TAHNIAH KEPADA PEMENANG!
Monday, March 25, 2013
BRAVO!!
Tahniah Badangpower ucapkan kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013". Tahniah kerana anda telah menunjuk satu semangat juang yang begitu jitu. Juga kepada lain-lain peserta, Badangpower ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi ANDA SEMUA terhadap acara sukan yang paling kita minati ini. Anda semua sebenarnya sedang berjuang untuk meletakkan martabat sukan gusti lengan di satu tahap yang lebih tinggi yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, pihak kerajaan, NGO dan badan-badan korporat dan pihak swasta.
Apa yang dapat Badangpower simpulkan adalah Mohd Nizar Yusof masih kukuh dan makin gagah walaupun mendapaat cabaran daripada Zil Fadli, Abduk Razak, Hairul Lee (sekadar beberapa nama). Apakah dengan peningkatan yang sedang berlaku sekarang, Nizar akan masih dapat mempertahankan kekuatannya, atau akan muncul pemain lain pula. Masa juga yang akan menentukan.
Lee Thiem Siew masih lagi individu terkuat di Malaysia bagi kategori A, sekali lagi menunjukan kejaguhannya bila muncul juara dengan menewaskan juara dari Russia, Sergey Kardash sebanyak dua kali iaitu perlawanan di pusingan awal dan di final. Malangnya dalam kategori A inilah Selangor tidak lagi mempunyai pemain-pemain yang berkeliber yang mampu memberi cabaran. Yang mamsih membawa cabaran Selangor bagi kategori ini hanyalah Mohamad fazui basri, manakala nama-nama seperti Afrizal Yunus, Sharizat Masih, Zuaslan Kassim telah mengumumkan persaraan. Harih yang dulu mendominasi kategori memilih untuk bertanding di kategori B. Ini bererti satu kerja keras perlu dilakukan untuk mencari pemain-pemain untuk kategori A.
Nampaknya setakat ini, kebanyakan pemain Selangor terdiri daripada pemain-pemain kategori B, D dan Wanita. Badangpower mencadangkan pihak Persatuan memulakan usaha mencari pemain-pemain yang boleh bertanding di dalam kategori A, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh pemain dari Melaka.
Apa pun, Badangpower juga ucapkan ribuan terima kasih kepada semuaa pihak yang telah sudi menanjurkan dan menaja acara gusti lengan. Kerjasama seperti inilah yang |sangat-sangat diharapkan oleh Pihak Persatuan Sukan Lengan negeri Selangor dan ahli-ahli gusti lengan dan peminat-peminat acara sukan ini.
Lagi sekali tahniah untuk semua.
Jumpa lagi.
Lee Thiem Siew, juara kategori A
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
Pusat Sains Negara,
selangor armwrestling,
Sports Spinach
KEPUTUSAN RASMI ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013
Sunday, March 24, 2013
Pusat Sains Negara, 24 Mac, 2013. Pertandingan gusti lengan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach Festival 2013" yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sains Negara sempena "Sports & Spinach Festival 2013" telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 23 Mac, 2013 yang lalu.. Pertandingan yang asalnya hanya melibat ahli gusti lengan tempatan dari Melaka, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. turut berjaya menarik minat beberapa peserta dari luar negara seperti Russia, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.Penyertaan peserta dari luar negara ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang berguna kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan.
Syabas pihak Persatuan ucapkan kepada ahli-ahli gusti lengan tempatan yang telah memberikan saingan yang sengit kepada peserta-peserta dari luar negara dengan memenangitiga dari empat kategori yang dipertandingkan. Selangor memenangi dua kategori iaitu melalui Mohd Nizar Yusof seperti diduga telah memenangi kategori Lelaki C menewaskan Mohd Zil Fadli Abdul Halim juga daripada pasukan Selangor. Manakala Siti Khatijah memenangi kategori Wanita setelah berjaya mengatasi Mazuin Mohd Bashah di perlawanan akhir. Kedua-duanya dari pasukan Selangor. Lee Thiem Siew yang mewakili pasukan Melaka berjaya memenangi kategori Lelaki A walaupun mendapat tentangan sengit daripada Sergey Karsdash, peserta dari Russia. Valen Low yang mewakili pasukan Singapura berjaya menjuarai kategori Lelaki B apabila berjaya menewaskan Chia Jun Kit dari Selangor di perlawanan akhir.
Lee Thiem Siew sedang bertarung dengan Sergey Kardash daripada Rusia di perlawanan akhir kategori A
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
MOSTI,
Pusat Sains Negara,
selangor armwrestling,
Sports Spinach
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORT & SPINACH PADA 23 MAC 2013
Wednesday, March 13, 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sempena dengan Karnival Sukan "SPORTS & SPINACH - Its Time To Get Healthy @ PSN" anjuran Pusat Sains Negara (PSN), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang
akan diadakan mulai 23 Mac - 31 Ogos, 2013, 2013, satu pertandingan gusti lengan
akan diadakan seperti berikut;
Pertandingan;
ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH FESTIVAL 2013
Tarikh;
23hb Mac, 2013
Tempat;
Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Masa;
9.00 pagi - 5.00 petang
Kategori;
- Lelaki A 85kg ke atas
- Lelaki B 75kg - 85kg
- Lelaki C 75kg ke bawah
- Wanita D Terbuka
Hadiah;
- Juara RM300
- Naib Juara RM200
- Ke 3 RM150
- Ke 4 RM50
- Ke 5 - 8 Hamper
(NOTA : Kami masih menunggu pengesahan daripada PSN tentang nilai hadiah yang sebenar)
Yuran
RM10.00
Pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi.
Perlawanan dijangka akan diadakan bermula pada jam 10.30pagi.
Perlawanan menggunakan tangan kanan
sahaja.
JUMPA
ANDA DI SANA!
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
gusti lengan selangor,
MOSTI,
Pusat sains negara PSN,
Sports Spinach
WAJAH-WAJAH PEMENANG DI WOW PUTRA JAYA 2013
Salam untuk semua.
Tahniah Badangpower ucapkan kepada kepada pemenang-pemenang di WOW Putrajaya 2013 yang lalu. Cuma agak mengusarkan Badangpower adalah pemain-pemain yang sama masih lagi menguasai arena gusti lengan di Selangor khususnya.. Kita amat berharap akan muncul lebih ramai wajah-wajah baru untuk memberikan saingan kepada pemain-pemain yang sedia ada. Kita mahu lebih ramai Nizar Yusuf, Mervyn Siew, Zil Fadli, Hairul Le, Abdul Razak Hadezir, Sazali Nazaki, Harith Abdullah dan beberapa nama lagi akan dapat dilahir oleh Selangor. Kita harap dalam tempoh setahun dua lagi pemain-pemain Selangor dapat menguasai arena gusti lengan di Malaysia. Siapa tahu Selangor akan ada wakil Nemiroff dalam masa yang terdekat. Jadi Badangpower seru semua ahli gusti lengan Selangor bekerja lebih keras lagi, berlatih dan terus berlatih.
Terima kasih kepada Perbadanan Putra Jaya, Luvmila Corporation dan Redbull
Jumpa lagi.
Bong Kim Boon, juara kategori A
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gust lengan selangor,
Redbull,
WOW Armwrestling Putrajaya 2013
AKSI-AKSI DI KINRARA CHALLENGE
Disiarkan gambar-gambar yang diambil pada pertandingan gusti lengan Kinrara Challnge 2013 anjuran MPSJ yang diadakan pada 10 Mac, 2013. Kami mohon maaf kerana kualiti gambar agak kurang baik kerana diambil melalu handphone.
Azuan Mansor (kiri) lawan Saiful Halis di suku akhir
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
Azuan mansor,
gusti lengan selangor,
kinrara Armwrestling Challenge,
Sarwan Hussein,
selangor armwrestling
MERVIN SIEW RANGKUL NAIB JUARA DI BALIKPAPAN INTERNATIONAL ARMWRESTLING COMPETITION 2013
Monday, March 11, 2013
Pengalaman pertama menyertai pertandingan gusti lengan di peringkat antarabangsa memberi tuah kepada ahli gusti lengan selangor Mervyn Siew apabila muncul naib juara pada pertandingan Balikpapan International Armwrestling Competition 2013 yang diadakan di Balikpapan, Kalimantan Timur Indonesia pada 26 Februari yang lalu. Dalam perlawanan akhir bagi kategori lelaki 75-85kg itu, Mervyn Siew tewas kepada Yulianto, peserta tuan rumah, Indonesia.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
Balikpapan International Armwrestling Competition 2013,
gusti lengan selangor,
Lee Thiem Siew,
Maervyn siew
SARWAN HUSSEIN RANGKUL JUARA KINRARA CHALLENGE
Sarwan Hussein dengan piala kemenangan
Puchong, 10 Mac, 2013. Dalam Pertandingan Gusti Lengan Kinrara Challenge 2013 yang telah diadakan di BKI 3, Taman Kinrara, Puchong,Sarwan Hussein telah muncul juara bagi kategori Lelaki Terbuka apabila berjaya mengalahkan Azuan Mansor dalam perlawanan akhir. Azuan Mansor telah membuat kejutan apabila berjaya memenangi set pertama. Namun Sarwan Hussein telah bangkit semula untuk memenangi perlawanan set ke dua dan ke tiga seterusnya merangkul kemenangan dan gelaran Lelaki Terkuat Kinrara.
Kemenangan ini membolehkan Sarwan Hussein merangkul hadiah wang tunai RM500, sebuah piala dan medal. Manakala Azuan Mansor yang muncul sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM250 dan medal. Mohd Rizurin Zaharin yang menduduki tempat ke tiga membawa pulang hadiah RM100 dan sebuah medal, manakala Mohd Shah Fadzil menduduki tempat ke empat membawa pulang RM50 dan medal. Hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Encik Michael Charlie, Ahli Majlis MPSJ.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
Kinrara Challenge,
MPSJ
AKSI-AKSI DI WOW PUTRA JAYA 2013
Sunday, March 10, 2013
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
gusti lengan selangor,
Karnival WOW Putra jaya 2013,
WOW Armwrestling
KEPUTUSAN PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL WOW PUTRA JAYA 2013
Saturday, March 9, 2013
Putra Jaya. Pasukan Gusti Lengan Melaka yang hadir dengan membawa seramai 10 orang pemain beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 2 daripada 3 kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Gusti Lengan Karnival WOW Putra Jaya 2013 anjuran Perbadanan Putra Jaya. Pertandingan ini telah diadakan di Persint 2 Putra Jaya pada 3 mac, 2013 sempena Karniva WOW Putra Jaya 2013..
Pasukan Melaka memonopoli pertandingan kategori A apabila pemain-pemainnya menduduki empat tempat teratas dengan Bong Kim Boon muncul juara dengan mengalahkan rakan sepasukan Bong Kim Peng yang menduduki tempat ke dua. Tempat ke tiga dimenangi oleh Bong Kim Tian. dan Bong Soon Yow. menduduki tempat ke empat. Wakil Selangor, Saadon Abu Bakar di tempat ke lima dan Mohammad Fauzi Basri sekadar di tempat ke tujuh.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor,
Karnival WOW Putra jaya 2013,
selangor armwrestling
ARMWRESTLING CHALLENGE @ FESTIVAL SPORTS & SPINACH, PUSAT SAINS NEGARA
Monday, February 25, 2013
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan selangor armwrestling,
Pusat Sains Negara,
Sports Spinach
PERTANDINGAN GUSTI LENGAN DI KARNIVAL WOW PUTRA JAYA, 3 MAC 2013
macam kenal je Mamat dua orang ni, tapi di mana yee....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sempena dingan Karnival WOW Putrajaya 2013 yang akan diadakan mulai 28 Februari - 3 Mac, 2013, satu pertandingan gusti lengan akan diadakan pada 3 mac, 2013 bertempat di Persint 2, Putra Jaya. Pertandingan yang akan dimulakan pada jam 9.00 pagi ini mempertandingan 3 kategori seperti berikut;
1. lelaki 85kg ke atas
2. lelaki 75kg - 85kg; dan
3. lelaki 75kg ke bawah.
Pertandingan kali ini menawarkan hadiah wang tunai RM200 kepada Juara, RM150 ke 2, RM100 ke 3 dan Hamper untuk tempat ke 4 - ke 8.
Yuran penyertaan adalah RM10 sahaja.
Perlawanan menggunakan tangan kanan sahaja.
Pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi. Perlawanan dijangka akan diadakan bermula pada jam 10.30pagi.
JUMPA ANDA DI SANA!
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
:pertandingan gusti lengan selangor,
gusti lengan selangor,
man raja lawak,
selangor armwrestling,
WOW Putra jaya
HARIAN METRO: Mahu gusti lengan wanita
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD DAN ANIZA ZAINUDIN
Kuala Lumpur: Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka pagi dan petang semalam bagi menyaksikan pelbagai acara menarik yang disediakan menjelang Konsert Ekspresi Harian Metro, pada sebelah malamnya.
Konsert dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini antara lain sebagai membalas sokongan pembaca setia Harian Metro yang juga akhbar nombor satu negara serta meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Pengunjung, Viviana Hawa Masdar Hidayat, 24, berkata, sejak jam 9 pagi dia sudah menunggu bagi memberi sokongan kepada pelbagai acara yang disediakan.
Pengunjung, Viviana Hawa Masdar Hidayat, 24, berkata, sejak jam 9 pagi dia sudah menunggu bagi memberi sokongan kepada pelbagai acara yang disediakan.
“Saya pembaca setia Harian Metro sejak dulu lagi. Kini, selepas berwajah baru ia lebih padat dengan pelbagai isu selain cerita muka depan yang menarik.
“Bukan hanya menunggu konsert semata-mata, saya juga mahu memasuki pertandingan gusti lengan, malangnya ia hanya dibuka untuk lelaki saja,” katanya sambil tersenyum.
Menurutnya, dia meminati sukan lasak namun tiada rezeki untuknya bertanding.
“Bukan hanya menunggu konsert semata-mata, saya juga mahu memasuki pertandingan gusti lengan, malangnya ia hanya dibuka untuk lelaki saja,” katanya sambil tersenyum.
Menurutnya, dia meminati sukan lasak namun tiada rezeki untuknya bertanding.
“Biarpun gagal memasuki pertandingan itu, saya masih boleh menyertai pertandingan lain misalnya menggubah bunga.
“Saya harap tahun akan datang pihak Harian Metro akan mengadakan pertandingan gusti lengan untuk wanita juga,” katanya.
“Saya harap tahun akan datang pihak Harian Metro akan mengadakan pertandingan gusti lengan untuk wanita juga,” katanya.
Bagi Aisarah Raihan Aminuddin, 13, pelawaan ibu bapanya untuk ke Konsert Ekspresi Harian Metro umpama orang mengantuk disorongkan bantal.
“Saya dan adik memang nak sangat datang kerana terdapat pelbagai program untuk kanak-kanak dianjurkan.
“Misalnya saya menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Biarpun hanya mendapat hadiah sagu hati, saya tetap puas,” katanya yang datang dari Sungai Buloh.
Konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Antaranya, Ella, Ramli Sarip, Azlan &The Typewriter, Black, Najwa Latif, Alyah, Sleeq, Soo Wincci dan Zivilia Band.
Tidak ketinggalan persembahan daripada kumpulan indie seperti Beatburns, The Jesper, Orange in The Wood dan XPDC Junior, petang semalam.
“Saya dan adik memang nak sangat datang kerana terdapat pelbagai program untuk kanak-kanak dianjurkan.
“Misalnya saya menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Biarpun hanya mendapat hadiah sagu hati, saya tetap puas,” katanya yang datang dari Sungai Buloh.
Konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Antaranya, Ella, Ramli Sarip, Azlan &The Typewriter, Black, Najwa Latif, Alyah, Sleeq, Soo Wincci dan Zivilia Band.
Tidak ketinggalan persembahan daripada kumpulan indie seperti Beatburns, The Jesper, Orange in The Wood dan XPDC Junior, petang semalam.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gegaria harian Metro,
GUSTI LENGAN WANITA
Keputusan serta aksi-aksi Gusti Lengan di Kejohanan Sukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 26 Januari, 2013 di UPM Serdang
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut;
Kategori Wanita
- Noor Fazura binti Sidek - Kuala Lumpur
- Hajarhafeza binti Jawati - Johor
- Nur Jamilah binti Mohammad - Selangor
- Tengku Noorasiah binti Tengku Mahyidin
Kategori Lelaki
- Mohd Zaidi Abas - Negeri Sembilan
- Mohd Azhar bin Abd Razak - Ibu Pejabat
- Sadri bin Saidin - Kedah
- Mohd Azmeer bin Yahaya - Selangor
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
Agnesi anti Dadah Kebangsaan,
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)




















