1. Nama Pertandingan
Pertandingan Gusti Lengan ini dinamakan sebagai ”MaTiC Armwrestling Big Challenge
2014”.
2. Objektif
Objektif dan matlamat penganjuran pertandingan ”MaTiC Armwrestling Big Challenge
2014” ini adalah seperti berikut;
2.1.
Menjayakan aktiviti untuk MaTiC
FEST 2014 anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
2.2.
Mengalakan aktiviti-aktiviti-aktiviti
sihat kepada masyarakat terutama para belia.
2.3.
Memperkenal Gusti Lengan kepada
masyarakat terutama belia di Selangor dan Kuala Lumpur.
3. Penganjur
Penganjur pertandingan ”MaTiC Armwrestling Big Challenge 2014” ” adalah Pusat Pelancongan Malaysia
(MaTiC). Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan
membantu dari segi pengendalian teknikal pertandingan sahaja.
4. Tarikh, Masa dan Lokasi
4.1. Pertandingan
ini akan diadakan pada 31hb Oktober dan 1 & 2hb. November, 2014.
4.2. Lokasi pertandingan adalah di MaTiC, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur.
4.3. Masa pertandingan adalah
4.3.1. 31 Oktober, 2014
03.00ptg
– Pendaftar pertandingan
08.00mlm
– Klinik Gusti Lengan
4.3.2. 1hb November, 2014
08.00pagi
- Pendaftaran
10.30pg
- Taklimat Pertandingan
11.00pgi- Perlawanan pusingan awal
8.30mlm- Perlawanan Separuh akhir dan akhir
4.3.3 2hb November, 2014
0830 - Pendaftaran
0900 - Kursus
Pengadil Gusti Lengan
1600`-` Tamat
5. Kategori Pertandingan
5.1. Sebanyak 5 kategori akan di pertandingkan iaitu;
5.1.1 Kategori A Lelaki 85kg ke atas
5.1.2. Kategori B Lelaki 75kg – 85kg
5.1.3. Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
5.1.4.
Kategori D Wanita Terbuka
5.1.5.
Kategori E Pelajar Lelaki Terbuka
6. Penyertaan
6.1. Penyertaan adalah terbuka kepada warga
negara Malaysia dan bukan warga negara Malaysia.
6.2. Berusia 18 tahun ke atas dan Pelajar 12 –
17 tahun pada tarikh pertandingan.
6.3.
Peserta peserta yang pernah atau
sedang mengalami tangan patah, retak atau terseliuh lengan, tidak dibenarkan
mengambil bahagian.
6.4. Bukan seorang penagih dadah atau bekas
penagih dadah.
7. Tatacara dan Peraturan
7.1. Tatacara dan peraturan pertandingan ini berdasarkan
Undang-Undang dan Peraturan World Armwrestling Federation (WAF) sahaja.
7.2. Pertandingan Gusti Lengan dijalankan secara
berdiri (standing).
7.3. Pertandingan Gusti Lengan hanya menggunakan
tangan kanan sahaja
8. Format
Pertandingan
8.1. Pertandingan ini
akan menggunakan format “kalah mati dua kali (double elimination)” Iaitu pemain yang kalah dua perlawanan akan
terkeluar dari pertandingan.
8.2. Pertandingan dijalankan secara individu.
8.3. Setiap
kategori hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 penyertaan. Sekiranya
penyertaan mana-mana kategori kurang dari jumlah berkenaan, pihak penganjur
mempunyai kuasa samada meneruskan atau membatalkan pertandingan bagi kategori
yang berkenaan.
9.
Pakaian dan tingkahlaku peseta
9.1. Para
peserta individu diwajibkan berpakaian sukan yang bersesuaian.
9.2. Para peserta diwajibkan berkasut sukan dan
tidak memakai jam tangan, cincin dan sebagai dari bahu hingga ke jari semasa
perlawanan diadakan.
9.3. Peserta
dikehendaki memelihara ketatasusilaan serta memelihara keharmonian sepanjang
kejohanan diadakan. Semangat kesukanan
yang ditunjukkan haruslah menghormati etika ketika berada di tempat awam.
9.4. Peserta yang disyaki di bawah pengaruh
dadah dan alkohol tidak akan dibenarkan bertanding.
9.5. Para
peserta dan pegawai pegawai penganjur adalah tertakluk kepada Undang-Undang
Persekutuan, Undang Undang Kerajaan Tempatan dan Peraturan Peraturan yang
diwartakan oleh pemilik premis kejohanan.
10. Pengadilan
10.1. Pengadil adalah dari kalangan mereka yang
dilantik dan diiktiraf oleh PSLNS sahaja
10.2. Pengadil
terdiri daripada mereka yang mempunyai Sijil Pengadilan World Armwrestling
Federation (WAF) dan /atau Sijil Pengadilan PSLNS.
10.3. Pengadilan
setiap pertandingan akan merujuk kepada syarat syarat am dan undang-undang
teknikal pertandingan yang ditetapkan oleh PSLNS.
10.4. Pengerusi
pengadil akan menentukan peserta peserta yang menang dan kalah serta 'ranking'
dengan kerjasama dari Pengadil Pelepas.
10.5. Keputusan
yang dibuat oleh pengerusi pengadil adalah muktamad.
11. Tanggungjawab
11.1. Pihak
Penganjur dan PSLNS adalah tidakk bertanggungjawab ke atas kecederaan, kemalangan
atau kehilangan harta benda peserta atau sebarang kehilangan atau kecelaan nama
baik dan reputasi yang terhasil dari pertanndingan ini ke atas peserta.
11.2. Penganjur akan
mengambil apa jua tindakan untuk memastikan penganjuran berada di dalam keadaan
aman dan selamat untuk peserta dan penonton.
12. Bantuan Perubatan
12.1. Pihak
penganjur adalah bertanggungjawab untuk menyediakan bantuan perubatan bagi
tujuan kecemasan.
12.2. Ambulan dan pegawai perubatan hendaklah berada
di gelanggang pertandingan sehingga pertandingan selesai.
13. Yuran
13.1. Yuran
penyertaan adalah seperti berikut:
Lelaki Kategori A,
B dan C – RM25 berserta baju
Wanita Terbuka –
RM10 beserta baju
Pelajar Terbuka –
RM3
13.2. Jika berlaku
penarikan diri pada bila-bila masa atau atas apa juga sebab, yuran penyertaan
tidak akan dikembalikan..
14. Hadiah
Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut;
14.1 Lelaki Kategori A, B, C
Juara RM1000 +
medal + Sijil
Naib Juara RM700 +
medal + Sijil
Ke 3 RM400 + medal
+ Sijil
Ke 4 RM200 + medal
+ Sijil
Ke 5 – Ke 8 Hamper
+ Sijil
14.2. Wanita dan Pelajar Terbuka
Juara RM200 +
medal + Sijil
Naib Juara RM150 +
medal + Sijil
Ke 3 RM100 + medal
+ Sijil
Ke 4 Hamper +
medal + Sijil
15. Komunikasi
15.1. Sebarang
pertanyaan berkenaan boleh berhubung dengan
15.1.1. Encik Ab. Aziz bin Ali, Presiden PSLNS
012-4189438
15.1.2. Encik
Shamsul Kahar, Pengarah Pertandingan PLSNS 0129402679
15.2. Alamat Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor
ialah No. 6, Jalan Dahlia 9/2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.
15.3. Email:
pslns@yahoo.com
15.4. Laman web rasmi persatuan
0 comments:
Post a Comment