Tip untuk kalahkan Lee Ah Thiam atau Nizar Yusof. Anda nak tahu.? Ini caranya

Tuesday, November 27, 2012

Share this history on :
Man Raja Lawak dan Rahim R2 Raja lawak yang telah  Badangpower paksa jadi model part time gusti lengan

Salam untuk semua.

Badangpower yakin, mereka yang menyertai pertandingan gusti lengan pasti mempunyai matlamat yang sama, kalahkan lawan anda dan memenangi pertandingan berkenaan. Hari ini Badangpower akan berkongsi dengan anda beberapa  tip serta teknik dalam perlawanan gusti lengan. Harap-harap tips dan teknik yang Badangpower kongsikan ini akan membantu merealisasikan impian anda untuk muncul juara gusti lengan. Pasti impian anda ialah untuk mengalahkan Lee Ah Thiam atau pun sekurangnya menewaskan Nizar Yusof yang sedang bermaharaja lela sekarang di arena gusti lengan Malaysia bagi kategori lelaki bawah 75kg. Tip dan teknik  yang ingin Badangpower kongsikan,  diperolehi daripada Mr Selangor 2011 saudara Harith Abdullah, sewaktu kamu sama-sama pekena teh tarik di Restoran Ali Maju di KLIA.
 
 
Menurut beliau, anda perlu melakukan persiapan awal sebelum mahu ikut bertanding dalam pertandingan gusti lengan. Persiapan awal tidak sama sekali bermaksud sewaktu anda lepak di Kompleks Beli dan Belah, nampak sahaja ada pertandingan gusti lengan sedang diadakan, anda pun mendaftar masuk kerana merasakan saiz lengan anda lebih besar daripada lengan mereka yang lain yang anda tengok turut sama dalam pertandingan itu. Jangan pandang rendah kemampuan seseorang semata-mata lengannya kecil, silap gaya pusingan pertama anda dah terpeliot.

Perlu anda ingat, perkara pokok dalam acara gusti lengan adalah anda menekan tangan lawan sehingga tangannya jatuh ke landing pad  untuk menang. Menekan tangan lawan dipanggil sebagai “pin’ iaitu  istilah yang digunakan pakai dalam acara gusti lengan. Namun tidaklah semudah itu untuk dilakukan, silap-silap anda pula yang di “pin’ oleh lawan anda. Untuk melakukan tindakan “pin” apa yang perlua anda ada adalah kekuatan dan teknik. Begitu juga dengan kepantasan tindakan anda, turut menjadi kunci utama dalam sukan ini.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda betul ingin bergusti lengan. Berlatih dan berlatih. Kalau selama ini hanya menguatkan lengan anda hanya dengan menaip di komputer untuk melayari internet, kemudian mengangkat secawan teh tarik di restoran mamak setiap hari sebagai satu bentuk latihan, saya nasihatkan anda cubalah pula teknik latihan yang lain untuk menguatkan lengan anda.

Pertamanya berlatihlah untuk menguatkan cengkaman atau genggaman tangan anda atau kata orang putih “strengthen your gripping muscles”. Kekuatan cengkaman atau genggaman atau hand grip anda ini memberikan kelebihan kepada anda. Caranya, cubalah jalan-jalan ke kedai sukan dan tanyakan peralatan “hand grip”, pasti ada. Harganya mungkin dalam RM15 ke atas. Atau kalau anda nak yang murah lagi carilah di Kedai Dua Ringgit, “hand Grip” ini adalah item yang wajib ada. Harganya baru RM2 ringgit je. Anda juga boleh gunakan bola tenis, iaitu dengan memegang-megang dan meramas-ramas bola tenis berkenaan. Amaran Badangpower jangan sesekali menggunakan teknik bola tenis ini ke atas isteri anda sebagai aktitviti sihat sebelum tidur, kerana Badangpower pasti anda akan dapat penendang percuma.
Hand Grip

Di samping latihan genggaman atau cengkaman tangan, latihan menguatkan lengan juga perlu kerap dilakukan. Cara yang terbaik buatlah latihan atau istilah Mat Gym sebagai “work out” lah di gym-gym yang berhampiran. Khususkan kepada latihan kekuatan lengan seperti mengangkat berat dan sebagainya. PSLNS pun dah ada ada kerjasama dengan Pirate Fitness di Alam Avenue atau nama lamanya eerr Padang Jawa. Pergilah ke gym tersebut kerana Mat-mat Gusti Lengan Selangor selalu lepak-lepak kat satu. Atau kalau tak mampu, tontonlah filem  keluar 1987 bertajuk“Over The Top” lakonan Sylvester Stallone. Anda boleh tengok bentuk latihan yang tak perlu gunakan duit ditunjukan oleh hero filem berkenaan. Kalau masih susah juga, berlatihlah mengangkat tong gas yang ada kat dapur rumah anda. Jimat masa, jimat duit dan isteri sayang.

Lepas semua yang dinyatakan di atas telah menjadi rutin anda hari-hari, Badangpower rasa anda telah memiliki sepenuhnya kekuatan seorang ahli gusti lengan yang sebenar. Seorang ahli gusti lengan yang sudah bersedia untuk ke medan juang pada bila-bila masa sahaja.  Namun kuat sahaja tapi tak tahu teknik dan seni permainan gusti lengan pun tak guna juga. Tanpa teknik yang betul, anda cuma kuat di pusingan awal sahaja. Masuk pusingan seterusnya anda dah mula rasa lembik. Dalam gusti lengan kekuatan sahaja tak cukup tanpa teknik-teknik yang betul.

Jadi kita pelajari pula bab teknik permainan. Oopppsss… Badangpower nak berhenti rehat sebentar, nak pekena kopi jantan. Kopi ni Presiden PSLNS yang sponsor, katanya, powerrr! (sambil menayang lengan yang tak seberapa tu), Presiden kata, kekuatan dia kian bertambah sejak minum kopi jantan ni, Tenaga mana yang kuat, Badangpower tak pastu, tu kena tanya Mr Presiden sendiri. Kita jumpa lagi posting yang akan datang.
 
Jumpa lagi.

 

 
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: