biasanya pengadil hanya meminta hujungnya dipusingkan kebelakang. Kalau tidak silap Badangpower, rasanya peraturan ini ada pada WAF Rules yang terdahulu sebelum WAF Rules Version 2009.


Badangpower tidaklah berniat menyusahkan pemain-pemain dengan mengenengahkan isu seperti ini. Cumanya Badangpower merasakan setiap pemain wajib memahami dan mengetahui undang-undang dan peraturan yang termaksub dalam WAF Rules. Dan harus diingatkan juga bahawa WAF Rules akan sentiasa ada perubahan dari masa ke masa. Jadi pemain-pemain haruslah sentiasa proaktif dengan mengikuti perkembangan yang yang dibuat oleh badan dunia sukan lengan. Juga menjadi tugas Badangpower untuk memaklumkan kepada semua pemain-pemain gusti lengan tentang apa juga perubahan yang dibuat oleh WAF terutama dalam soal peraturan dan undang-undang.

Untuk memastikan anda semua sentiasa mendapat informasi terkini tentang gusti lengan, selalulah datang melawat ke laman web Gusti Lengan Selangor. Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya atau mempunyai apa juga pandangan dan isu yang ingin dikongsi bersama dengan lain-lain pemain gusti lengan, anda cuma perlu emailkan kepada Badangpower di badangpower@yahoo.com. Insyaallah Badangpower akan siarkan di sini.

Itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi...
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: