KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label teknik asas gusti lengan. Show all posts
Showing posts with label teknik asas gusti lengan. Show all posts

TEKNIK ASAS GUSTI LENGAN

Friday, June 21, 2013


Salam Sejahtera.

Ramai yang bertanya dengan Badangpower, bagaimana nak bermain gusti lengan yang betul. Jenuh juga nak menjawab pada setiap kali ditanya benda yang sama terutama oleh mereka yang baru sahaja nak berjinak-jinak dengan sukan gusti lengan.  Di sini Badangpower perturunkan secara bergambar dan penerangan semudah mungkin. Harapan Badangpower penerangan ini akan sedikit sebanyak membantu terutama kepada mereka yang baru nak menceburi dalam sukan gusti lengan.

Jom, kita perlahan-lahan mulakan.



Semasa memulakan perlawanan, sekiranya perlawanan mengunakan tangan kanan,  genggam tangan lawan dan pastikan siku anda diletak di atas pad siku, sementara tangan kiri memegang pedal meja. Pastikan kaki kanan anda berkedudukan di depan rujuk gambar) begitu juga sebaliknya. Dengan cara ini kekuatan atau kesetabilan badan akan berpindah dari kaki hadapan ke kaki belakang.



Semasa menggengam tangan masing-masing, pastikan ibu jari berada dibawah jari-jari anda (rujuk gambar). Ini akan membolehkan anda melakukan teknik yang dipanggil sebagai "top roll".




Rapatkan perut anda ke meja. Kalau kaki kanan berkedudukan di hadapan, pasti pinggul sebelah kanan anda juga dirapat sedikit ke atas.



Rapatkan lengan sebelah atas anda ke badan (rujuk gambar). Dengan cara ini kekuatan lengan dan badan digabungkan dan akan dapat digunakan secara serentak. Cara ini membolehkan anda menggunakan kekuatan anda secara maksima berbanding dengan menggunakan berlawanan dengan menggunakan kekuatan lengan anda semata-mata.



Semasa mengengam tangan lawan sewaktu permulaan,  gunakan kekuatan pergelanggan tangan untuk mula memberikan tekana kepada lawan anda. Ia akan memberikan kelebihan kepada anda ke atas lawan sebaik pengadil menyebut perkataan "Ready...... Go!".



Cuba dapat kedudukan tangan anda berada di dalam keadaan di atas tangan lawan..Cuba bengkok pergelangan tangan lawan ke arah dada anda   Anda mungkin akan ditegur pengail agar meluruskan kedudukan genggam, namun cuba dapat kedudukan genggaman seperti dinyatakan.. Ini akan membuat kedudukan genggaman anda lebh kukuh.  Sekiranya tidak dapat, pasti pergelangan anda lurus dan jangan biarkan lawan anda berusaha membengkokkan pengelangan anda pula.
.



Semasa menekan tangan lawan, arahkan  ke penjuru meja sambil memusing badan anda.. Gunakan kekuatan seluruh badan anda untuk menekan tangan lawan dengan mengarahkan ke arah anda. Ini bertujuan untuk membuat  tangan lawan berada di dalam keadaan terbuka. Di dalam keadaan lengan terbuka dan berkedudukan  di bawah tepat, lawan anda akan menghadapi kesukaran untuk mengangkat  tangannya semula. 




Semasa anda berada di dalam keadaan begini (Rujuk gambar), anda boleh gunakan beberapa teknik mengikut keadaan yang sesuai; Teknik yang biasa dignakan adalah apa yang dipanggil sebagai  “The Hook”.  Teknik ini amat berkesan jika kekuatan anda dan lawan anda hampir seimbang. Sebaik arahan mula diterima, anda secara pantas memulas pergelangan tangan lawan ke dalam (ke arah diri anda). Untuk teknik anda perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan lengan bahagian atas (bicep). Bertahan dengan kedudukan ini kemudian mula berikan tekanan ke atas tangan lawan dengan menekan ke bawah..Tangan dan badan anda hendaklah dirapatkan kemudian tekan tangan lawan ke bawah. Mula gerakan badan (bahu ) anda berada di atas tangan anda yang sedang melakukan tekanan. Dalam keadaan begini tidak ramai pemain lawan yang mampu bangkit semula.

Anda boleh juga menggunakan teknik “The top roll”. Teknik ini adalah tindakan mengangkat/mengungkit (leverage) tangan anda (jari jemari). Anda memberi tekanan terhadap tangan lawan anda dengan cara memaksa lengannya terbuka dan membuat kesukaran kepadanya untuk memberi tindak balas menggunakan kekuatan tubuh badannya. Semasa melakukan genggaman, rapatkan kedudukan siku anda dan lawan anda. Sewaktu mengenggam, pastikan tanda anda berada di atas atau berkedudukan lebih tinggi dari tangan lawan anda. Paksa lawan anda membuka ruang (antara tangan dan dada). Ini akan menyebabkan lawan anda sukar menggunakan kelebihan fizikalnya (muscle). Kedudukan tangan yang lebih tinggi akan memberikan anda banyak kelebihan. Sebaik bermula, segera pusingkan tangan anda ke arah anda dan tarik tangan lawan anda ke arah anda dengan cara melakukan tekanan dari atas kemudian tarik badan anda ke belakang. Dalam masa yang sama tekan tangan lawan ke bawah.

.

Untuk menewaskan lawan anda, pusingkan badan dengan kedudukan bahu pada arah yang anda mahu tengan anda melakukan tekanan. Cara ini membolehkan kekuatan bahu dan badan digunakan untuk menang


Setakat ini, anda berlatihlah menggunakan teknik yang dinyatakan kemudian cuba pula pelbagai teknik-teknik yang lain. Ini akan Badangpower jelaskan pada episod akan datang. Kalau ada sesiapa di luar sana yang nak tambah atau nak perbetulkan apa yang Badangpower nyatakan di atas, Badangpower amat mengalu-galukan. Email cerita anda ke badangpower@yahoo.com

Jadi jumpa lagi.



Basic Format from Pulling Jones