GUSTI LENGAN SANA SINI....

Saturday, August 1, 2009

Share this history on :
Pertandingan Gusti Lengan Bandar Baru Sungai Lalang, Bukit Selambau


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN SUKAN LENGAN ZON UTARA 2009

PADA 24 JULAI YANG LALU TELAH DIADAKAN KEJOHANAN GUSTI LENGAN DI SUNGAI LALANG,SUNGAI PETANI KEDAH . TERDAPAT ACARA GUSTI LENGAN YANG

DIPERTANDINGKAN IAITU:


LELAKI 75KG KE ATAS
LELAKI 65KG KE 75KG
LELAKI 65 KG KE BAWAH
SERTA WANITA TERBUKA


KEPUTUSAN PENUH:

PEMENANG KATEGORI 75 KG KE ATAS

1. IBRAHIM BIN MUSA (PERLIS)
2. HARUN BIN DZULKEFLE (PERLIS)
3. ISHAK BIN MAT (KEDAH)
4. MAT KASSIM BIN YAAKOB (KEDAH)


PEMENANG KATEGORI 65 KG KE 75 KG


1. KU RASHID BIN KU RUBI (PERLIS)
2. JUMADI bIN SULAIMAN (KEDAH)
3. MUHAMMAD HAFIZI BIN AHMAD (KEDAH)
4. MOHD RAFIQ BIN ROHANI (KEDAH)


PEMENANG KATEGORI 65 KG KE BAWAH

1. MOHD SHAHRIL EFENDI BIN ISHAK (KEDAH)
2. MOHAMAD ALIAS BIN ABDUL RAHIM (KEDAH)
3. SHAHIDI BIN AHMAD (KEDAH)
4. MOHD EFFANDY BIN ISMAIL (KEDAH)


PEMENANG KATEGORI WANITA

1. NOORSIAH BIN MANSOR (PERLIS)
2. SHARIFAH SALWA BINTI SYED ISMAIL (KEDAH)
3. JAMILAH BINTI HASHIM (KEDAH)
4. ANGALAI A/P MUNUSAMY (SUNGAI LALANG, KEDAH)


* TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG BERJAYA DAN DIHARAPKAN DAPAT MENCUBA LAGI PADA MASA YANG AKAN DATANG.



***************

KERATAN AKHBAR SINAR EDISI UTARA AHAD 26 JULAI 2009




ihsan : http://www.sukanlenganmsia.blogspot.com/



*******




Cabaran gusti lengan



KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Kerjaya sebagai peniaga ayam yang memerlukannya mengangkat bakul berisi ayam seberat 80 kilogram (kg) setiap hari memberi kelebihan kepada Fakarudin Zainal untuk menjuarai kategori 70 kg ke atas dalam Cabaran Gusti Lengan PerfectFitness 2009 di sebuah pasar raya di sini, semalam.


Selain itu, pengalamannya menjadi juara sebanyak empat kali dalam sukan gusti lengan peringkat Pantai Timur sebelum ini turut membantunya menewaskan 27 peserta lain.


Fakarudin, 31, dari Kampung Wakaf Beruas, di sini, berkata dia tidak menyangka akan menjuarai pertandingan itu kerana turut disertai ramai peserta berbakat dan gagah.


“Saya bersyukur, kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk terus menjalani latihan dan menyertai kejohanan lebih besar. Tiada resipi khas dalam kejayaan saya itu, hanya menjaga pemakanan dan mengangkat bakul berisi ayam setiap hari,” katanya.


Fakarudin berkata, dia bercita-cita mengembangkan bakatnya dan bersaing ke peringkat lebih tinggi.


“Saya yakin jika diberi peluang, saya mampu mengalahkan peserta, termasuk dari luar negara. Harapan saya semoga kemenangan dan kesungguhan dalam sukan gusti lengan ini akan menjadi dorongan kepada lebih ramai bakat baru untuk tampil menyertai kejohanan pada masa depan,” katanya.


Sementara itu, Teo Chin Han, 25, yang mewakili Gimnasium Rakyat Perkasa Kuala Terengganu gembira usaha kerasnya berlatih selama dua jam sehari membuahkan hasil apabila mengungguli kategori 70 kg ke bawah.


“Tidak sia-sia saya mengorbankan masa rehat pada setiap petang berkunjung ke gimnasium bagi menjalani latihan dan ini pertama kali saya menyertai pertandingan, “ katanya.


Pengurus Perfect Strength Sport Academy Cawangan Terengganu, Lim Boon Tong, berkata penyertaan dan sambutan warga negeri ini di luar jangkaan berbanding negeri lain.


ihsan: http://alamakademik.wordpress.com/2009/06/28/cabaran-gusti-lengan/#comment-326







Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: