Majlis Suaikenal dan Klinik Gusti Lengan Selangor 2008

Wednesday, November 19, 2008

Share this history on :

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menganjurkan program Majlis Suaikenal dan Klinik Gusti Lengan pada 22hb. November, 2008 ini. Program ini akan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Café Lesungku, Jalan Dinar, Subang Perdana, Subang. Pemain-pemain gusti lengan dan orang ramai yang berminat untuk menyertai sukan ini dijemput untuk menghadiri program ini. PSLNS mensasarkan seramai 50 orang peserta dari seluruh Selangor menghadiri program yang julung-julung kali di Abakan di negeri Selangor..

Objektif utama pihak persatuan menganjur program ini adalah bagi mengumpul pemain-pemain gusti lengan seluruh negeri selangor untuk didaftarkan di bawah seliaan pihak PSLNS. Ini bertujuan memudahkan pihak PSLNS menjalankan aktiviti persatuan pada masa hadapan. Disamping itu juga, objektif lainnya adalah untuk berkongsi dengan pemain-pemain gusti lengan tentang teknik-teknik permainan, undang-undang dan peraturan serta bentuk latihan yang sesuai untuk seorang ahli sukan gusti lengan. Acara mini pertandingan gusti lengan turut diadakan pada sebelah petang.

Orang ramai termasuk lelaki, wanita, belia dan pelajar sekolah yang berminat untuk menyerta program ini boleh datang ke Café Lesungku untuk pendaftaran antara jam 8.00 pagi hinggá 9.00 pagi. Pihak persatuan akan menyediakan makan dan minum sepanjang program berlangusng.

Program ini nanti, akan turut sama dihadiri adalah Presiden PSLNS, Encik Ab Aziz bin Ali. Beliau akan menyampaikan kertas kerja perancangan sukan gusti lengan Negeri Selangor untuk tahun 2009, dan juga peranan yang boleh dimainkan oleh para pemain. Kertaskerja ini secara ringkasnya ádalah bagi berkongsi bersama-sama pemain-pemain gusti lengan tentang soal komitmen dalam memajukan sukan gusti lengan di Malaysia amnya dan di Selangor khususnya.


Pemain-pemain dan orang ramai yang berminat dan ingin mendapat maklumat lanjut tentang program ini, boleh menghubungi Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679 atau melayari laman sesawang PSLNS di http://www.sukanlenganselangor.blogspot.com/ atau datang sendiri pada hari pendaftaran.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: