Lee Tiam Siew atau lebih dikenali sebagai Ah Tiam (kanan) bersama dengan
Mohamad Zawawi mempamerkan kekuatan.
Walaupun Badangpower tidak dapat bersama pada hari ke 2 ini kerana perlu berada di Kuching untuk urusan kerja, Badangpower yakin, Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro masuk hari ke 2 hari ini, pastinya telah berlangsung dengan hebatnya apatah lagi dengan kehadiran ramai ahli gusti lengan yang hebat-hebat dari seluruh negara. Dikhabarkan hampir 90 orang peserta yang telah menyertai pertandingan hari ini. Walaupun tidak dapat menghadirkan diri, Badangpower tetap tekun mengikuti perkembangannya.
Keputusan rasmi yang Badangpower terima adalah seperti berikut;
Kategori Lelaki A
1. Lee Tiam Siew (Melaka)
2. Harith Abdullah (Neger Sembilan)
3. Mohamad Zawawi Hussin (Kelantan)
4. Bong Kim Boon (Melaka)
Kategori Lelaki B
1. Isman Wahid (Perlis)
2. Azmi Hussin (Kelantan)
3. Mohd Zil Fadli Abd Halim (Selangor)
4. Marven Siew (Selangor)
Kategori C
1. Mohamad Nizar Yusof (Selangor)
2. Ku Rashid Ku Rubi (Perlis)
3. Mohd Zamri. Md Saad
4. Shammsuddin Ahmad (Perlis)
4. Shammsuddin Ahmad (Perlis)
Perlawanan-perlawanan hari ini telah oleh diadili oleh pengadil-pengadil daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor iaitu terdiri daripada Encik Sarwan Hussein, Shuhaimisidy Mohamad dan Shamsul Kahar Ishak. Saudara Abdul Aziz Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dan, Encik Wan Abdul Rahman, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Pahang turut sama turun padang untuk menyaksi pertandingan ini.
Badangpower ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian. Menang atau kalah tidak penting, yang paling penting penyertaan dalam setiap pertandingan gusti lengan bagi mempopularkan lagi sukan ini.
Badangpower dimaklumkan yang Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro seterusnya akan diadakan di Pulau Pinang pada penghujung bulan November 2011. Badangpower berharap akan lebih ramai lagi akan menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti.
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment