Majlis Sidang Media Fiesta Futsal,3 On 3 Basketball dan Gusti Lengan

Thursday, September 20, 2012

Share this history on :



Bukit Jalil, 19 September 2012 - Satu Majlis Penyerahan Penajaan Fiesta Futsal, "3 on 3 Basketball" dan Gusti Lengan telah berlangsung pada 18 September 2012, jam 3.00 petang di Bilik Olimpik, Stadium Nasional Bukit Jalil.
Majlis ini disempurnakan oleh Pn. Wan Nor Azinah Zaniby Bt. Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia. Antara penaja-penaja yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program "in-house" yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 September ini adalah Figos Sdn. Bhd., Nestle Product Sdn. Bhd., F&N Beverage Marketing Sdn. Bhd., Innotex System Corporation Sdn. Bhd., Sports Spin Sdn. Bhd. dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Turut hadir adalah Encik Mohd Zulqurnain Hj Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara dan Encik khairul Azhar Sardar Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dan Jualan.
 Kejohanan ini merupakan penganjuran kali ke -9 oleh pihak Perbadanan Stadium Malaysia dan merupakan kali pertama diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam yang bertujuan untuk mempromosikan gelanggang futsal yang baru dibuka dan juga mempromosikan Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam kepada orang ramai sejak diuruskan oleh pihak Perbadanan Stadium Malaysia 2 tahun lepas.
Pihak pengurusan Perbadanan mensasarkan sekurang-kurangnya 45 pasukan akan menyertai Kejohanan Futsal ini dan juga acara sampingan yang lain iaitu 3 on 3 Basketball dan Gusti Lengan. Ganjaran menarik yang berupa wang tunai bernilai RM11,700 menanti peserta yang berjaya dan juga hadiah dari pihak penaja. Dijangkakan program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

 


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: