Laporan Akhbar Sinar pada 25/01/2010
Tuesday, January 26, 2010
Dari lanse kamera Norashikin
Monday, January 18, 2010
Gambar-gambar sekitar rakaman RTM sesi latihan gusti lengan Selangor
Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam pada 17 Januari 2010 yang lalu, sesi latihan gusti lengan Selangor yang telah diadakan pada setiap hari Ahad minggu ke dua dan empat telah mendapat liputan rakaman TV oleh pihak RTM. Terima kasih kepada RTM yang telah sudi memberikan ruang kepada pihak PSLNS memperomosikan sukan gusti lengan melalui saluran media TV. Terima kasih terutama kepada hos rangcangan saudara Enzy, jurukamera dan lain-lain krew RTM yang terlibat menjayakan rakaman berkenaan.
Pihak PSLNS juga merakam setinggi penghargaan kepada pihak MBSA yang telan memberi kebenaran untuk sesi latihan gusti lengan Selangor diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Juga kepada pihak Ujangpower Sdn Bhd yang telah menaja minuman kesihatan Teh Misai Kuching kepada ahli gusti lengan Selangor semasa latihan diadakan.
Juga terima kasih kepada pemain-pemain gusti lengan Selangor yang telah banyak memainkan peranan dalam memajukan dan menyokong segala aktiviti sukan gusti lengan anjuran PSLNS di Selangor khususnya.
Saudara Enzy, hos pengacara RTM sedang memberi kata-kata penutup, dibelakangnya ahli gusti lengan Selangor yang tersenyum lebar kerana muka dapat masuk TV (hahahaha..!!)
Norashikin (bertudung) sedang beraksi menyahut cabaran seorang awam yang baru nak mencuba gusti lengan sambil diperhatikan oleh Encik Razali Shaharin, Naib Presiden PSLNS (sedang beraksi macho, maklumlah muka masuk TV..hahahah..!!)
Si kecil (bakal Mr Selangor) sedang memberi sepenuh konsentrasi teknikel gusti lengan oleh Encik Abdul Aziz Ali . Bro Tuah kita tetap maintain dengan kaca mata gelap.
Seorang awam sedang diinterview oleh Saudar Enzy. Menurut apa yang badangpower dengar, dia menyokong penuh sukan gusti lengan dipopularkan.
Wajah expresi garang lagi serius oleh jurulatih kita, Encik Abd Aziz Ali sambil diperhatikan oleh Zuaslan (kiri ) dan Fauzi. Tuan jurulatih, cam berat je nak makan orang baru..heheheh..!!!
Fairuddin (belakangkan kamera) sedang bertarung dengan Marvin (masuk TV beb..! satu Malaysia tengok nanti.. femes la lu orang)
Bro Tuah sedang "mempermain-mainkan" orang awam yang baru nak cuba gusti lengan (aksi yang masuk TV lagi tu..)
Norashikin posing ayu dan gedik depan kamera (popular la tu lepas masuk TV ni..makin naik lagi la saham shikin )
Sambil ber" armwrestling" sambil di interview oleh hos rancangan
Aksi depan kamera seorang lagi ahli gusti lengan wanita Selangor, Jahlelawati Md Ali yang sedang dinterview
Sesi rakaman TV sedang berlangsung. Ahli gusti lengan Selangor beraksi macam dah pernah masuk TV 20 kali je.... masing-mmasing cool je sepanjang sesi rakaman.
Isteri Bro Tuah depan kamera, yang sempat Badangpower dengar antara kata bual dalam interview tu, "Saya sokong aktiviti gusti lengan suami saya, kemana dia pergi saya akan ikut..". Dengar tu Bro Tuah, penyokong setia tu...
Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 akan bermula Februari 2010
Saturday, January 16, 2010
Inilah berita yang anda nanti-nantikan selama ini. Jika tiada apa-apa halangan, insyaallah Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 akan bermula pada bulan Februari ini. Pihak PSLNS sedang dalam perundingan dengan beberapa pihak yang telah bersetuju untuk menaja siri pertandingan ini. Setakat ini pihak PSLNS dapat mengesahkan dua pertandingan yang akan berlangsung seperti berikut;
1. Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010
6hb. Februari 2010
UKM Bangi.
2.Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 Sirkit 1
6hb & 7hb. Mac, 2010
Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Pihak PSLNS merancang sebanyak 9 Sirkit dan 1 Pertandingan Akhir Gusti Lengan Selangor untuk tahun 2010. Pertandingan akhir adalah bagi merebut gelaran Mr Selangor 2010 yang dijangka akan diadakan pada bulan Disember 2010.
Sidang akhbar pelancaran Sirkit Pertandingan Gusti Lengan 2010 akan diadakan pada 6hb Mac, 2010 .
Ini sahaja yang dapat Badangpower jelaskan buat sementara waktu. Maklumat lanjut Sirkit Pertandingan akan dimaklumkan kepada semua pemain dalam masa yang terdekat ini.
Badang menyeru semua pemain mula bersiap sedia untuk sirkit pertandingan ini.
Jumpa lagi.
Badangpower
RTM akan buat rakaman sesi latihan gusti lengan pada 17 Januari 2010
Thursday, January 14, 2010
Badang saja nak war-warkan dan juga menjemput semua ahli gusti lengan Selangor untuk hadir ke taman tasik Shah Alam (sebelah Wet World) pada 17 Januari 2010 jam 3.00 petang. Pihak RTM akan membuat rakam TV untuk sesi berkenaan. Inilah masalah untuk semua ahli gusti lengan berganding bahu dengan pihak persatuan untuk bagi mempromosikan sukan ini kepada mata masyarakat untuk mengenali sukan ini dengan lebih lanjut. Rakaman TV yang akan disiarkan ini akan memperkenalkan acara gusti lengan dan pihak persatuan dengan lebih meluas lagi.
Datang beramai-ramai dengan memakai jesri Selangor Armwrestling. Pihak persatuan akan menyediakan tiga buat meja untuk sesi latihan kali ini. Kita jadi sesi ini satu sesi latihan besar-besaran. Sesi latihan ini juga terbuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat untuk mengenali sukan gusti lengan ini.
Terima kasih juga harus kita ucapakan kepada pihak RTM yang sudi mempromosikan sukan yang kita minanti ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Shahril Amir, Pengarah Latihan PSLNS di talian 0126600288.
Jumpa lagi.
Badangpower
Laporan Akhbar Sinar pada 9/01/2010
Tuesday, January 12, 2010
Blog Tektikal Gusti Lengan
Wednesday, January 6, 2010
Kelab Gusti Lengan Shah Alam Kelang giat jalani latihan
Tuesday, January 5, 2010
Menyedari peri pentingnya latihan bagi melahirkan ahli gustilengan yang baik, Kelab Gusti Lengan Shah Alam Kelang (KGLSAK) yang baru ditubuhkan akhir 2009, kini giat menjalani latihan gusti lengan secara mingguan yang telah pun bermula beberapa minggu yang lalu. Lokasi latihan di Batu Belah, Kelang pada setiap petang jumaat telah berjaya mengumpul lebih sepuluh ahli gusti lengan dalam setiap sesi yang diadakan.
Kelab yang dimulakankan oleh dua adik beradik ini iaitu Hairil dan Zil Fadzli ini telah menarik minat ahli gusti lengan yang lain seperti Fairuddin, Nazwil, Sazali, Ridwan, Rafae, Fauzi dan beberapa orang lagi untuk turut sama menjalani latihan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih PSLNS iaitu saudara Shuhaimisidy Shamsuddin.
Kepada yang berminat untuk menyertai KGLSAK dan ingin menjalani latihan disamping mempelajari teknikpermainan gusti lengan boleh berhubungdengan saudara Shahril Amir di talian 0126600288.
Ridwan dah bersedia pertahan gelaran 2010
menguji kekuatan lengan Ridwan dalam sesi latihan
pada 1/1/2010 yang lalu.
Kelang, 1/1/2010. Ridwan yang baru berusia 22 tahun, nampaknya telah bersedia untuk mempertahankan gelaran Mr Selangor yang telah dimenanginya pada tahun 2009. Latihan selama lima jam sehari nampakanya berhasil memberikan kekuatan pada lengannya. Ini terbukti pada sesi latihan yang diadakan hari ini, empat orang ahli gusti Selangor iaitu Hairil, Fairuddin (Mr Selangor 2009 Kategori C), Zil Fazdli dan Fauzi tidak berjaya menjatuhkan lengan Ridwan walau pun menariknya secara serentak. Ini merupakan perang psaikologi kepada pengusti lengan lain yang bercita-cita merampas gelaran Mr Selangor (kategori B) yang beliau sandang. Difahamkan disamping berazam mempertahan gelaran Mr Selangor yang dimenanginya, beliau juga akan cuba mempertahan rekod tidak pernah kalah dalam perlawanan yang disertainya pada tahun 2009.
Disamping menyertai acara sukan gusti lengan, Ridwan juga melibatkan diri dalam sukan bina badan bagi kategori junior. Belum memenangi sebarang gelaran dalam sukan bina badan, nampaknya beliau lebih berjaya dalam acara gusti lengan.
Pihak PSLNS merancang untuk mula membawa Ridwan bertanding di peringkat lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan. Pastinya ramai pengusti lengan peringkat kebangsaan yang menunggu untuk mencabar beliau pada tahun 2010 ini. Samada Ridwan mampu untuk bersaing dengan pengusti lengan khususnya dari Kedah, Perlis, Sabah dan Johor, sama-samalah kita nantikan. Ridwan pastinya akan muncul sebagai satu nama baru yang mampu mengibar bendera negeri Selangor di peringkat kebangsaan.
Kepada pengusti yang lain, teruskan latihan kerana Badang percaya anda juga mampu untuk beraksi di pentas kebangsaan dan memberi cabaran.
Jumpa lagi
Badangpower