Booster Blitz Amrwrestling Championship 2008, Juru, Pulau Pinang

Wednesday, November 19, 2008

Share this history on :


Bertempat di Auto City, Juru , Pulau Pinang, telah diadakan pertandingan gusti lengan "Booster Blitz Armwrestling Championship 2008". Pertandingan ini anjuran Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) dengan tajaan oleh Syarikat Khota Pharma, iaitu syarikat yang mengeluarkan minuman kesihatan Booster Blitz.

Pertandingan kali ini telah mendapat sambutan mengalakan dengan penyertaan lebih dari 50 orang perserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur. Tiga kategori pertandingan telah diadakan iaitu Kategori A Lelaki 70kg ke atas, Kategori B lelaki kurang 70kg dan Katageri C Wanita bawah 75kg. Pertandingan kali agak istimewa kerana disertai oleh pelbagai kaum terutama Cina, India dan Melayu. Pertandingan akhir pula diadakan di atas pentas khas yang disaksikan oleh hampir 15,000 orang penonton.

Hadiah kemenangan telah ditaja oleh pihak Booster Blitz. Encik Shamsul Idham, Pengurus Kanan Blooster Blitz telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang, Encik Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS turut hadir mengiringi Encik Shamsul Idham menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pemenang-pemang tempat pertama hingga ke tiga adalah seperti berikut;

Kategori A - Lelaki 70kg ke atas
1. Ng Kean Thong
2. Chee Hee Peng
3. Sam Goh

Kategori B - Lelaki 70 kg ke bawah
1.
2. Danesh
3.

Kategori C - Wanita 75kg ke bawah
1. Cicelia
2. Sherry Lim Swee Lee
3. Cindy

Gambar-gambar pertandingan adalah seperti di bawah;

Gabar-gambar yang lain boleh didapati disini http://www.flickr.com/photos/upenyu

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: