KATEGORI ACARA
a) Lelaki 85.1 kg ke atas ;
b) Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
c) Lelaki 75 kg ke bawah.
HADIAH SEMUA KATEGORI
Johan Wang Tunai RM 300, medal & sijil
Naib Johan Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai RM 100, medal & sijil
5 tempat saguhati Cenderahati & sijil
FORMAT PERTANDINGAN
Kejohanan ini hanya menggunakan tangan
kanan & format pertandingan adalah kalah mati 2 kali. Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan
kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan
menentukan peserta –peserta yang menang & kalah.
LAIN-LAIN SYARAT
Pengambilan dadah & arak adalah di
larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah
tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil
bahagian. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko/ kemalangan
/ kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta. Penganjur
berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar
syarat-syarat yang disebutkan di atas.
PERATURAN AM
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan
peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Undang- undang yang ditetapkan oleh
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Semua Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.
PENYERTAAN
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia
dan bukan warganegara berumur 18 tahun ke atas. Semua penyertaan perlu serahkan
sebelum atau pada 22 September 2012.
YURAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak
RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas
nama Perbadanan Stadium Malaysia di Maybank
014011447266
Bayaran secara “BANK IN” perlu
menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip
tersebut beserta dengan borang pertandingan dan
difakskan ditalian 03-8994 6581.
Penyertaan tanpa yuran tidak akan
dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik
diri.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara
Perbadanan Stadium Malaysia
Tel : 03-8992 0888 samb 843 & 844
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Fitri Ani (019-3576879)
0 comments:
Post a Comment