KURSUS PENGADIL GUSTI LENGAN 2014 ANJURAN PSLNS

Tuesday, November 4, 2014

Share this history on :



Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan kursus Pengadil Gusti Lengan pada 2 November 2014 di Threate Lanai, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kursus sehari ini telah dihadiri oleh seramai 14 orang peserta daripada Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seorang peserta dari Bangladesh.
 
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zil Fadli Pengadil Kanan WAF dan dibantu oleh Encik Mohd Nizar bin Yusof, Pengadil WAF. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Gusti Lengan Dunia (WAF Rules and Regulations) Pindaan 2014.
 
Peserta-peserta yang telah menghadiri kursus ini layak untuk menghadiri kursus pengadil anjuran WAF yang melayakkan mereka mengadili perlawanan gusti lengan peringkat antarabangsa yang biasanya diadakan di Belgium setiap tahun. Di Malaysia pengadil yang telah mendapat pengiktirafan WAF adalah Mohd Zil Fadli Abdul Halim dan Mohamad Nizar Yuosf.
 
sementara itu, Azmy Nen, peserta yang berasal dari Bintulu, Sarawak menjadi peserta terbaik keseluruhan teori dan praktikal yang melayakkan beliau untuk menjadi pengadil utama dalam pertandingan gusti lengan yang dianjurkan di Malaysia.
 
Berikut adalah senarai peserta kursus yang telah menamatkan kursus dengan jayanya iaitu;
 
      1.       Azmy bin Nen
2.       Nur Alif bin Rahim
3.       Mohd Rafae @ Tuah bin Mastaruddin
4.       Goh Thian Weai
5.       Markus Nen
6.       Hj Omar Bin Suradie
7.       Abdul Razak bin Hadezhir
8.       Sazali  bin Nazaki
9.       Mohd Nazwil bin Hj Awang
10.   Ricky Henry Udip
11.   Shamsudduha Chowdhury Nayeem  
12.   Jourdan Ajang John
13.   Roni Iskandar Mansor
14.   Muhammad Aniq @ Mustaqim bin Ismail
 
Tahniah kepada para peserta.
 



 















 
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: