Sidang akhbar ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad, Pengurus Unit Pembangunan Sukan KSN. Turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah wakil dari penaja-penaja yang menaja pertandingan ini.
Dalam sidang akhbar ini, Encik Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad telah memberikan penerangan tentang acara-acara yang dipertandingan iaitu Bola Jaring dan Gusti Lengan. Bagi acara Bola Jaring, dua acara dipertandingan iaitu kategori wanita dan kategori lelaki. Manakala bagi gusti lengan pula, empat kategori akan dipertandingkan. KSN menganjurkan acara gusti lengan buat pertama kalinya didalam aktiviti sukan KSN. Lokasi pertandingan adalah di Stadium Putra, Bukit Jalil dan bukan di Dewan Putra seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pihak PSLNS dalam sidang akhbar ini telah mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada KSN dan En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad terutamanya dan Puan Haslinawati Abu Hassan kerana memberi peluang kepada pihak PSLNS buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan gusti lengan.
Selepas sidang akhbar diadakan, Encik Shamsul Kahar bin Mohamad, Setiausaha/Pengarah Pertandingan PSLN telah ditemuramah oleh wartawan dari Bernama TV untuk siaran berita.
Pihak PSLNS amat berharap semua pemain gusti lengan Selangor dan mereka yang berminat untuk mencuba dan menyaksikan acara gusti lengan dengan lebih dekat akan datang beramai-ramai ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 & 13/12/2009 ini. Disamping pertandinga, pihak PSLNS juga akan mengadakan pameran aktiviti gusti lengan dan juga klinik Teknik Permainan Gusti Lengan secara percuma kepada mereka yang berminat.
En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad (tengah) sedangmengadakan sidang akhbar
En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikancenderamata kepada wakil penaja Figos
En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikancenderamata kepada wakil penaja Sport Toto
En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikancenderamata kepada wakil penaja 100 Plus
En. Shamsul Kahar Mohamad, Setiausaha/Pengarah PertandinganPSLNS sedang ditemuramah oleh wartawan Bernama TV










