Pertandingan Tarian Poco-Poco sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final

Sunday, August 16, 2009

Share this history on :

Untuk memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final yang akan diadakan pada 11 Oktober 2009 di Cova Square, Kota Damansara, PSLNS menjemput pasukan Tari Poco-Poco unntuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Poco-Poco Sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final. Butiran pertandingan adalah seperti berikut;


1. PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia lelaki, wanita dan kanak-kanak. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya enam (6) orang peserta dan seorang pengurus pasukan.

Syarat - syarat Am Penyertaan :-

1.1 Setiap penyertaan kumpulan adalah terdiri dari lelaki atau perempuan atau kanak atau campuran lelaki, perempuan dan kanak-kanak
1.2. Penyertaan pelbagai kaum adalah digalakkan
1.3. Semua pasukan akan bertanding dan mempamirkan persembahan sekali sahaja.
1.4. Pemenang pertandingan akan dikira berdasarkan pungutan markah tertinggi.


2. PENGANJURAN
2.1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor 2009 sempena
Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 – Grand Final.
2.2. Penaja pertandingan ini adalah Cova Square


3. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

3.1. Pertandingan Poco-Poco akan diadakan pada :

Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Cova Square, Kota Damansara, Selangor

Persembahan diselang seli dengan acara gusti lengan


YURAN
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 (Tidak dikembalikan)


5. PENDAFTARAN / TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
5.1. Setiap pasukan yang ingin bertandingan dikehendaki mengisi borang penyertaan dan difaks atau email kepada Urusetia Pertandingan di nombor 03-78433465 atau email selangorarmsport@yahoo.com

5.2. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 9hb. Okktober, 2009 jam 5.00 petang.


6. CABUTAN UNDI DAN PENARIKAN DIRI
6.1 Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi yang akan dibuat sebelum pertandingan
6.2 Setiap pasukan dikehendaki berada di tempat pertandingan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.
6.3 Sekiranya mana-mana pasukan yang tidak dapat hadir atau gagal berada di kawasan pertandingan selepas 1 minit nama pasukan diumumkan maka pasukan tersebut dianggap menarik diri dan penyertaannya akan dibatalkan.

7. KOD PAKAIAN
7.1 Pakaian hendaklah kemas dan bersopan disepanjang tempoh tersebut. Pakaian mestilah tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan adat ketimuran.
7.2 Pengadil berhak menghalang peserta dari meneruskan pertandingan sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian.


8. MUZIK
8.1.1 Setiap rakaman hendaklah disediakan di dalam satu cakera padat sahaja. Cakera padat ini hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum pertandingan bermula.
8.1.2 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu dan kualiti bunyi setiap pita/cakera padat. Oleh itu setiap pasukan hendaklah memastikan mutu rakaman tersebut berada dalam keadaan baik dan bermutu tinggi.


9.2 JANGKAMASA / TEMPOH PERSEMBAHAN
9.2.1 Tempoh masa yang ditetapkan setiap persembahan lebih kurang 6 minit sahaja.
9.2.2 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada permulaan pergerakan, melainkan kedua-duanya bermula serentak

10. KAWASAN PODIUM PERSEMBAHAN (GELANGGANG)
10.1 Menggunakan ukuran keluasan gelanggang yang ditetapkan iaitu 16 x 20 kaki.

11. BANTAHAN
11.1 Semua keputuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dan Ketua Hakim adalah muktamad. Tiada sebarang bantahan akan dilayan

12. HADIAH
12.1 Hadiah pertandingan akan disediakan
Juara RM500,
Naib Juara RM350,
Ke 3 RM200
ke 4 & 5 hamper

13. PENGADILAN
Markah adalah berdasarkan kepada segmen berikut :-
3.1 Variasi
3.2. Kepelbagaian Gaya
3.3. Kepelbagian Koreografi seperti Persembahan, Muzik, Peralihan dan Posisi
3.4. Pembuka dan Penutup yang menarik


Maklumat lanjut boleh berhubng dengan Puan Munirah 0176597393 atau Shamsul 0129402679.

Borang dan Peraturan Pertandingan Poco-Poco PSLNS 2009

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: