Pengalaman pertama menyertai pertandingan gusti lengan di peringkat antarabangsa memberi tuah kepada ahli gusti lengan selangor Mervyn Siew apabila muncul naib juara pada pertandingan Balikpapan International Armwrestling Competition 2013 yang diadakan di Balikpapan, Kalimantan Timur Indonesia pada 26 Februari yang lalu. Dalam perlawanan akhir bagi kategori lelaki 75-85kg itu, Mervyn Siew tewas kepada Yulianto, peserta tuan rumah, Indonesia.
Walau bagaimanapun, peserta veteran negara Lee Thiem Siew gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun 2012 apabila sekadar menduduki tempat ke 3 bagi kategori lelaki 95kg ke atas. Lee Thiam Siew merupakan pemenang bagi bagi kategori 95 kg pada pertandingan yang diadakan tahun lepas.
Pasukan Malaysia kali ini disertai oleh gabungan ahli gusti lengan daripada Persatuan Gusti Lengan Selangor dan Melakaiaitu seramai 9 orang. Pertandingan ini juga turut disertai oleh ahli-ahli gusti lengan daripada beberapa buah negara lain seperti Singapura, Azerbaijan, India, Mesir, Ukrain, Australia, Korea dan
Jerman.
Kejayaan Mervyn Siew dan Lee Thiem Siew pada pertandingan peringkat antarabangsa ini diharap dapat membuka mata pihak-pihak berkenaan untuk sama-sama membantu persatuan sukan negeri untuk membangunkan sukan ini. Prestasi ahli-ahli gusti setanding dengan ahli gusti lengan negara lain. Adalah diharapkan Malaysia akan dapat menghantar peserta-peserta untuk menyertai pertandingan gusti lengan di pertandingan antarabangsa samada di Asia atau pun pertandingan dunia.
Terima kasih;
Gambar-gambar adalah ihsan daripada Facebook Mervyn Siew dan Gunawan Mallagi.
0 comments:
Post a Comment