MR SELANGOR 2013

Thursday, November 28, 2013

Share this history on :

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) hari ini menggumumkan bahawa pertandingan gusti lengan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 8 Disember, 2013 adalah pertandingan merebut gelaran Mr Selangor 2013. Sebanyak 3 gelaran akan dipertandingkan iaitu Mr Selangor 75kg ke bawah, Mr Selangor 75kg - 85kg dan Mr Selangor 85kg ke atas. Hanya mereka yang terpilih sahaja layak untuk bertandingan dalam pertandingan ini. Panel penilai akan mengumumkan nama mereka yang layak selepas pertandingan gusti lengan di MATIC 30 November, 2013 ini. Pemenang setiap kategori akan ditabal sebagai Mr Selangor akan membawa pulang piala, medal dan sijil. Ranking pemain bagi negeri Selangor juga akan turut diumumkan. Mereka yang gagal melayakan diri ke pertandingan turut dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan penutup aktiviti Persatuan untuk tahun 2013. Harap maklum.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: