KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

AKSI YANG SEMPAT DIRAKAM DI MALAYSIA ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

Wednesday, June 12, 2013



Salam.

Kesimpulannya selepas menyaksikan aksi-aksi hebat di Malaysia armwrestling supermatch 2013 pada 8 Jun 2013 yang lalu di Vivatel Kuala Lumpur, dapat Badangpower katakan rugi kepada mereka yang tidak hadir menyaksi perlawanan-perlawanan hebat di depan mata sendiri. Berbanding menyaksikan hanya di youtube, kali ini anda dapat meyaksikan secara langsung malah bertemu dan berbual dan mendapatkan tip-tip dari ahli-ahli gusti hebat Australia, Russia, Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia malah sparing partner kita sendiri iaitu pasukan Singapura.

Badangpower cukup bangga dan rasa terharu, apabila pasukan Jiran kita iaitu Indonesia turun dengan jumlah yang begitu ramai terdiri ahli gusti lengan, penyokong, tukang urut, jurufoto dan juga penyokong-penyokong. Begitu juga dengan penyokong tempatan Selangor, Melaka dan Sabah yang memenuhi dewan pertandingan. Badangpower harap kememriahan ini akan berterusan pada pertandingan-pertandingan yang lain di mana gusti lengan mempunyai peminat setianya yang tersendiri.

Tahniah kepada Zil Fadli dan anggota team yang lain kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan dengan begitu meriah serta lancar tanpa apa-apa gangguan. Harap pada pertandingan akan datang akan lebih ramai ahli gusti lengan dari eluruh dunia yang akan menyertai.

Badangpower berharap, gambar-gambar yang diambil dari lens kamera Badangpower ini akan dapat menceritakan kehebatan aksi-aksi pemain pada pertandingan berkenaan. Jumpa lagi.
























MALAYSIA ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013: MALAYSIA GONDOL 4 EMAS

Tuesday, June 11, 2013



Vivatel Kuala Lumpur, 8 Jun 2013. Malaysia mengondol empat emas dalam Pertandingan Gusti Lengan Supermatch 2013 yang diadakan di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur. Pasukan Malaysia dibarisi oleh pemain-pemain gusti lengan gabungan tiga negeri iaitu Selangor, Melaka dan Sabah menang bergaya ke atas lawan masing-masing.
Steward Steafano Steven (Sabah) berjaya memungut emas pertama Malaysia apabila berjaya mengalahkan Dave Hum dari Singapura 5-0. Diikuti oleh Joefrrey Jolly (Sabah) yang mendapat tentang sengit daripada peserta Australia, Jesse Johnson dengan keputusan 3-2. Mohamad Nizar Yusof (Selangor) meneruskan kecemerlangan Malaysia apabila menang 5- 0 ke atas pemain Singapura, Desmond Low. Lee Thiam Swee (Melaka) menambah satu lagi emas apabila berjaya menewaskan pemain Australia, Nicholas Tiliacos juga dengan keputusan 5-0.
Bagaimana pun kecemerlangan empat pemain ini gagal ditersukan oleh rakan-rakan yang lain apabila Zil Fadli tewas kepada Ken Yoshioka dari Jepun 5-0, Hairul Lee tewas kepada Jefrrey Poi,Singapura (5-0), Jack Chia tewas kepada Steven Converse (USA) dengan 5-0, ,Abd Razak Hadezhir tewas kepada Melvyn Loh daripada Singapura 5-0, Richard Eyan(Sabah) kalah kepada Phil Rasmussen, pemain Australia (5-0) dan Jolly Johnson kalah kepada peserta Indonesia, Anes James (1-4).
Secara keseluruhan penyampaian ini amat baik sekali kerana ia menunjukan pemain-pemain juga setandingan dan mampu beraksi diperingkkat antarabangsa jika diberi peluang. Namun bagi pemain yang tewas kali ini telah mendapat pengajaran dan pengalaman yang baik bermain diperingkat antarabangsa. Latihan yang lebih khusus dapat mempertingkatkan keupayaan. Zil Fadli, misalnya agak keletihan dan hilang tumpuan yang menjadikan salah satu punca gagal memberi saingan sebenar kepada pemain jepun, Ken Yoshioka.
Tahniah kepada pemenang-pemenang dan diharapkan kemenangan mereka ini akan memberikan inspirasi kepada pemain-pemain untuk berusahan mencapai tempat yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.
Joefrrey Jolly menang 3-2 ke atas Jesse Johnson (Australia)

 Zil Fadli tewas kepada Ken  Yoshioka (Jepun) 0-5

Richard Eyan tewas kepada Phil Rasmussen (Australia) 0-5

Jolly Johnson tewas 1-4 kepada Anes James (Indonesia)

Jack Chia tewas kepada Steven Converse (USA) 0-5 

Lee Thiam Swee menang 5-0 ke atas Nicholas Tiliacos (Australia)

Abbd Razak Hadezhir tewas 0-5 kepada Melvyn Loh (Singapura)

Hairul Lee tewas 0-5 kepada Jeffrey Poi (Singapura)

Steward Steafano Steven menewaskan Dave Hum (Singapura) 5-0



GUSTI LENGAN DI SAMBUTAN BULAN ULANGTAHUN MPAJ KE 21

Thursday, June 6, 2013





Salam Sejahtera.

Sempena Sambutan Bulan Ulangtahun MPAJ ke 21, Majlis Perbandanran Ampang Jaya atau MPAJ akan mengadakan pelbagai kativiti.telah disusun bagi memeriahkan sambutan ini. Gusti llengan telah dipilih menjadi salah satu acara pada bulan sambutan ini.

MPAJ dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada 6 Julai, 2013 bertempat di Ampitheather, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Tigaa kategori akan dipertanndingkan iaitu kategori A 85kg ke atas, Kategori B lelaki 75kg-85kg dan kategoi c lelaki 75kg ke bawah.

hadiah yang bakal dibawah pulang oleh pemenang ialah RJuara M300+Medal, Naib Juara RM200 + medal, ke tiga RM100 + medal dan ke empat RM50 sementara tempat ke 5 hingga ke 8 hamper.

Maklumat lanjut  akan pihak kami maklumkan kemudia.





PANDUAN PERJALANAN KE MENARA MPAJ


DARI STESEN LRT PANDAN INDAH DAN STESEN LRT CEMPAKA
ORANG RAMAI BOLEH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TEKSI ATAU BAS RAPID KL UNTUK KE MENARA MPAJ.  DENGAN ANGGARAN MASA PERJALANAN 10-20 MINIT.

DARI KUALA LUMPUR/SHAH ALAM MENGGUNAKAN MRR2
KUALA LUMPUR/SHAH ALAM - JALAN BUNGA RAYA/TAMAN KENCANA - JALAN PANDAN ILMU - PERSIARAN MPAJ - MENARA MPAJ

DARI HULU KELANG/GOMBAK MENGGUNAKAN MRR2
HULU KELANG/GOMBAK - JALAN PANDAN UTAMA - JALAN PANDAN ILMU - PERSIARAN MPAJ - MENARA MPAJ

atau

HULU KELANG/GOMBAK - JALAN PANDAN INDAH - JALAN PANDAN MAKMUR - JALAN PANDAN UTAMA - JALAN PANDAN ILMU -   PERSIARAN MPAJ - MENARA MPAJ

VIDEO CLIP FINAL CATEGORY A: LEE YONG SHENG VS SAEDON ABU BAKAR

Monday, June 3, 2013


Video clip Final Category A, Lee Yong Sheng vs Saedon Abu Bakar





VIDEO CLIP : FINAL CATEGORY B RAZAK VS SAZALI


Video clip Final category B, Abdul Razak Hadezhir vs Sazali Nazaki




VIDEO KLIP - FINAL CATEGORY C MOHD NIZAR VS HAIRULL LEE


Video clip Final Category C: Mohd Nizar vs Hairul Lee



VIDOE KLIP FINAL KATEGORI C - NIZAR LAWAN HAIRUL


Dengan ehsan Mohamad Nizar Yusof.




Perlawanan akhir bagi kategori C di antara Mohd Nizar Yusof menentang Hairul Lee Abdul Halim.





AKSI DI PUSAT SAINS NEGARA TETAP HEBAT




Salam untuk semua.

Hebat! Itu yang boleh Badangpower perkataankan. Walapun tanpa kelibat pemain-pemain utama yang berehat untuk persiapan ke perlawanan Supermaatch pada 8 Jun, 2013, persaingan antara pemain-pemain tetaap sengit. Antara yang menonjol adalah pemain muda Melaka Lee Yong Sheng yang muncul juara, dan juag Saamsul Fitri, pemain baru yang berjaya menempatkan diri ke kelompok tiga tempat ke atas. Kita juga bangga apabila beberapa pemain lama muncul kembali untuk memeriahkan pertandingan, Begitu juga penyertaan daripada negeri Johor dan Sabah (walau pun bukan pemain utama) pada pertandingan kali ini. Kita berharap akan lebih ramai pemain daripada seluruh negara akan menyertai pertandingan yang akan datang.

Dalam pada Badangpower gembira dengan pencapain pemain Selangor memenangi 3 kategori daripada empat kategori yang dipertandingkan, Selangor masih terasa kehilangan penguasaan dalam kategori A. Buat masa ini, tanggungjawab memikul harapan Selangor dalam kategori A dipikul oleh Jack Chia dan Azmy Nen, Badangpower tetap berharap kedua-dua pemain ini akan segera matang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menaikkan nama Selangor bagi kategori A.

Sementara itu pemain utama Selangor berjaya mengekalkan kedudukan mereka dan masih bertahan tanpa mendapat cabaran sebenar daripada pemain lain. Mohd Nizar Yusuf, Zil Fadli (tidak bermain kali ini), Sazali Nazaki, Hairul Li, Abdul Razak Hadezhir, Mervyn Siew, Mohd Rafae, Najib Ismail dan beberapa orang lagi masih lgi memikul tugas mengharumkan nama Selangor dalam sukan gusti Lengan.

Badangpower nak maklumkan lebih awal, kalau semuanya berjalan lancar, pada bulan November ini, sekali lagi dengan kerjasama Pusat Sains Negara, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjurkan pertandingan gusti lengan Mr Selangor 2013. Beberapa pemain terbaik Selangor juga akan diberi penghargaan atas keupayaan mereka mengharumkan nama Selangor. Jadi diharap semua pemain Selangor akan bersiap sedia mulai sekarang.

Di bawah adalah aksii-aksi pemain pada pertandingan benrjkenaan.

Jumpa lagi.


























Tahniah kepada semua!

KEPUTUSAN RASMI ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS & SPINACH 2




Pusat Sains Negara, 2 Jun, 2013.  Pertandingan Gusti Lengan "Armwrestling Challenge @ Sports & Spinach 2" aanjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor berlangsung dengan meriahnya. Seramai 70 orang peserta termasuk wanita telah menyertai pertandingan ini yang mempertandingkan 4 kategori iaitu Kategori lelaki 85kg ke atas, 75kg-85kg, 75kg ke bawah dan Wanita Terbuka. Team Selangor berjaya merangkul tiga kategori iaitu kategori lelaki 75kg-85kg, 75kg ke bawah dan Wanita Terbuka. Sementara bagi kategori lelaki 85kg ke atas dimenangi oleh Team Melaka..

Seperti yang dijangka,  Mohd Nizar Yusuf berjaya muncul juara bagi kategori lelaki 75kg ke bawah selepas berjaya menewaskan Hairul Li dalam satu perlawanan yang cukup sengit.Manakala Kow Peng Kuon menduduki tempat ke tiga dan EE Chong Ong di tempat ke empat. Sementara itu Sazali Nazaki gagal untuk mencipta kejuaraan ke dua beliau untuk tahun 2013 apabila tewas kepada Abdul Razak Hadezir dalam perlawanan 3 set.. Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama Abdul Razak Hadezir untuk tahun 2013. Sementara Mohd Samsul Fitri telah membuat kejutan appabila berjaya menduduki tempat ke tiga. Namun kekurangan pengalaman menyebabkan beliau tewas mudah kepada Abduk Razak pada perlawanan merebut slot ke perlawanan akhir.. Darrel Dalek, pemain kelahiran Sarawak turut menunjukan peningkatan apabila berjaya menduduki tempat ke empat.

Siti Khatijah Abdul Hamid berjaya mempertahankan kejuaraan untuk kali ke dua untuk tahun 2013 ini apabila berjaya menewaskan Norliza Jaludin di perlawanan akhir.. Pada pertandingan yang sama siri 1 yang telah diadakan pada bulan Mac yanag lalu, Siti Khatijah  menewaskan rakan sepasukan Mazuin Wahab. Peserta Wanita PSN sendiri iaitu Norhadzratil Adawiyah Md Adam mennndudki tempat ke tiga dan Nor Azwa Osman di tempat ke empat.

Untuk kategori A pula, peserta muda dari Melaka, Lee Yong Sheng menunjukan peningkatan cukup cemerlang apabila muncul juara dengan menewaskan llawan yang bersaiz gergasi seperti Azmi Hassan. Azam Hassan, Afrizal Yunus, jck Chia dan Saedon Abu Bakar untuk muncul juara. Berbanding saiz badan yang lebih kecil, kemampuan Lee Yong Sheng menewas lawan yang lebih besar mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Saedon Abu Bakar menduduki tempat ke du diikuti oleh Azmi Hassan tempt ke tiga dan pemain Selangor, Jack Chia di tempat ke empat.


Dibawah adalah keputusan rasmi pertandingan;


Kategori A


  1. Lee Yong Sheng (Melaka)
  2. Saedon Abu Bakar (Melaka)
  3. Azmi Hassan (johor)
  4. Chia Jun Kit (Selangor)
  5. Abd Rahman Rahim (Melaka)
  6. Afrizal Yunus (Selangor)
  7. Mohd Fitri Darus (Selangor)
  8. Shahrizam Mohd Radzali (Kuala Lumpur) 

Kategori B


  1. Abdul Razak Hadezir (Selangor)
  2. Sazali Nazaki (Selangor)
  3. Mohd Samsul Fitri Nordin (Selangor)
  4. Darrel Dallek (Sarawak)
  5. Nasir Mongh (Kuala Lumpur)
  6. Mohd Syahmi Rahman (Melaka)
  7. Ahmad Aiman Shhidan (Melaka)
  8. Ahmad Ariff Nordin (Kuala Lumpur)


Kategori C


  1. Mohammad Nizar Yusof (Selangor)
  2. Hairul Nazli Abd Halim (Selangor)
  3. Kow Peng Kuon (Selangor)
  4. EE  Ching Ong (Melaka)
  5. Jimy Lim (Sabah)
  6. Wilter Lim (Sabah)
  7. Wai Phie Kyaw (Mynmar)
  8. Mohd Rafae @ Tuah Mastaruddin (Selangor)


Kategori D (Wanita)


  1. Siti Khatijah Abd Hamid  (Selangor)
  2. Norliza Jaludin (Melaka)
  3. Nadzharul Adawiyah Md Adam (Kuala Lumpur)
  4. Nor Azwa Osman (Kuala Lumpur)
  5. Shalimaton Mohd Yunus (Kuala Lumpur)
  6. Norasyikin Mohd rafae (Selangor)
  7. Connie Edward (Sabah)
  8. Azlina Abd Aziz (Kuala Lumpur)


PSLNS mengucapkan syabas kepada semua pemain yang telah terlibat menyertai pertandingan ini, juga tahniah kepada para pemenang.

Ucapan riibuan terima kasih kepada Pusat Sains Negara dan MOSTI kena telah sudi menganjurkan pertandingan kali ini,

Jumpa lagi pada 22 Jun, 2013 di Ampang Jaya.