KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Tip untuk kalahkan Lee Ah Thiam atau Nizar Yusof. Anda nak tahu.? Ini caranya

Tuesday, November 27, 2012

Man Raja Lawak dan Rahim R2 Raja lawak yang telah  Badangpower paksa jadi model part time gusti lengan

Salam untuk semua.

Badangpower yakin, mereka yang menyertai pertandingan gusti lengan pasti mempunyai matlamat yang sama, kalahkan lawan anda dan memenangi pertandingan berkenaan. Hari ini Badangpower akan berkongsi dengan anda beberapa  tip serta teknik dalam perlawanan gusti lengan. Harap-harap tips dan teknik yang Badangpower kongsikan ini akan membantu merealisasikan impian anda untuk muncul juara gusti lengan. Pasti impian anda ialah untuk mengalahkan Lee Ah Thiam atau pun sekurangnya menewaskan Nizar Yusof yang sedang bermaharaja lela sekarang di arena gusti lengan Malaysia bagi kategori lelaki bawah 75kg. Tip dan teknik  yang ingin Badangpower kongsikan,  diperolehi daripada Mr Selangor 2011 saudara Harith Abdullah, sewaktu kamu sama-sama pekena teh tarik di Restoran Ali Maju di KLIA.
 
 

KANAK-KANAK PUN NAK MAIN GUSTI LENGAN

Monday, November 26, 2012





Salam untuk semua.

Bukan oang dewasa sahaja yang minat gusti lengan, malah kanak-kanak juga tak lepas peluang untuk mencuba sukan gusti lengan. Gambar-gamabar di bawah menceritakan semua. Jadi Badangpower harap, persatuan Sukan Lengan di Malaysia elok secara perlahan-lahan memperkelankan sukan gusti lengan untuk kanak-kanak pula. Elok juga di mulakan di peringkat sekolah.  Kalau tak silap Badangpower pernah terbaca di akhbar yang menyatakan Persatuan Sukan Lengan Malaysia bercadang nak perkenalkan sukan gusti lengan di sekolah-sekolah. jadi bila nak mula tu.


Offical Result Armwrestling Competition Fiesta Belia Selangor




Official results Plaza Alam Sentral Armwrestling competition:

75kg below

1st - Mohamad Nizar Yusof
2nd - Hairul nazli
3rd - Melvyn loh
4th - Abdul Razak
5th - kow peng kuon
6th - Ahmad Johari
7th - Saddam Wafa
8th - Dave Hum Yien How

75kg above

1st - Valen Low
2nd - Mervyn Siew
3rd - Jake Chia
4th - saedon
5th - yasser
6th - haris abdullah
7th - fauzi basri
8th - ismail talib

Congrats to all !!!!!





Courtesy Zil fadli

SIAPA KATA WANITA MALAYSIA TAK MINAT GUSTI LENGAN

Sunday, November 25, 2012





Salam semua.

Siapa kata wanita Malaysia tak minat dengan acara gusti lengan, malah kenyataan sebenarnya adalah sebaliknya. Berdasarkan pengalaman Badangpower mengiktui pertandingan gusti lengan di seluruh Malaysia, kaum wanita yang paling ramai mengerumuni gelanggang pertandingan gusti lengan. Meraklah yang paling kuat bersorak memberi semangat apalagi kalau yang sedang bertarung itu adalah suami atau teman lelaki mereka.

Malangnya di Malaysia, kaum wanita agar kurang diberi peluang untuk aktif dalam acara gusti lengan. Ada kata sukan ini kurang sesuai dengan sifat seorang wanita. Badangpower berpandangan sukan gusti lenganlah antara acara sukan yang paling sesuai untuk kaum wanita. Kogiknya kaum wanittalah yang melakukan kerja dirmah seperti memasak, membasuh ruh baju dan mengemas rumah. Sdahpastilah kegiatan harian ini memberikan kekuatan pada lengan mereka. Sukan ini adalah sukan yang paling bersopan dan mereka boleh menutp aurat tanpa menganggu kelancaran acara sukan itu. Paling pasti mereka tak perlu nak terkinja-kinja di tengah pada macam main futsal, bola sepak, bola jaring dan macam-macam acara lagi. Banyak lagi perkara yang boleh Badangpower nyatakan ntk menguatkan hjang Badangpower. Cuma kala dinyatakan di sini, berjela-jela plak nanti.


GUSTI LENGAN DI HARI KELUARGA MPOB 2012


 FatiNorn Nadiah memenangi tempat pertama Kategori Wanita Terbuka.


Hafez Abd Syukur (kanan) muncul juara Kategori Lelaki Terbuka


Hari Keluarga Lembaga Minyak Sawit (MPOB) yang telah diadakan pada 24hb November, 2012 di Pejbat MPOB, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi turut telah mengadakan Pertandingaan Gusti Lengan sebagai salah satu acara diadakan.  Hari Keluarga MPOB ini telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Pengarahnya Datuk Dr Choo Yuen May.

Dua Kategori dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka di Pertandingan Gusti Lengan  MPOB kali ini. Hafez Abd Sukur muncul sebagai juara Kategori Lelaki Terbuka, manakala Nur Fatin Nadiah pula muncul sebagai juara Kategori Wanita Terbuka.

TANYA JOHN BRZENK

Thursday, November 22, 2012



Kurt dari Alaska
John, berapakah lamakah tempoh yang sesuai untuk seseorang ahli gusti lengan itu berehat daripada menjalani latihan berat sebelum menyertai sesuatu pertandingan? Suatu ketika dahulu saya pernah berehat selama 7 hari dari menjalani latihan berat sebelum menyertai satu pertandingan peringkat negeri. Malangnya saya kehilangan kekuatan saya yang sebenar sewaktu bertanding. Mungkinkah ini terjadi kerana tempoh saya berhenti berlatih itu terlalu lama?
Kurt, saya sendiri juga tertanya-tanya, apakah fomula yang sesuai untuk memastikan kita berada dalam tahap yang terbaik tepat pada waktu pertandingan berlangsung. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri tentang apa yang terbaik untuk mereka. Saya pasti ianya sedikit berbeza di antara satu dengan yang lain.

Untuk latihan kekuatan lengan (pulling),  biasanya saya menjalani latihan kekuatan lengan di antara 10 hari ke 2 minggu sebelum sesuatu pertandingan besar akan berlangsung. Tempoh rehat selama dua minggu pun sebenarnya tidak memberi kerehatan yang cukup untuk lengan kita. Tentulah agak malang sekiranya kita menyertai pertandingan dalam keadaan lengan kita masih terasa kesakitan akibat latihan berkenaan. Jadi saya cuma jalani latihan kekuatan lengan yang ringan sahaja pada latihan yang terakhir saya. Cara ini terbukti sesuai untuk saya. Saya tidaklah terlalu menitikberatkan latihan berat. Saya hanya menjalani latihan berat  dalam tempoh 4 hari ke satu minggu sebelum menyertai sesuatu pertandingan. Saya akan melakukan latihan yang ringan sahaja di akhir latihan. Saya tahu anda pasti resah apabila tidak menjalani apa-apa latihan menjelang sesuatu pertandingan. Namun dengan rehat yang cukup anda akan merasa lebih selesa. Tiada apa kelebihan yang akan anda peroleh dengan berlatih pada saat-saat akhir menjelang sesuatu pertandingan. Saya pernah tidak berlatih selama sebulan. Sebaik kembali menjalani latihan kekuatan lengan, saya merasakan begitu seronok sekali walapun selepas itu kesakitan mulai terasa untuk beberapa hari. Pada pandangan saya mendapat rehat yang cukup adalah lebih baik daripada menjalani latihan di saat akhir menjelang sesuatu pertandingan besar.


James
Saya ingin tahu cara membentuk semula kekuatan lengan saya. Saya pernah mengalami patah lengan pada satu pertandingan. Ini berlaku kerana kesilapan saya sendiri membuka ruang lengan yang agak besar dan lawan saya menekannnya dengan kuat. Walau pun begitu, saya masih mampu memenangi beberapa pertandingan kecil tetapi tidak untuk pertandingan besar seperti sebelumnya. Saya dapati tendon saya telah terkeluar dari kedudukan asalnya. Sekarang pun saya masih merasa sakitnya. Saya cuma mampu bertahan untuk 3 atau 4 perlawanan sebelum terkeluar dari pertandingan kerana kesakitan itu.  Apakah nasihat tuan?

Di kedudukan manakah patah yang anda alami pada lengan anda? Berapa lamakah anda telah melakukan aktiviti gusti lengan sebelum dan selepas mengalami kecederaan itu. Adakah anda sentiasa melakukan aktiviti gusti lengan, katakan sekali seminggu? Latihan berat sesuai untuk menyembuhkan kecederaan yang disebabkan oleh aktivtiti gusti lengan tetapi saya mencadangkan anda cuma perlu mejalani latihan gusti lengan yang ringan sahaja kerana proses penyembuhan biasanya akan memakan masa yang agak lama juga. Sekiranya anda merasakan dengan terus menjalani latihan gusti lengan akan memburukan lagi kecederaan tendon anda, saya nasihatkan anda berjumpa dengan pakar perubatan professional. Kecederaan pada tendon agar sukar untuk disembuhkan kecuali dengan mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna daripada pakar. Kunci kepada kesembuhan kecederaan anda adalah masa. Namun pada masa yang sama anda masih boleh meneruskan latihan membolehkan lengan anda melakukan tekanan walaupun mungkin kekuatannya tidak seratus peratus seperti dulu.


Willy dari India
John, saya kembali bergiat dalam sukan gusti lengan selepas berhenti selama tiga atau empat tahun. Saya bernasib baik kerana memenangi satu kejohanan kecil setelah berlatih selama tiga minggu. Saya ada beberapa soalan, diharap anda dapat memberikan jawapan.
Bolehkan anda menerangkan secara lebih lanjut bentuk latihan yang anda lakukan semasa menjalani latihan gusti lengan?
Bolehkan anda cadangkan bentuk latihan yang sesuai untuk menguatkan lengan.
Bolehkan anda jelaskan bagaimana melakukan gerakan pusingan pergelangan tangan (wristcurl)?

Sekarang ini saya cuba berlatih sekali seminggu. Biasanya latihan ini akan memakan masa selama satu ke dua jam. Semasa sesi latihan ini saya akan bertarung dengan beberapa orang dengan mempelbagai teknik dan gaya permainan. Saya akan mempelbagaikan teknik dan gaya permainan saya tanpa mengira masa. Biasanya saya akan terus bertarung sehingga saya berasa kepenatan dan tidak lagi mampu untuk bertarung. Saya akan terlebih dahulu akan bertarung dengan lawan yang tidak berapa kuat dan seterusnya kepada lawan yang lebih kuat. Amat penting sekali anda mempelbagaikan teknik pertarungan anda walau pun ada ketikanya anda merasa kurang selesa dengan teknik berkenaan. Kekuatan tangan berkemungkinan boleh dibina melalui aktiviti gusti lengan itu sendiri. Saya biasa melakukan lebih latihan terhadap tangan dan pengelangan tangan saya. Selalu juga saya melakukan latihan mengenggam tangan sewaktu pergi ke tempat kerja. Untuk kekuatan pergelangan tangan saya akan lakukan semasa latihan berat. Saya akan menggunakan dumb bell untuk latihan pergelangan tangan satu persatu. Saya akan letakkan  lengan saya pada bangku dan memusingkan pergelangan tangan dari pelbagai sudut dengan ibu jari dan jari-jari yang lain sepenuhnya di bawah bar pemegang dumb bell.



Dari CM
Saya ingin bertanya tentang latihan yang sering anda lakukan untuk membesarkan lengan anda. Saya begitu cemburu melihat mereka yang mempunyai lengan yang begitu besar. Saya telah melakukan latihan angkat berat selama 5 hari berturut-turut untuk selama beberapa tahun. Saya tahu latihan yang perlu dilakukan untuk membesarkan lengan tetapi adakah terdapat satu bentuk latihan yang luar biasa untuk membantu saya membesarkan lengan saya?


Saya fikir bentuk lengan saya adalah disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk dan adik saya mempunyai lengan yang besar. Lengan saya membesar hasil daripada aktivtiti gusti lengan. Lengan kanan saya lebih besar 2 inci daripada lengan kiri saya. Saya sering melalukan latihan angkat berat untuk memastikan kedua lengan kiri dan kanan mempunyai saiz yang sama.

Saya melakukan latihan menggenggam tangan setiap hari. Manakala latigan pergerakan pergelanggan tangan akan saya lakukan pada sesi terakhir setiap latihan saya. Saya akan mulakan dengan menggangkat berat pada 50lbs hingga ke peringkat berat yang saya tidak mampu mengangkat. Saya juga melakukan latihan kekuatan tangan dan pergelangan tangan di meja gusti lengan sekali seminggu.




Sorce: http://www.armwrestling.com/jbrzenk2.html

JOHN BRZENK: ARMWRESTLING LEGEND

Wednesday, November 21, 2012



John Brzenk (born July 15, 1964) is a professional armwrestler from the United States. He competes in the Professional Armwrestling League, and as of 2009 is the number-one armwrestler in the world.John was named by the Guinness Book of World Records as the "Greatest Armwrestler of All Time"

Biography
John Brzenk's father was an arm wrestler[4] and John says he gained some of his forearm size through genetics. He arm wrestled across tables in school for about five years. When he was in eighth grade, he broke his arm while armwrestling a friend of his father. When he was 16 years old he participated in his first tournament.
John Brzenk won his first world title on ABC's 1983 Wide World of Sports when he was 18 years old.[3] His right forearm is 16 inches in circumference, and his left is 13.5 inches. The heaviest opponent he faced weighed 660 lbs, whom he defeated. John has lost a supermatch only once, and only a handful of people have beaten him (including his brother, Bill). The most noted of them are Devon Larratt and Alexey Voyevoda. Aside from arm wrestling, he works as a mechanic at Delta Air Lines.[5] He says the job is non-physical so his arms get plenty of rest. He makes $13,000 to $15,000 a year arm wrestling.

JOM SERTAI "ARMWRESTLING COMPETITION KARNIVAL BELIA SELANGOR"




Salam.

Jangan lupa untuk menyertai pertandingan gusti lengan "Armwrestling Competition - Karnival Belia Selangor" yang akan diadakan pada 25hb. November, 2012 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Dijangkakan ramai yang turun ke Shah Alam untuk menyertai pertandingan ini.  Butiran pertandingan ini adalah seperti berikut;

"Armwrestling Competition – Karnival Belia Selangor"
  25hb. November, 2012
   8.00pagi – 5.00 petang
Plaza Alam Sentral, Shah Alam

PIRATES FITNESS: HARDCORE GYM FOR MEN

Monday, November 19, 2012




Salam Sejahtera untuk semua.
Badangpower rasa amat gembira sekali apabila akhirnya ahli-ahli gusti lengan mempunyai satu tempat khusus untuk menjalani latihan fizikal. Terjalinnya persefahaman di antara Persatuan Sukan Negeri Selangor dengan Pirates Fitness adalah begita gembira untuk semua. Kini mereka yang berminat dengan sukan gusti lengan mempunyai tempat khusus untuk sama-sama berlatih mempertngkat keupayaan masing-masing dalam acara sukan gusti lengan. Jadi badangpower harap anndna semua datanglah berkunjung ke Pirates Fitness kerana ada harga khusus untuk anda semua disamping peralatan latihan yang serbaa lengkap dan cukup sesuai untuk tujuan latihan.

