Pusat Sains Negara, 2 Jun, 2013. Pertandingan Gusti Lengan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach 2" aanjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor berlangsung dengan meriahnya. Seramai 70 orang peserta termasuk wanita telah menyertai pertandingan ini yang mempertandingkan 4 kategori iaitu Kategori lelaki 85kg ke atas, 75kg-85kg, 75kg ke bawah dan Wanita Terbuka. Team Selangor berjaya merangkul tiga kategori iaitu kategori lelaki 75kg-85kg, 75kg ke bawah dan Wanita Terbuka. Sementara bagi kategori lelaki 85kg ke atas dimenangi oleh Team Melaka..
Seperti yang dijangka, Mohd Nizar Yusuf berjaya muncul juara bagi kategori lelaki 75kg ke bawah selepas berjaya menewaskan Hairul Li dalam satu perlawanan yang cukup sengit.Manakala Kow Peng Kuon menduduki tempat ke tiga dan EE Chong Ong di tempat ke empat. Sementara itu Sazali Nazaki gagal untuk mencipta kejuaraan ke dua beliau untuk tahun 2013 apabila tewas kepada Abdul Razak Hadezir dalam perlawanan 3 set.. Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama Abdul Razak Hadezir untuk tahun 2013. Sementara Mohd Samsul Fitri telah membuat kejutan appabila berjaya menduduki tempat ke tiga. Namun kekurangan pengalaman menyebabkan beliau tewas mudah kepada Abduk Razak pada perlawanan merebut slot ke perlawanan akhir.. Darrel Dalek, pemain kelahiran Sarawak turut menunjukan peningkatan apabila berjaya menduduki tempat ke empat.
Siti Khatijah Abdul Hamid berjaya mempertahankan kejuaraan untuk kali ke dua untuk tahun 2013 ini apabila berjaya menewaskan Norliza Jaludin di perlawanan akhir.. Pada pertandingan yang sama siri 1 yang telah diadakan pada bulan Mac yanag lalu, Siti Khatijah menewaskan rakan sepasukan Mazuin Wahab. Peserta Wanita PSN sendiri iaitu Norhadzratil Adawiyah Md Adam mennndudki tempat ke tiga dan Nor Azwa Osman di tempat ke empat.
Untuk kategori A pula, peserta muda dari Melaka, Lee Yong Sheng menunjukan peningkatan cukup cemerlang apabila muncul juara dengan menewaskan llawan yang bersaiz gergasi seperti Azmi Hassan. Azam Hassan, Afrizal Yunus, jck Chia dan Saedon Abu Bakar untuk muncul juara. Berbanding saiz badan yang lebih kecil, kemampuan Lee Yong Sheng menewas lawan yang lebih besar mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Saedon Abu Bakar menduduki tempat ke du diikuti oleh Azmi Hassan tempt ke tiga dan pemain Selangor, Jack Chia di tempat ke empat.
Dibawah adalah keputusan rasmi pertandingan;
Kategori A
Dibawah adalah keputusan rasmi pertandingan;
Kategori A
- Lee Yong Sheng (Melaka)
- Saedon Abu Bakar (Melaka)
- Azmi Hassan (johor)
- Chia Jun Kit (Selangor)
- Abd Rahman Rahim (Melaka)
- Afrizal Yunus (Selangor)
- Mohd Fitri Darus (Selangor)
- Shahrizam Mohd Radzali (Kuala Lumpur)
Kategori B
- Abdul Razak Hadezir (Selangor)
- Sazali Nazaki (Selangor)
- Mohd Samsul Fitri Nordin (Selangor)
- Darrel Dallek (Sarawak)
- Nasir Mongh (Kuala Lumpur)
- Mohd Syahmi Rahman (Melaka)
- Ahmad Aiman Shhidan (Melaka)
- Ahmad Ariff Nordin (Kuala Lumpur)
Kategori C
- Mohammad Nizar Yusof (Selangor)
- Hairul Nazli Abd Halim (Selangor)
- Kow Peng Kuon (Selangor)
- EE Ching Ong (Melaka)
- Jimy Lim (Sabah)
- Wilter Lim (Sabah)
- Wai Phie Kyaw (Mynmar)
- Mohd Rafae @ Tuah Mastaruddin (Selangor)
Kategori D (Wanita)
- Siti Khatijah Abd Hamid (Selangor)
- Norliza Jaludin (Melaka)
- Nadzharul Adawiyah Md Adam (Kuala Lumpur)
- Nor Azwa Osman (Kuala Lumpur)
- Shalimaton Mohd Yunus (Kuala Lumpur)
- Norasyikin Mohd rafae (Selangor)
- Connie Edward (Sabah)
- Azlina Abd Aziz (Kuala Lumpur)
PSLNS mengucapkan syabas kepada semua pemain yang telah terlibat menyertai pertandingan ini, juga tahniah kepada para pemenang.
Ucapan riibuan terima kasih kepada Pusat Sains Negara dan MOSTI kena telah sudi menganjurkan pertandingan kali ini,
Jumpa lagi pada 22 Jun, 2013 di Ampang Jaya.
0 comments:
Post a Comment