KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Astro fiesta armwrestling competition official results

Monday, March 25, 2013






Astro fiesta armwrestling competition official results

80kg below

1-Mohamad Nizar Yusof
2-Melvyn Loh
3-Hairul Nazli

80kg above

1-Sergey Kardash
2-Nizar Yusof
3-Valen Low


Armwretling competition 24th

Location:padang hillcrest sri gombak

Category:80kg below,80kg above





CONGRATULATIONS TO ALL!!
 

Coutesy of Zil Fadli facebook.

Video Klip "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach 2013" Zil Fadli Vs Mohd Nizar


Courtesy of Kamilin Jamilin Facebook

Video Klip" Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach 2013"


Video daripada facebook Zil Fadli.- Monkey Valen style



AKSI-AKSI MAUT DI SPORTS & SPINACH 2013

Zil Padli (Selangor) lawan Marvin Loh (Singapura/baju merah) 

Chia Jun Kit (Selangor) lawan EE OChong Ong (Melaka/sebelah kanan)

Meryin Siew (Selangor) lawan Valen Low (Singapura)

TAHNIAH KEPADA PEMENANG!

 
BRAVO!!
 
Tahniah Badangpower ucapkan kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013". Tahniah kerana anda telah menunjuk satu semangat juang yang begitu jitu. Juga kepada lain-lain peserta, Badangpower ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi ANDA SEMUA terhadap acara sukan yang paling kita minati ini. Anda semua sebenarnya sedang berjuang untuk meletakkan martabat sukan gusti lengan di satu tahap yang lebih tinggi yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, pihak kerajaan, NGO dan badan-badan korporat dan pihak swasta.
 
Apa yang dapat Badangpower simpulkan adalah Mohd Nizar Yusof masih kukuh dan makin gagah walaupun mendapaat cabaran daripada Zil Fadli, Abduk Razak, Hairul Lee (sekadar beberapa nama). Apakah dengan peningkatan yang sedang berlaku sekarang, Nizar akan masih dapat mempertahankan kekuatannya, atau akan muncul pemain lain pula. Masa juga yang akan menentukan.
 
Lee Thiem Siew masih lagi individu terkuat di Malaysia bagi kategori A, sekali lagi menunjukan kejaguhannya bila muncul juara dengan menewaskan juara dari Russia, Sergey Kardash sebanyak dua kali iaitu perlawanan di pusingan awal dan di final. Malangnya dalam kategori A inilah Selangor tidak lagi mempunyai pemain-pemain yang berkeliber yang mampu memberi cabaran. Yang mamsih membawa cabaran Selangor bagi kategori ini hanyalah Mohamad fazui basri, manakala nama-nama seperti Afrizal Yunus, Sharizat Masih, Zuaslan Kassim telah mengumumkan persaraan. Harih yang dulu mendominasi kategori memilih untuk bertanding di kategori B. Ini bererti satu kerja keras perlu dilakukan untuk mencari pemain-pemain untuk kategori A.
 
Nampaknya setakat ini, kebanyakan pemain Selangor terdiri daripada pemain-pemain kategori B, D dan Wanita. Badangpower mencadangkan pihak Persatuan memulakan usaha mencari pemain-pemain yang boleh bertanding di dalam kategori A, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh pemain dari Melaka.
 
Apa pun, Badangpower juga ucapkan ribuan terima kasih kepada semuaa pihak yang telah sudi menanjurkan dan menaja acara gusti lengan. Kerjasama seperti inilah yang |sangat-sangat diharapkan oleh Pihak Persatuan Sukan Lengan negeri Selangor dan ahli-ahli gusti lengan dan peminat-peminat acara sukan ini.
 
Lagi sekali tahniah untuk semua.
 
Jumpa lagi.
 
  Lee Thiem Siew, juara kategori A


KEPUTUSAN RASMI ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013

Sunday, March 24, 2013


Pusat Sains Negara, 24 Mac, 2013. Pertandingan gusti lengan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013" yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sains Negara sempena "Sports & Spinach  Festival 2013" telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 23 Mac, 2013 yang lalu.. Pertandingan yang asalnya hanya melibat ahli gusti lengan tempatan dari Melaka, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. turut berjaya menarik minat beberapa peserta dari luar negara seperti Russia, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.Penyertaan peserta dari luar negara ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang berguna kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan.

Syabas pihak Persatuan ucapkan kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan yang telah memberikan saingan yang sengit kepada peserta-peserta dari luar negara dengan memenangitiga dari empat kategori yang dipertandingkan. Selangor memenangi dua kategori iaitu melalui Mohd Nizar Yusof seperti diduga telah memenangi kategori Lelaki C menewaskan Mohd Zil Fadli Abdul Halim juga daripada pasukan Selangor. Manakala Siti Khatijah memenangi kategori Wanita setelah berjaya mengatasi Mazuin Mohd Bashah di perlawanan akhir. Kedua-duanya dari pasukan Selangor. Lee Thiem Siew yang mewakili pasukan Melaka  berjaya memenangi kategori Lelaki A walaupun mendapat tentangan sengit daripada Sergey Karsdash, peserta dari Russia. Valen Low yang mewakili pasukan Singapura berjaya menjuarai kategori Lelaki B apabila berjaya menewaskan Chia Jun Kit dari Selangor di perlawanan akhir.

Lee Thiem Siew sedang bertarung dengan Sergey Kardash daripada Rusia di perlawanan akhir kategori A

ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORT & SPINACH PADA 23 MAC 2013

Wednesday, March 13, 2013


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
  
Sempena dengan Karnival Sukan "SPORTS & SPINACH  - Its Time To Get Healthy @ PSN" anjuran Pusat Sains Negara (PSN), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang akan diadakan mulai 23 Mac - 31 Ogos, 2013, 2013, satu pertandingan gusti lengan akan diadakan seperti berikut;
 
Pertandingan;
 
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013
 
Tarikh;
 23hb Mac, 2013
 
Tempat;
 Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
 
Masa;
 9.00 pagi - 5.00 petang
 
Kategori;
  1. Lelaki A 85kg ke atas
  2. Lelaki B 75kg - 85kg
  3. Lelaki C 75kg ke bawah
  4. Wanita D Terbuka
 
Hadiah;
  1. Juara RM300
  2. Naib Juara RM200
  3. Ke 3 RM150
  4. Ke 4 RM50
  5. Ke 5 - 8 Hamper
(NOTA : Kami masih menunggu pengesahan daripada PSN tentang nilai hadiah yang sebenar)
 
Yuran
RM10.00
 
Pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi. Perlawanan dijangka akan diadakan bermula pada jam 10.30pagi.
 
Perlawanan menggunakan tangan kanan sahaja.

 

 
JUMPA ANDA DI SANA!
 

WAJAH-WAJAH PEMENANG DI WOW PUTRA JAYA 2013


 
Salam untuk semua.
 
Tahniah Badangpower ucapkan kepada kepada pemenang-pemenang di WOW Putrajaya 2013 yang lalu. Cuma agak mengusarkan Badangpower adalah pemain-pemain yang sama masih lagi menguasai arena gusti lengan di Selangor khususnya.. Kita amat berharap akan muncul lebih ramai wajah-wajah baru untuk memberikan saingan kepada pemain-pemain yang sedia ada. Kita mahu lebih ramai Nizar Yusuf, Mervyn Siew, Zil Fadli, Hairul Le, Abdul Razak Hadezir, Sazali Nazaki, Harith Abdullah dan beberapa nama lagi akan dapat dilahir oleh Selangor. Kita harap dalam tempoh setahun dua lagi pemain-pemain Selangor dapat menguasai arena gusti lengan di Malaysia. Siapa tahu Selangor akan ada wakil Nemiroff dalam masa yang terdekat. Jadi Badangpower seru semua ahli gusti lengan Selangor bekerja lebih keras lagi, berlatih dan terus berlatih.
 
Terima kasih kepada Perbadanan Putra Jaya, Luvmila Corporation dan Redbull
 
Jumpa lagi.
 

Bong Kim Boon, juara kategori A

AKSI-AKSI DI KINRARA CHALLENGE


Disiarkan gambar-gambar yang diambil pada pertandingan gusti lengan Kinrara Challnge 2013 anjuran MPSJ yang diadakan pada 10 Mac, 2013. Kami mohon maaf kerana kualiti gambar agak kurang baik kerana diambil melalu handphone.

Azuan Mansor (kiri) lawan Saiful Halis di suku akhir
 

MERVIN SIEW RANGKUL NAIB JUARA DI BALIKPAPAN INTERNATIONAL ARMWRESTLING COMPETITION 2013

Monday, March 11, 2013






Pengalaman pertama menyertai pertandingan gusti lengan di peringkat antarabangsa memberi tuah kepada ahli gusti lengan selangor Mervyn Siew apabila muncul naib juara pada pertandingan Balikpapan International Armwrestling Competition 2013 yang diadakan di Balikpapan, Kalimantan Timur Indonesia pada 26 Februari yang lalu. Dalam perlawanan akhir bagi kategori lelaki 75-85kg itu, Mervyn Siew tewas kepada Yulianto, peserta tuan rumah, Indonesia.
 

SARWAN HUSSEIN RANGKUL JUARA KINRARA CHALLENGE

Sarwan Hussein dengan piala kemenangan 

Puchong,  10 Mac, 2013. Dalam Pertandingan Gusti Lengan Kinrara Challenge 2013 yang telah diadakan di BKI 3, Taman Kinrara, Puchong,Sarwan Hussein  telah muncul juara bagi kategori Lelaki Terbuka apabila berjaya mengalahkan Azuan Mansor dalam perlawanan akhir. Azuan Mansor telah membuat kejutan apabila berjaya memenangi set pertama. Namun Sarwan Hussein telah bangkit semula untuk memenangi perlawanan set ke dua dan ke tiga seterusnya merangkul kemenangan dan gelaran Lelaki Terkuat Kinrara. 

Kemenangan ini membolehkan Sarwan Hussein merangkul hadiah wang tunai RM500, sebuah piala dan medal. Manakala Azuan Mansor yang muncul sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM250 dan medal. Mohd Rizurin Zaharin yang menduduki tempat ke tiga membawa pulang hadiah RM100 dan sebuah medal, manakala Mohd Shah Fadzil menduduki tempat ke empat membawa pulang RM50 dan medal. Hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Encik Michael Charlie, Ahli Majlis MPSJ.

AKSI-AKSI DI WOW PUTRA JAYA 2013

Sunday, March 10, 2013





KEPUTUSAN PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL WOW PUTRA JAYA 2013

Saturday, March 9, 2013




Putra Jaya.  Pasukan Gusti Lengan Melaka yang hadir dengan membawa seramai 10 orang pemain beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 2 daripada 3 kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Gusti Lengan Karnival WOW Putra Jaya 2013 anjuran Perbadanan Putra Jaya. Pertandingan ini telah diadakan di Persint 2 Putra Jaya pada 3 mac, 2013 sempena Karniva WOW Putra Jaya 2013..

Pasukan Melaka memonopoli pertandingan kategori A apabila pemain-pemainnya menduduki  empat tempat teratas dengan Bong Kim Boon muncul juara dengan  mengalahkan rakan sepasukan Bong Kim Peng yang menduduki tempat ke dua. Tempat ke tiga dimenangi oleh Bong Kim Tian. dan Bong Soon Yow. menduduki tempat ke empat. Wakil Selangor, Saadon Abu Bakar di tempat ke lima dan Mohammad Fauzi Basri sekadar di tempat ke tujuh.

Bong Kim Boon, juara kategori A