PIRATE FITNESS - PUSAT LATIHAN GUSTI LENGAN SELANGOR

Sunday, November 18, 2012


Alam Avebue (Padang Jawa), 17 November, 2012.

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menjalinkan persafahaman dengan Gymnisium Pirates Fitness untuk menjadikan Pirates Fiitness sebagai Pusat Latihan Gusti Lengan Neger Selangor bermula 1 Disember, 2012. Dengan termeterai persefahaman ini, ahli-ahli  gusti lengan Selangor boleh menjalani latilihan fizikal dan memperkemaskinikan teknik-teknik permainan gusti lengan di gym ini dengan bayaran minimum. 


LAMAN BLOG GUSTI LENGAN SELANGOR SEDANG DIKEMASKINI

Monday, November 12, 2012


Salam untuk semua.

Blog rasmi PSLNS sedang dikemaskini.

Terima kasih.

Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Pulau Pinang

Friday, November 9, 2012


Satu lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan dalam bulan November. Persatuan Sukan Lengan Pulau Pinang akan menganjurkan Pertandingan Armwrestling Terbuka Pulau Pinang pada 15 November, 2012 mulai jam 8.00 pagi di Expo Penbex, Kubang Menerong, Kepala Batas, Pulau Pinang. Semua dijemput untuk menyertai pertandingan ini. 

Lain-lain maklumat lanjut tidak Badangpower perolehi. Walau bagaimanpun, maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Persatuan Sukan Lengan Pulau Pinang melalui email penangarmsport@yahoo.com.

Harap maklum.

TUNDA - ARMWRESTLING CHALLENGE @ MaTiC FEST 2012

Salam semua,

Petang tadi Badangpower dihubungi oleh pihak MATIC untuk memaklumkan bahawa Pertandingan Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012 yang dijadualkan pada 23 & 24 November, 2012 telah ditunda ke tarikh baru iaitu pada 14 & 15 Disember, 2012 Lokasi, masa, kategori dan lain-lain tidak berubah. Manakala hadiah pertandingan adalah berupa wang tunai RM500, RM300, RM200 dan RM50 dari tempat ke 4 hingga ke 8 berserta medal dan sijil penyertaan.

Ada hikmahnya penundaan ini kerana pada 25 November, 2012 akan ada satu pertandingan gusti lengan iaitu "Armwrestling Competition Karnival Belia Selangor" di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi dengan perubahaan tarikh ini dapat membolehkan lebih ramai yang akan menghadiri setiap pertandingan yang diadakan.

Jadinya menjelang tahun baru, kita di Selangor dan Kuala Lumpur ada dua pertandingan gusti lengan yang akan diadakan.

Jumpa anda semua di sana..... 

Pertandingan Gusti Lengan COO Fest, 10 November, 2012


Salam untuk semua.

Badangpower ingin mewar-warkan kepada semua peminat gusti lengan bahawa satu pertandingan gusti lengan yang akan diadakan di Alor Setar bulan  November, 2012. Butiran lanjut pertandingan berkenaan adalah seperti berikut;

Armwrestling Competition - Karnival Belia Selangor

Thursday, November 1, 2012




Salam sejahtera  Badangpower ucapkan untuk semua. 
Nampaknyanya bulan ini akan ada dua pertandingan gusti lengan. Apa nak buat, teruklah mereka yang bertandingan kerana dua pertandingan ini cuma berselang sehari sahaja iaitu pada 24 dan 25 November, 2012. Pertandingan gusti lengan biasanya ditentukan oleh pihak yang menaja pertandingan berkenaan jadi pihak persatuan tak dapat nak mengelak perkara ini daripada berlaku. Jadi pandai-pandailah para peserta menyusun dan mengatur teknik masing-masing.