Ridwan dah bersedia pertahan gelaran 2010

Tuesday, January 5, 2010

Share this history on :
(Dari kiri, Hairil, Fairuddin, Zil Fazli dan Fauzi sedang
menguji kekuatan lengan Ridwan dalam sesi latihan
pada 1/1/2010 yang lalu.

Kelang, 1/1/2010. Ridwan yang baru berusia 22 tahun, nampaknya telah bersedia untuk mempertahankan gelaran Mr Selangor yang telah dimenanginya pada tahun 2009. Latihan selama lima jam sehari nampakanya berhasil memberikan kekuatan pada lengannya. Ini terbukti pada sesi latihan yang diadakan hari ini, empat orang ahli gusti Selangor iaitu Hairil, Fairuddin (Mr Selangor 2009 Kategori C), Zil Fazdli dan Fauzi tidak berjaya menjatuhkan lengan Ridwan walau pun menariknya secara serentak. Ini merupakan perang psaikologi kepada pengusti lengan lain yang bercita-cita merampas gelaran Mr Selangor (kategori B) yang beliau sandang. Difahamkan disamping berazam mempertahan gelaran Mr Selangor yang dimenanginya, beliau juga akan cuba mempertahan rekod tidak pernah kalah dalam perlawanan yang disertainya pada tahun 2009.

Disamping menyertai acara sukan gusti lengan, Ridwan juga melibatkan diri dalam sukan bina badan bagi kategori junior. Belum memenangi sebarang gelaran dalam sukan bina badan, nampaknya beliau lebih berjaya dalam acara gusti lengan.

Pihak PSLNS merancang untuk mula membawa Ridwan bertanding di peringkat lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan. Pastinya ramai pengusti lengan peringkat kebangsaan yang menunggu untuk mencabar beliau pada tahun 2010 ini. Samada Ridwan mampu untuk bersaing dengan pengusti lengan khususnya dari Kedah, Perlis, Sabah dan Johor, sama-samalah kita nantikan. Ridwan pastinya akan muncul sebagai satu nama baru yang mampu mengibar bendera negeri Selangor di peringkat kebangsaan.

Kepada pengusti yang lain, teruskan latihan kerana Badang percaya anda juga mampu untuk beraksi di pentas kebangsaan dan memberi cabaran.


Jumpa lagi


Badangpower
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: