Siti Khatijah menang lagi untuk kali ke dua..

Sunday, October 30, 2011

Share this history on :
Siti Khatijah, juara kategori Wanita Terbuka

Valen Low diistiharkan sebagai juara.

Siti Khatijah Adul Hamid terus mempamerkan kehebatannya dalam acara sukan gusti lengan apabila sekali lagi muncul juara dalam kategori Wanita Terbuka Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro yang diadakan hari ini di Temerloh. Walaupun cuba diberikan saingan oleh Mazuin, namun Siti Khatijah dengan mudah sahaja menewaskan lawannya itu dalam perlawanan dua set. Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut buat bekas atlit rejam lembing kebangsaan yang baru-baru ini memenangi pertandingan gusti lengan di Ipoh dan Pelabuhan Kelang. Kejayaan ini membolehkan Siti Khatijah membawa pulang hadiah wang tunai RM300. Manakala Mazuin menduduki tempat kedua diikuti oleh Mahirah di tempat ke 3 dan Mazlifah di tempat yang ke empat.

Sementara itu bagi kategori lelaki remaja di bawah 17 tahun, sekali lagi dimenangi oleh peserta dari Singapura iaitu Valen Low yang diberi tentangan sengit oleh Lee Yong Seng dari Melaka. Ini juga merupakan kemenangan berturut-turut Velen Low yang muncul juara dalam pertandingan gusti lengan yang diadakan di Ipoh bulan September lalu. Walau pun tewas, Lee Yong Seng yang juga merupakan anak kepada ahli gusti lengan Melaka Lim Tiam Siew telah memberikan saingan sengit mempunyai potensi untuk menjadi barisan pelapis kepada ahli gusti lengan senior. Untuk tempat yang ketiga dan keempat adalah milik dua ahli gusti lengan Pahang iaitu Mohd Syazwan dan Mohd Zulfakar.

Secara keseluruhan sambutan bagi dua kategori ini amat memberangsangkan sekali terutama bagi kategori Wanita apabila ramai penyertaan dari kalanagan kaum ibu dan juga gadis-gadis muda. Malah terdapat juga beberapa orang peserta wanita yang pernah beraksi di Ipoh turut sama menyertai pertandingan kali ini.

Keputusan rasmi:

Kategori Wanita Terbuka;

1. Siti Khatijah Abdul Hamid (Selangor)
2. Mazuin Mohd Bashah (Selangor)
3. Mahirah Mustapha Kamal (Pahang)
4. Normazlifah Abdul Malik (Pahang)

Kategori Lelaki Remaja (bawah 17 tahun)
1. Valen Low Wai Lueen (Singapura)
2. Lee Yong Seng (Melaka)
3. Mohd Syazwan Noor Azmi (Pahang)
4. Mohammad Zulfaqir Marzuki (Pahang)

Esok 30 Oktober, 2011 pasti menjadi hari yang dinantikan oleh peminat-peminat gusti lengan apabila acara kemucak pertandingan gusti lengan apabila sebanyak 3 kategori lelaki pula akan dipertandingan yang bakal menyaksikan penyertaan ahli gusti lengan dari seluruh Malaysia untuk mempamerkan kekuatan masing-masing. Antara yang sah akan hadir esok diantaranya Lee Tiam Siew (Melaka) Mohd Zawawi Hussin(Kelantan) Harith Abdullah (Negeri Sembilan), Mohamad Nizar Yusof (Selangor), Ku Ruhaizad Ku Rubi (Perlis) dan ramai lagi pemain-pemain gusti lengan.

Jadi yang berminat untuk menyaksikan Pertandingan Gusti Lengan Gegaria Harian Metro jangan lupa untuk ke Booth Arena untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang dijangkakan hebat. Jadi hadirlah ke Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh.

Jommm... jumpa anda di sana!!!

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: