SELANGOR PRAY FOR MH370
Wednesday, March 12, 2014
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
gusti lengan selangor,
MH370,
PRAY FOR MH370
MALAYSIA NYARIS SAPU BERSIH - KALTIM POST
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
Balikpapan International Armwrestling Competition 2014,
gusti lengan Malaysia,
gusti lengan selangor,
kaltim Post
MALAYSIA HAMPIR SAPU BERSIH DI BALIKPAPAN
Malaysia hampir memenangi semua kategori
2nd Balikpapan International Armwrestling Competition 2014
BALIKPAPAN, 1 Mac 2014 – Dengan kekuatan seramai 15 orang ahli gusti
lengan yang terdiri dari atlit gabungan 3 buah negeri iaitu Selangor, Melaka
dan Sabah, Malaysia hampir memenangi ke semua kategori yang dipertandingkan di
Kejohanan Gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014. Kejohanan ini telah
diadakan di Balikpapan, Indonesia pada 27 dan 28 Februari 2014 yang lalu.
Sebanyak 5 kategori yang dipertandingkan pada
kejohanan kali ke 2 ini, Malaysia telah berjaya memenangi 4 kategori melalui
Mohd Nizar Yusof yang menewaskan rakan senegara Mohd Zil Fadli Abdul Halim
untuk menjuarai kategori 65-75 kg. Diikuti pula oleh Joeffrey Jolly yang
mengalahkan Yulianto (Indonesia) untuk muncul kategori 75-85 kg. Bong Kim Boon
menjadi juara kategori 85-95 kg juga mengalahkan rakan senegara iaitu Jolly
Johnson. Pingat ke 4 Malaysia disumbangkan oleh Lee Thiem Siew yang berjaya
menewaskan musuh tradisinya James H Anes (Indonesia) dalaam kategori 95+ kg.
Malaysia hampir memenangi kesemua kategori namun Abdul Rozak Hadezir tewas di
tangan Edi (Indonesia) pada kategori 0-65 kg untuk sekadar membawa pulang
pingat perak.
Secara keseluruhan Malaysia berjaya memenangi 4
pingat emas dan 3 perak. Ini merupakan pencapaian terbaik berbanding pencapaian
pada kejohanan pertama pada tahun 2013 di mana Malaysia hanya memenangi 1
pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pemenang setiap kategori dari juara hingga
tempat ke 3 masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai Rp 12,5 juta
(juara7 I), Rp 10 juta (juara II), Rp 7,5 juta (juara III).
Keputusan penuh adalah seperti berikut;
65kg ke bawah
1 - Edy (Indonesia)
2 - Abdul Razak(Malaysia)3 – Herman (Indonesia)
75kg ke bawah
1 - Nizar Yusof(Malaysia)2 - Zil Fadli (Malaysia)
3 - Jian Jikan (Indonesia)
85kg ke bawah
1 - Joeffrey Jolly (Malaysia)2 - Darwis (Indonesia)
3 - Chandra (Indonesia)
1 - Bong Kim Boon (Malaysia)
2 - Jolly Johnson (Malaysia)
3 - Indonesia
1 - Lee Thiam Siew (Malaysia)
2 - Anes James (Indonesia)
3 - Sirojuddin (Indonesia)
Lee Thiem Siew - 95kg ke atas
Bong Kim Boon, 95kg ke bawah
Jeoffery Jolly, 85kg ke bawah
Abdul Razak Hadezhir, naib juara 65kg ke bawah
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
gusti lengan Malaysia,
gusti lengan selangor,
panco balikpapan
MALAYSIA BERTANDING DI BALIKPAPAN, INDONESIA
Saturday, March 1, 2014
Malaysia menghantar penyertaan terbesar iaitu 14 orang peserta ke Kejohanan gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014 yang diadakan di Balikpapan, Indonesia mulai 28 Februaari hingga 2 Mac 2014. Pasukan Malaysia kali ini diwakili oleh gabungan 3 pasukan negeri iaitu Selangor, Melaka dan Sabah.
Antara negara yang akan bertanding selain daripada pasukan Indinesia sendiri dan Malaysia adalaj pasukan daripada Singapura, Azerbaijan, India, Mesir, Ukraine, Australia, Korea Selatan, Jerman, dan Rusia
Malaysia akan menyertai lima kategori iaitu Ada 5 nomor yang dipertandingkan iaitui kelas 65 kg, kelas 75 kg, kelas 85 kg, kelas 95 kg, dan + 95 kg dengan mensasarkan sekurangnya dua pingat. Tahun lepas malaysia hanya mampu membawa pulang 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pingat perak dimenangi oleh Mervyn Siew (Selangor) manakala pingat gangsa di menangi oleh Lee Thiem Swee (Melaka).
Sementara itu 4 orang pemain Selangor telah dipilih mewakili pasukan Malaysia iaitu Mohamad Nizar bin Yusuf, Mohd Zil fadli Abd Halim yang merupakan juara Mr Selangor 2013 dan juga Abdul Razak Hadezhir serta Syed Saddam Wafa. Manakala lain-lain pemain yang turut serta di antaranya adalah Lee Thiam Swee dan Bong Kim Boon (Melaka), Joeffrey Jolly dan Jolly Johnson (Sabah).
Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mendoakan pasukan ini akan dapat menunjukan prestasi yang cemerlangan pada kejohanan ini nanti sekali gus menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
Balikpapan International Armwrestling Competition 2014,
gusti lengan selangor
GUSTI LENGAN SELANGOR 2013
Friday, January 31, 2014
Terima kasih kepada Samsul Fitri @ Surihani yang telah bersusah payah untuk menyediakan gambar-gambar aktivtiti gusti lengan Selangor untuk tahun 2013. Di atas adalah gambar sebahagian daripada aktiviti gusti lengan Selangor sepanjang tahun 2013. Insyaallah untuk tahun 2014 ini akan ada banyak lagi pertandingan yang jauh lebih mencabar.
Jadi semua diharapkan lebih bersedia untuk mencabar tahun 2014 ini.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
2013,
Armwrestlimg challenge Melaka 2013,
gusti lengan,
gusti lengan selangor
TRIBUTE TO MR SELANGOR 2013 - JAKE CHIA JUN KIT
Thursday, January 2, 2014
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
.Malaysia Book of Record - gUSTI lENGAN,
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
jake chia jung kit,
Mr sSelangor 2013
TRIBUTE TO MR SELANGOR 2013 - ZIL FADLI ABDUL HALIM
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Mr Selangor 2013,
Zil Fadli
TRIBUTE TO MR SELANGOR 2013 - MOHD NIZAR YUSOF
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Mohd Nizar Yusof,
Mr Selangor 2013
VIDEO" ARMWRESTLING TEQHNIQUES BY IGOR MARZURENKO
Thursday, December 26, 2013
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
:pertandingan gusti lengan selangor,
. armwrestling selangor,
armwrestling teqniques,
igor marzurenko
VIDEO: ARMWRESTLING EXERCISE - IGOR MARZURENKO
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
ARMWRESTLING TRAINING EXERCISE,
gusti lengan selangor,
IGOR MAZURENKO
ARTIKEL : KECEDERAAN SUKAN
Taping and strapping yang
berwarna-warni semakin popular dalam kalangan ahli sukan.
Semua ahli sukan sama ada yang
aktif dalam sukan bola sepak, badminton, ragbi, gimnastik, renang atau sebut
saja sukan apa, semuanya terdedah kepada kecederaan ringan atau berat. Kecederaan
semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan. Biasanya
kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau
bersenam.
Kecederaan sukan bukan hanya
berlaku kepada mereka yang bersukan tetapi semasa bersenam di rumah. Ia dalam
kategori yang sama. Kecederaan sukan berlaku mungkin disebabkan kemalangan
ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul atau
kejutan pada otot.
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan
Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican,
kecederaan sukan yang biasa berlaku seperti calar, luka, sakit urat, terseliuh
dan patah, memang mudah diubati.
"Kebanyakannya boleh dirawat
menggunakan teknik RICE iaitu rehat (rest), ais (ice), tekanan (compression),
ampu atau angkat (elevation) selain ubatan (medication).
"Misalnya pesakit yang
cedera pada buku lali perlu berehat daripada bermain, anggota yang cedera
diletakkan ais, balut dengan pembalut (bandage) dan ampu atau angkat anggota
lebih tinggi daripada paras jantung bagi mengelakkan bengkak atau edema,"
katanya.
Pesakit juga dinasihatkan
mengambil panadol untuk mengurangkan bengkak dan sakit atau ubat antiinflamasi.
Biasanya mereka yang aktif bermain bola sepak, futsal, badminton, bola
keranjang dan bola jaring memang terdedah kepada kecederaan.
"Bagaimanapun mereka yang
cedera dilarang berurut bagi mengelakkan kecederaan semakin parah,"
katanya.
Dr. Ezlan berkata, kecederaan
sukan secara amnya terbahagi kepada
1. kecederaan tisu lembut.
2. kecederaan tulang.
"Kecederaan pada tisu lembut
pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Mereka yang mengalami kecederaan
akut seperti terseliuh harus dirawat segera menggunakan kaedah RICE sebelum
kecederaan menjadi bertambah kronik," katanya.
Tetapi ada kalanya, mereka terus
mengalami kecederaan kronik seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut
akibat bermain sukan berkaitan dengan bola dan tennis elbow di siku akibat
bermain sukan yang menggunakan raket. Kecederaan ACL perlu mendapatkan rawatan
suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi.
Jika kecederaan semakin parah,
pembedahan adalah langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut. Rawatan
untuk tennis elbow pula adalah lengan perlu direhatkan secukupnya dan ini
bermakna atlet terpaksa berhenti bersukan atau melakukan kerja berat untuk
beberapa minggu. Pesakit yang mengalami kecederaan kronik perlukan rawatan
antiinflamasi yang lebih kuat, menjalani fisioterapi, latihan regangan dan
menggunakan taping and strapping. Bagaimanapun jika kecederaan semakin teruk,
suntikan akan diberikan bagi melegakan radangan.
"Biasanya kecederaan boleh
diubati tetapi ia akan mengganggu aktiviti harian individu," katanya.
Menurut Dr. Eizlan, kecederaan
tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi,
tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes
atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang atau stress fracture.
"Ini berlaku akibat latihan
yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak
halus.
"Biasanya mereka akan
mengalami hanya sedikit kesakitan tetapi masih boleh berjalan dan bermain
seperti biasa," katanya.
Lama-kelamaan keretakan akan
melemahkan struktur tulang dan kecederaan yang sedikit saja boleh menyebabkan
tulang patah secara tiba-tiba. Jadi bagi mengelakkan kecederaan sukan, Dr.
Ezlan menyarankan mereka memanaskan badan dan membuat persediaan yang rapi
sebelum bersukan.
"Gunakan peralatan yang
sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar,
alat pelindung mata, alat pelindung mulut, alat pelindung untuk pergelangan
tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur.
"Sentiasa mengikut peraturan
semasa bersukan, gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih dan
amalkan semangat kesukanan dengan tidak berniat untuk mencederakan lawan,"
katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0708&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2oc6uvUPL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
gusti lengan selangor
VIDEO: MALAYSIA ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013
Wednesday, December 25, 2013
Video klip beberapa perlawanan yang melibatkan pemain Malaysia di "Malaysia Armwrestling Supermatch 2013 yang telah diadakan pada 14 Disember, 2013 di Ampang Point, Kuala Lumpur. Lebih banyak video akan diuploadkan tidak lama lagi. Terima kasih untuk Otai Bob (gustilenganmalaysia.blogspot.com) kerana membenarkan perkongsian video klip ini.
Joeffery Jolly (Malaysia) vs Iliya Saadov (Uzbekistan)
Bong Kim Boon (Malaysia) vs Michael Lin (Taiwan)
Jolly Johnson (Malaysia) vs Kyung Hu (South Korea)
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
gusti lengan selangor,
Malaysia International Amwrestling Supermatch 2013
ARMWRESTLING IN VIETNAM
Sunday, December 22, 2013
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
. armwrestling selangor,
gusti lengan selangor,
SEA GAMES 2017,
Vietnam Armwrestling
Subscribe to:
Posts (Atom)


























