Salam Hormat dan Selamat Datang tahun 2010 untuk semua.
Sepanjang tahun 2009, PSLNS telah menganjurkan sebanyak 11 pertandingan gusti lengan. Terdapat muka lama dan baru yang bersilih ganti menyertai pertandingan-pertandingan berkenaan. Pemerhatian PSLNS mendapati kebanyakan pemain-pemain agak kurang berpengetahuan tentang perkara-perkara tektikel seperti bentuk latihan khusus untuk ahli gusti lengan, teknik-teknik permainan dan juga undang-undang dan peraturan gusti lengan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan Persekutuan Sukan Lengan Dunia atau World Armsport Federation(WAF).
Kekurangan pengetahuan seperti ini menyebabkan ramai pemain gusti lengan Selangor yang tidak begitu cemerlang dalam pertandingan gusti lengan peringkat kebangsaan. Malah kekadang berlaku juga perselisihan fahaman antara pemain dan pengadil di atas ketidak seragam peraturan dan undang gusti lengan antara yang diamalkan di Selangor dengan yang diamalkan di negeri lain seperti di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah. Malah diantara negeri-negeri ini juga berlaku perselisihan tafsiran dan amalan.
Sehubungan dengan itu, pihak PSLNS mengambil inisiatif mewujudkan satu lagi blog gusti lengan iaitu Akademi Online Gusti Lengan di http://www.akademigustilengan.blogspot.com/. Blog ini akan menyediakan kepada pemain gusti lengan tentang peraturan dan pertandingan yang ditetapkan oleh WAF, teknik-teknik latihan gusti lengan yang betul, teknik permainan dan tip-tip permainan gusti lengan. Artikel-artikel ini dikutip dari pelbagai sumber samada dari akhbar, majalah atau laman web seluruh dunia. Pihak PSLNS akan berusaha menterjemahkan artikel di dalam bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sebaik mungkin.
Pihak PSLNS juga berbesar hati menjemput anda semua untuk menyumbang apa juga artikel tentang gusti lengan, pengalaman anda menyertai gusti lengan, aktiviti pertandingan gusti lengan di tempat anda, gambar-gambar dan apa juga artikel yang berkaitan tentang gusti lengan yang anda rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. Kami juga mengalu-alukan pandangan dan ulasan anda tentang apa-apa isu yang diutarakan di blog berkenaan. Mereka yang berminat untuk menyumbangkan artikel untuk disiarkan di bloh berkenaan, boleh menghantarkannya ke badangpower@yahoo.com. Namun begitu diingatkan sekirinya artikel berkenaan dipetik dari sumber-sumber lain, sila nyatakan sumber berkenaan.
Jadi sumbangan anda diperlukan bagi memeriahkan blog ini. Jom klik Akademi Online Gusti Lengan
Jumpa lagi.
Badangpower
0 comments:
Post a Comment