MALAYSIA ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013: MALAYSIA GONDOL 4 EMAS

Tuesday, June 11, 2013

Share this history on :


Vivatel Kuala Lumpur, 8 Jun 2013. Malaysia mengondol empat emas dalam Pertandingan Gusti Lengan Supermatch 2013 yang diadakan di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur. Pasukan Malaysia dibarisi oleh pemain-pemain gusti lengan gabungan tiga negeri iaitu Selangor, Melaka dan Sabah menang bergaya ke atas lawan masing-masing.
Steward Steafano Steven (Sabah) berjaya memungut emas pertama Malaysia apabila berjaya mengalahkan Dave Hum dari Singapura 5-0. Diikuti oleh Joefrrey Jolly (Sabah) yang mendapat tentang sengit daripada peserta Australia, Jesse Johnson dengan keputusan 3-2. Mohamad Nizar Yusof (Selangor) meneruskan kecemerlangan Malaysia apabila menang 5- 0 ke atas pemain Singapura, Desmond Low. Lee Thiam Swee (Melaka) menambah satu lagi emas apabila berjaya menewaskan pemain Australia, Nicholas Tiliacos juga dengan keputusan 5-0.
Bagaimana pun kecemerlangan empat pemain ini gagal ditersukan oleh rakan-rakan yang lain apabila Zil Fadli tewas kepada Ken Yoshioka dari Jepun 5-0, Hairul Lee tewas kepada Jefrrey Poi,Singapura (5-0), Jack Chia tewas kepada Steven Converse (USA) dengan 5-0, ,Abd Razak Hadezhir tewas kepada Melvyn Loh daripada Singapura 5-0, Richard Eyan(Sabah) kalah kepada Phil Rasmussen, pemain Australia (5-0) dan Jolly Johnson kalah kepada peserta Indonesia, Anes James (1-4).
Secara keseluruhan penyampaian ini amat baik sekali kerana ia menunjukan pemain-pemain juga setandingan dan mampu beraksi diperingkkat antarabangsa jika diberi peluang. Namun bagi pemain yang tewas kali ini telah mendapat pengajaran dan pengalaman yang baik bermain diperingkat antarabangsa. Latihan yang lebih khusus dapat mempertingkatkan keupayaan. Zil Fadli, misalnya agak keletihan dan hilang tumpuan yang menjadikan salah satu punca gagal memberi saingan sebenar kepada pemain jepun, Ken Yoshioka.
Tahniah kepada pemenang-pemenang dan diharapkan kemenangan mereka ini akan memberikan inspirasi kepada pemain-pemain untuk berusahan mencapai tempat yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.
Joefrrey Jolly menang 3-2 ke atas Jesse Johnson (Australia)

 Zil Fadli tewas kepada Ken  Yoshioka (Jepun) 0-5

Richard Eyan tewas kepada Phil Rasmussen (Australia) 0-5

Jolly Johnson tewas 1-4 kepada Anes James (Indonesia)

Jack Chia tewas kepada Steven Converse (USA) 0-5 

Lee Thiam Swee menang 5-0 ke atas Nicholas Tiliacos (Australia)

Abbd Razak Hadezhir tewas 0-5 kepada Melvyn Loh (Singapura)

Hairul Lee tewas 0-5 kepada Jeffrey Poi (Singapura)

Steward Steafano Steven menewaskan Dave Hum (Singapura) 5-0



Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: