SEKITAR PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013

Sunday, April 14, 2013

Share this history on :


Abang Tuah menunjukan aksi solo dihadapan ribuan penonton sebelum pertandingan bermula


Kuang, Selangor, Sergey Kardash, Mohd Nizar Ismail, dan Sazali Nazaki menepati ramalan apabila muncul juara dalam kategori mamsing-masing di Pertandingan Gusti Lengan Karnival KOOP Bersama Orang Muda Negeri Selangor pada 13 April, 2013. Karnival ini yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia telath diadakan di Padang Besar Awam, Kg Setia (Sebelah Tasik Biru), Kuang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Ekekutif Suruhnjaya Koperasi Malaysia. Acara gusti Lengan telah dijadi sebagai reasmi pembukaan karnival berkenaan.

Tiga kategori dipertandingan iaitu Lelaki 85kg ke atas, Lelaki 75kg-85kg dan Lelaki 75kg ke bawah satu satu acara khas untuk Kaum Wanita. Hadiah wang tunai RM300.00 beserta hamper untuk juara, RM200 beserta hamper untuk tempat ke dua, RM100 dan hamper untuk tempat ke tiga dan tempat ke 4 -hingga ke 8 membawa pulang hamper bernilai RM50.00.

Para peserta bergambar beramai-ramai sebelum pertandingan bermula.

Sergei Kardash muncul juara bagi kategori Lelaki 85kg ke atas apabila berjaya mengatasi cabaran Mohamad Yasser Kalam dalam perlawanan dua set dan Chia Jun Kit pula menduduki tempat ke 3.. Dalam kategori Lelaki 75kg - 85kg, Mohd Nizar Yusuf yang mencuba bertanding dalam katgori ini muncul juara apabila berjaya menewaskan peserta muda dari Melaka Lee Yong Sheng dalam perlawanan dua set manakala Chia Jun Kit sekali lagi menduduki tempat ke 3.. Manakala dalam kategori Lelakii 75kg ke bawah akhirnya untuk tahun 2013 Sazali Nazaki akhirnya berjaya muncul juara setelah berhempas pulas menewaskan Mohd Najib Ismail dalam perlawanan tiga set, Ini juga kali pertamam Mohd najib berjaya memasuki ppertandingan akhi. Anak jati Kuang Mohd Rafae @ Tuah berjaya menduduki tempat k3.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan teruma kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tidak lupa juga kepada jabatan Belia Daerah Gombak yang telah sudi menjemput Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk memeriahkan karnival ini.



Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: