KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label john brzenk. Show all posts
Showing posts with label john brzenk. Show all posts

TANYA JOHN BRZENK

Thursday, November 22, 2012



Kurt dari Alaska
John, berapakah lamakah tempoh yang sesuai untuk seseorang ahli gusti lengan itu berehat daripada menjalani latihan berat sebelum menyertai sesuatu pertandingan? Suatu ketika dahulu saya pernah berehat selama 7 hari dari menjalani latihan berat sebelum menyertai satu pertandingan peringkat negeri. Malangnya saya kehilangan kekuatan saya yang sebenar sewaktu bertanding. Mungkinkah ini terjadi kerana tempoh saya berhenti berlatih itu terlalu lama?
Kurt, saya sendiri juga tertanya-tanya, apakah fomula yang sesuai untuk memastikan kita berada dalam tahap yang terbaik tepat pada waktu pertandingan berlangsung. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri tentang apa yang terbaik untuk mereka. Saya pasti ianya sedikit berbeza di antara satu dengan yang lain.

Untuk latihan kekuatan lengan (pulling),  biasanya saya menjalani latihan kekuatan lengan di antara 10 hari ke 2 minggu sebelum sesuatu pertandingan besar akan berlangsung. Tempoh rehat selama dua minggu pun sebenarnya tidak memberi kerehatan yang cukup untuk lengan kita. Tentulah agak malang sekiranya kita menyertai pertandingan dalam keadaan lengan kita masih terasa kesakitan akibat latihan berkenaan. Jadi saya cuma jalani latihan kekuatan lengan yang ringan sahaja pada latihan yang terakhir saya. Cara ini terbukti sesuai untuk saya. Saya tidaklah terlalu menitikberatkan latihan berat. Saya hanya menjalani latihan berat  dalam tempoh 4 hari ke satu minggu sebelum menyertai sesuatu pertandingan. Saya akan melakukan latihan yang ringan sahaja di akhir latihan. Saya tahu anda pasti resah apabila tidak menjalani apa-apa latihan menjelang sesuatu pertandingan. Namun dengan rehat yang cukup anda akan merasa lebih selesa. Tiada apa kelebihan yang akan anda peroleh dengan berlatih pada saat-saat akhir menjelang sesuatu pertandingan. Saya pernah tidak berlatih selama sebulan. Sebaik kembali menjalani latihan kekuatan lengan, saya merasakan begitu seronok sekali walapun selepas itu kesakitan mulai terasa untuk beberapa hari. Pada pandangan saya mendapat rehat yang cukup adalah lebih baik daripada menjalani latihan di saat akhir menjelang sesuatu pertandingan besar.


James
Saya ingin tahu cara membentuk semula kekuatan lengan saya. Saya pernah mengalami patah lengan pada satu pertandingan. Ini berlaku kerana kesilapan saya sendiri membuka ruang lengan yang agak besar dan lawan saya menekannnya dengan kuat. Walau pun begitu, saya masih mampu memenangi beberapa pertandingan kecil tetapi tidak untuk pertandingan besar seperti sebelumnya. Saya dapati tendon saya telah terkeluar dari kedudukan asalnya. Sekarang pun saya masih merasa sakitnya. Saya cuma mampu bertahan untuk 3 atau 4 perlawanan sebelum terkeluar dari pertandingan kerana kesakitan itu.  Apakah nasihat tuan?

Di kedudukan manakah patah yang anda alami pada lengan anda? Berapa lamakah anda telah melakukan aktiviti gusti lengan sebelum dan selepas mengalami kecederaan itu. Adakah anda sentiasa melakukan aktiviti gusti lengan, katakan sekali seminggu? Latihan berat sesuai untuk menyembuhkan kecederaan yang disebabkan oleh aktivtiti gusti lengan tetapi saya mencadangkan anda cuma perlu mejalani latihan gusti lengan yang ringan sahaja kerana proses penyembuhan biasanya akan memakan masa yang agak lama juga. Sekiranya anda merasakan dengan terus menjalani latihan gusti lengan akan memburukan lagi kecederaan tendon anda, saya nasihatkan anda berjumpa dengan pakar perubatan professional. Kecederaan pada tendon agar sukar untuk disembuhkan kecuali dengan mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna daripada pakar. Kunci kepada kesembuhan kecederaan anda adalah masa. Namun pada masa yang sama anda masih boleh meneruskan latihan membolehkan lengan anda melakukan tekanan walaupun mungkin kekuatannya tidak seratus peratus seperti dulu.


Willy dari India
John, saya kembali bergiat dalam sukan gusti lengan selepas berhenti selama tiga atau empat tahun. Saya bernasib baik kerana memenangi satu kejohanan kecil setelah berlatih selama tiga minggu. Saya ada beberapa soalan, diharap anda dapat memberikan jawapan.
Bolehkan anda menerangkan secara lebih lanjut bentuk latihan yang anda lakukan semasa menjalani latihan gusti lengan?
Bolehkan anda cadangkan bentuk latihan yang sesuai untuk menguatkan lengan.
Bolehkan anda jelaskan bagaimana melakukan gerakan pusingan pergelangan tangan (wristcurl)?

Sekarang ini saya cuba berlatih sekali seminggu. Biasanya latihan ini akan memakan masa selama satu ke dua jam. Semasa sesi latihan ini saya akan bertarung dengan beberapa orang dengan mempelbagai teknik dan gaya permainan. Saya akan mempelbagaikan teknik dan gaya permainan saya tanpa mengira masa. Biasanya saya akan terus bertarung sehingga saya berasa kepenatan dan tidak lagi mampu untuk bertarung. Saya akan terlebih dahulu akan bertarung dengan lawan yang tidak berapa kuat dan seterusnya kepada lawan yang lebih kuat. Amat penting sekali anda mempelbagaikan teknik pertarungan anda walau pun ada ketikanya anda merasa kurang selesa dengan teknik berkenaan. Kekuatan tangan berkemungkinan boleh dibina melalui aktiviti gusti lengan itu sendiri. Saya biasa melakukan lebih latihan terhadap tangan dan pengelangan tangan saya. Selalu juga saya melakukan latihan mengenggam tangan sewaktu pergi ke tempat kerja. Untuk kekuatan pergelangan tangan saya akan lakukan semasa latihan berat. Saya akan menggunakan dumb bell untuk latihan pergelangan tangan satu persatu. Saya akan letakkan  lengan saya pada bangku dan memusingkan pergelangan tangan dari pelbagai sudut dengan ibu jari dan jari-jari yang lain sepenuhnya di bawah bar pemegang dumb bell.



Dari CM
Saya ingin bertanya tentang latihan yang sering anda lakukan untuk membesarkan lengan anda. Saya begitu cemburu melihat mereka yang mempunyai lengan yang begitu besar. Saya telah melakukan latihan angkat berat selama 5 hari berturut-turut untuk selama beberapa tahun. Saya tahu latihan yang perlu dilakukan untuk membesarkan lengan tetapi adakah terdapat satu bentuk latihan yang luar biasa untuk membantu saya membesarkan lengan saya?


Saya fikir bentuk lengan saya adalah disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk dan adik saya mempunyai lengan yang besar. Lengan saya membesar hasil daripada aktivtiti gusti lengan. Lengan kanan saya lebih besar 2 inci daripada lengan kiri saya. Saya sering melalukan latihan angkat berat untuk memastikan kedua lengan kiri dan kanan mempunyai saiz yang sama.

Saya melakukan latihan menggenggam tangan setiap hari. Manakala latigan pergerakan pergelanggan tangan akan saya lakukan pada sesi terakhir setiap latihan saya. Saya akan mulakan dengan menggangkat berat pada 50lbs hingga ke peringkat berat yang saya tidak mampu mengangkat. Saya juga melakukan latihan kekuatan tangan dan pergelangan tangan di meja gusti lengan sekali seminggu.




Sorce: http://www.armwrestling.com/jbrzenk2.html

JOHN BRZENK: ARMWRESTLING LEGEND

Wednesday, November 21, 2012



John Brzenk (born July 15, 1964) is a professional armwrestler from the United States. He competes in the Professional Armwrestling League, and as of 2009 is the number-one armwrestler in the world.John was named by the Guinness Book of World Records as the "Greatest Armwrestler of All Time"

Biography
John Brzenk's father was an arm wrestler[4] and John says he gained some of his forearm size through genetics. He arm wrestled across tables in school for about five years. When he was in eighth grade, he broke his arm while armwrestling a friend of his father. When he was 16 years old he participated in his first tournament.
John Brzenk won his first world title on ABC's 1983 Wide World of Sports when he was 18 years old.[3] His right forearm is 16 inches in circumference, and his left is 13.5 inches. The heaviest opponent he faced weighed 660 lbs, whom he defeated. John has lost a supermatch only once, and only a handful of people have beaten him (including his brother, Bill). The most noted of them are Devon Larratt and Alexey Voyevoda. Aside from arm wrestling, he works as a mechanic at Delta Air Lines.[5] He says the job is non-physical so his arms get plenty of rest. He makes $13,000 to $15,000 a year arm wrestling.