KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA

Thursday, September 20, 2012





KATEGORI ACARA
a) Lelaki 85.1 kg ke atas ;
b) Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
c) Lelaki 75 kg ke bawah.
 
HADIAH SEMUA KATEGORI
Johan Wang Tunai RM 300, medal & sijil
Naib Johan Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai RM 100, medal & sijil
5 tempat saguhati Cenderahati & sijil
 
 
FORMAT PERTANDINGAN
Kejohanan ini hanya menggunakan tangan kanan & format pertandingan adalah kalah mati 2 kali.  Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukan peserta –peserta yang menang & kalah.
 
LAIN-LAIN SYARAT
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko/ kemalangan / kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas.
 
PERATURAN AM
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Undang- undang yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Semua  Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.
 
PENYERTAAN
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara berumur 18 tahun ke atas. Semua penyertaan perlu serahkan sebelum atau pada 22 September 2012.
 
YURAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama Perbadanan Stadium Malaysia di Maybank 014011447266
 
Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan
difakskan ditalian 03-8994 6581.
  
Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.
 
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara
Perbadanan Stadium Malaysia
Tel : 03-8992 0888 samb 843 & 844
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Fitri Ani (019-3576879)
 
Borang Penyertaan boleh didapati disini borang penyertaan gusti lengan


 
 

Lokasi Stadium Panasonic Shah Alam


Majlis Sidang Media Fiesta Futsal,3 On 3 Basketball dan Gusti Lengan




Bukit Jalil, 19 September 2012 - Satu Majlis Penyerahan Penajaan Fiesta Futsal, "3 on 3 Basketball" dan Gusti Lengan telah berlangsung pada 18 September 2012, jam 3.00 petang di Bilik Olimpik, Stadium Nasional Bukit Jalil.
Majlis ini disempurnakan oleh Pn. Wan Nor Azinah Zaniby Bt. Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia. Antara penaja-penaja yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program "in-house" yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 September ini adalah Figos Sdn. Bhd., Nestle Product Sdn. Bhd., F&N Beverage Marketing Sdn. Bhd., Innotex System Corporation Sdn. Bhd., Sports Spin Sdn. Bhd. dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Turut hadir adalah Encik Mohd Zulqurnain Hj Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara dan Encik khairul Azhar Sardar Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dan Jualan.
 Kejohanan ini merupakan penganjuran kali ke -9 oleh pihak Perbadanan Stadium Malaysia dan merupakan kali pertama diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam yang bertujuan untuk mempromosikan gelanggang futsal yang baru dibuka dan juga mempromosikan Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam kepada orang ramai sejak diuruskan oleh pihak Perbadanan Stadium Malaysia 2 tahun lepas.
Pihak pengurusan Perbadanan mensasarkan sekurang-kurangnya 45 pasukan akan menyertai Kejohanan Futsal ini dan juga acara sampingan yang lain iaitu 3 on 3 Basketball dan Gusti Lengan. Ganjaran menarik yang berupa wang tunai bernilai RM11,700 menanti peserta yang berjaya dan juga hadiah dari pihak penaja. Dijangkakan program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.