Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengadakan klinik gusti lengan di Dataran Morib, Morib pada 1 November 2015.
Objektif klinik ini adalah bagi mendedahkan kepada masyarakat sekitar Morib tentang kaedah permainan gusti lengan. Teknik dan undang-undang telah didedahkan kepada mereka yang mengikuti klinik ini.
Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk anak-anak yang berusia belasan tahun. Inilah generasi pelapis gusti lengan Selangor.
Kami sekadar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memupuk sukan ini bermula dari usia muda lagi.
0 comments:
Post a Comment