Old Putera (OP) Maktab Tentera Sungai Besi anjur Gusti Lengan
Sunday, December 25, 2011
Old Putera Maktab Tentera Sungai Besi atau lebih dikenali sebagai OP iaitu persatuan bekas pelajar Maktab Tentera Sungai Besi telah menganjurkan pertandingan Gusti lengan sempena Kejohanan Futsal OP 2011 yang bertujuan mengumpul bekas-bekas pelajar Maktab Tentera Sungai Besi dan juga mengutip sumbanagan bagi membantu seorang ahli OP yang ditimpa kemalangan. Pertandingan ini telah diadakan di Feros Futsal, Subang Jaya, Selangor.
Norjannah dan Maria.. gadis urusetia
Sesi taklimat sebelum memulakan pertandingan
Perasmian......"Ready......... Goooo!"
Fahmi Abdul Aziz (kanan pengadil) juara selepas menewaskan Rashthar Singh
Badangpower interframe semasa pendaftaran.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
bekas pelajar Maktab Tentera Sungai Besi,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Malaysian Open Armwrestling Championship 2010
Apa kata mereka yang telah bertarung hebat..
Wednesday, December 21, 2011
PERTANDINGAN Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro semakin mendapat tempat di hati penggiat dan penggemar sukan itu. Bukan saja peserta tempatan dari segenap pelusuk negeri sanggup hadir menyertainya di karnival yang berlangsung di Johor Baharu, Ipoh, mentakab, Seberang Perai dan melaka, malah peserta luar negara turut bersaing terutamanya dari Singapura. Secara tidak langsung pembabitan peserta dalam jumlah yang besar itu meningkatkan lagi mutu kejohanan yang kini menjadi antara tarikan utama pengunjung ke Karnival Gegaria Harian Metro. Mari kita dengar apa kata mereka yang bertanding.
“Sudah terdapat peningkatan penyertaan serta peralatan berkualiti yang digunakan. Itu yang paling penting bagi meningkatkan mutu dan membolehkan kejohanan ini diteruskan lagi,”
Muhamad Zawawi Hussin, 39, dari Kelantan
“Kejohanan anjuran khemah Arena itu sememangnya sudah mendapat tempat di hati penggiat gusti lengan. Ia ternyata menerusi penyertaan peserta yang ramai sehingga menjadikan saingan semakin sengit dan sukar. Saya gagal mengekalkan kejuaraan di Johor tempoh hari. Sangat sukar kali ini namun ia petanda positif dalam memperkembangkan lagi sukan ini.”
“Di Malaysia banyak kejohanan yang dipertandingkan berbanding Singapura. Itu sebabnya sejak berusia 15 tahun lagi saya serta rakan yang lain akan menyertai pelbagai kejohanan yang dianjurkan di negara ini jika berkesempatan,”
Valen Low Wai Luen, 17 tahun dari Singapura. Juara Kategori Lelaki Remaja.
“Ini adalah pertama kali saya memasuki pertandingan yang besar seperti ini. Sebelum ini saya banyak menyertai kejohanan di Melaka bagi menimba pengalaman. Mungkin keadaan persekitaran serta kejayaan yang dicapai bapa selama ini membuatkan saya begitu meminati sukan ini”.
Lee Yong Sheng, 16 tahun, naib juara kategori Remaja Lelaki, juga anak kepada Lee Tiam Siew.
“Ini kali pertama kami menyertai KGHM dan kejayaan ,membawa pulang dua kejuaraan cukup besar memandangkan saingan di sini datang dari peserta seluruh negara,”
“Saingan di sini cukup sengit, bagaikan pertandingan kebangsaan. Bagus juga Harian Metro menganjurkannya kerana sudah dua tahun tiada kejohanan kebangsaan,”
Jolly Johnson, 40, yang mengetuai rombongan Team Melawa dari Sabah.
“Haris nampaknya sudah mempamerkan peningkatan ketara kali ini berbanding ketika bertemu pada final di Ipoh bulan lalu. Mungkin sudah mendapat latihan mencukupi dan persediaan yang rapi. Mujur keyakinan dan kekuatan saya kembali pulih pada pusingan ketiga untuk mencatat kemenangan. Selepas ini mungkin Haris serta seorang lagi peserta (Muhammad Zawawi Hussin) mampu menewaskan saya. Saya perlu lebih berwaspada,”
“Saya secara peribadi memberi sokongan penuh kepada usaha Harian Metro ini. Sebagai tanda sokongan, saya akan menyertai setiap pertandingan yang akan diadakan selepas ini,”
Lee Tiam Siew. 48 tahun dari Melaka selaku juara
“Usaha Harian Metro wajar dipuji. Saya sememangnya berminat mencuba sukan ini dan pertandingan yang dianjurkan khemah Arena di karnival ini amat dinantikan,” kata
Mahirah Mustapa Kama, pelajar Universiti Teknologi Mara, cawangan Kampus Jengka.
“Kami adalah ahli bina badan dan kami juga ahli Persatuan Gusti Lengan Kelantan. Bukan selalu kami mengikuti pertandingan bina badan, jadi saya rasa tidak salah jika kami mengikuti sukan lengan. Kami datang sekadar untuk mencuba pertandingan ini, dan mendapat satu gelaran naib juara sudah mencukupi. Sebagai ahli bina badan, kami perlu kekalkan badan agar sentiasa cantik dan kemas berotot untuk pertandingan, begitu juga dengan pengamal sukan lengan yang perlu kekalkan kekuatan lengan. Jadi saya rasa ada persamaan di situ dan tidak salah jika kami bergiat aktif dalam sukan ini.”
“BUKAN hadiah wang tunai yang menjadi buruan namun keseronokan dan kepuasan menyertai kejohanan gusti lengan bersama rakan-rakan menjadi keutamaan. Saya tidak menyertai saingan pertama (di Johor) namun selepas beraksi kali ini, ternyata satu pengalaman yang amat menyeronokkan,”
Harith Abdullah, 36 tahun dari Selangor.
“Kuat, peserta Sabah memang kuat. Walaupun kalah saya gembira dapat menentangnya, Sebelum ini saya memang dengar dia pencabar yang kuat tapi tidak berpeluang menentangnya, tapi kali ini peluang terhidang di depan mata memaksa saya menerima hakikat dia jauh lebih baik. Kemenangannya ke atas saya bermakna kami mengiktirafnya sebagai penggusti lengan nombor satu Malaysia dalam kategori 75kg ke bawah.”
Mohd Nizar Yusof, Juara tiga kali kategori 75kg ke bawah selepas tewas kepada Sabah Wong Zye Ziaen.
“Saya gembira menang di sini, lebih gembira apabila dapat beraksi di Semenanjung Malaysia yang mendapat sambutan hangat. “Kejohanan ini juga amat meriah, di anjurkan secara karnival dan terbuka. Sesiapa saja boleh turut serta dan menyaksikan pertandingan lebih dekat,”
Wong Zye Ziaen, juara kategori lelaki 75 kg ke bawah dari Sabah
“Bagus Harian Metro menganjurkan pertandingan ini kerana ia mempopularkan lagi sukan lengan ke seluruh negara. Saya tidak dapat menyertai pertandingan di zon lain sebelum ini kerana sibuk bekerja tapi saya memang berazam untuk mengambil bahagian dan menang. Saingan di sini hebat tapi belum sehebat kejohanan lain dalam kategori wanita tapi saya yakin peserta amatur akan bertambah baik pada tahun akan datang.”
Zuasliana Abd Kadir, juara kategori Wanita Terbuka dari Selangor
“Salah sendiri kerana bangun lewat dari tidur. Apabila terlewat saya tergesa-gesa untuk memandu ke sini dan tidak bersedia sepenuhnya,”
Siti Khatijah Abd Hamid, juara tiga kali KGHM gagal mempertahan kejuaraan untuk kali ke 4
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
gusti lengan,
gusti lengan selangor
Harian Metro (20/12/2011):Harap HM terus anjur Kejohanan Gusti Lengan
PESERTA yang mengambil bahagian dalam sukan lengan di semua lima zon Karnival Gegaria Harian Metro mahu sukan itu terus dianjurkan akhbar harian berbahasa Melayu nombor satu kerana menanggap sukan lengan semakin popular.
Lee Thiam Siew yang muncul juara dalam kategori heavyweight di semua zon mendedahkan kini penggiat sukan lengan yang sudah bersara mula kembali menjalani latihan untuk menyertai pertandingan anjuran Harian Metro.
“Sekarang peminat sukan lengan kembali aktif, semya bercakap mengenai pertandingan. Terima kasih kepada Harian Metro yang memberi nafas baru kepada sukan ini,” kata Thiam Siew.
Menurutnya lagi, tindakan Harian Metro membuka peluang kepada remaja bertanding menyaksikan lebih ramai golongan itu bergiat aktif di gimnasium.
Malah semua peserta meminta supaya kejohanan ini diteruskan tanpa menggugurkan mana-mana kategori.
Muhammad Fikri Sardimin, 17, yang kali pertama menyertai pertandingan ini mahu bergiat aktif selepas ini terutamanya selepas dia muncul pemenang tempat ketiga Sabtu lalu.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
karnival gegaria harian Metro
Harian Metro (20/12/2011):Sabah tetap puas hati
Wong Zye Ziaen dari pasukan Sabah menjuarai kategori 75kg ke bawah, menerima hadiah kemenangan daripada Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Datuk Idris Haron sambil diperhatikan oleh Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival gegaria Harian Metro dan Encik Radzi Wahab, Pengarang Sukan Harian Metro (Gambar oleh PSLNS)
MESKIPUN tidak meraih hadiah wang tunai yang setimpal dengan perbelanjaan penerbangan ke Semenanjung, lapan penggusti lengan Sabah tetap berpuas hati kerana berjaya membawa pulang dua daripada tiga gelaran yang ditawarkan di pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
Jolly Johnson, 40, yang mengetuai rombongan dari Sabah itu berkata semua peserta dari negeri di bawah bayu itu berpuas hati dengan pencapaian dua kejuaraan dan satu lagi di tempat ketiga.
“Ini kali pertama kami menyertai KGHM dan kejayaan ,membawa pulang dua kejuaraan cukup besar memandangkan saingan di sini datang dari peserta seluruh negara,” kata Jolly.
Menurutnya semua lapan peserta dari Sabah adalah sanak saudaranya dan anaknya sendiri turut mengambil bahagian.
Jolly yang beraksi dalam kategori heavyweight (85kg ke atas) pada awalnya dijangka mampu menggugat kejuaraan dari juara bertahan Lee Thiam Siew (Melaka), namun jangkaan itu meleset apabila Joly tewas kepada anak didik Thiam Siew, Bong Kim Boon di separuh akhir sekadar berpuas hati di tempat ketiga membawa pulang RM400.
“Saingan di sini cukup sengit, bagaikan pertandingan kebangsaan. Bagus juga Harian Metro menganjurkannya kerana sudah dua tahun tiada kejohanan kebangsaan,” kata Jolly yang memiliki kelab gusti lengan sendiri, Malawa Arm Wrestler Team kerana Sabah tidak mempunyai persatuan sendiri.
Anak Jolly, Joffry muncul juara kategori 75kg-85kg menewaskan Bong Kim Ping di final menang RM800, manakala sepupunya Wong Zye Ziaen menjuarai kategori 75kg ke bawah.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling selangor,
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
karnival gegaria harian Metro,
Pantai Kelebang
Aksi-Aksi Gusti Lengan di Pantai Kelebang
Tuesday, December 20, 2011
Aksi daripada salah seorang peserta Sabah (baju hitam)
Valen Low (baju hitam) dari Singapura menentang Abdul Rahman Rahim dari Melaka
Dave Hame (menghadap kamera) peserta dari Singapura bertarung menentang salah seorang peserta tempatan.
Wajah-wajah kecewa penonton apabila Mohd Nizar Yusof dari Selangor tewas kepada peserta Sabah Wong Zye Ziean dalam perlawanan akhir kategori lelaki 75kg kebawah
Aksi pemain veteran daripada gusti lengan Johor Omar Suradi sewaktu menentang Loqman Abd Mutalib peserta dari Melaka.
George Johnson dari Sabah hanya mampu menduduki tempat ke 9
Pasukan Gusti Lengan Melawa dari Sabah
Mohd Nizar Yusof dari Selangor hanya mampu sekadar menduduki tempat ke 2, menerima hadiah kemenangan daripada YB Datuk Idris Haron
Gaya tersendiri salah seorang pemain sewaktu menentang pemain veteran dari Johor Omar Suradi
Antara penonton yang tidak berganajak dari pentas Arena walaupun hujan turun mencurah-curah sewaktu pertandingan gusti lengan sedang berlangsung.
Mohamad Fauzi Mohd Basri, pengadil daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor begitu serius sewaktu mengadili pertandingan.gusti lengan
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
karnival gegaria harian Metro,
Pantai Kelebang
Harian Metro (19/12/2011): Zuasliana ragut gelaran Siti
KEHADIRAN dua peserta adik-beradik, Zuasliana dan Zuasliza Abd Kadir dari Selangor di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka pantas meragut gelaran dimenangi Siti Khatijah Abd Hamid yang memegang tiga kejuaraan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) sebelum ini.
Zuasliana yang kali pertama menyertai pertandingan Sukan Lengan anjuran Arena Sukan tiada masalah untuk muncul juara mengatasi kakaknya Zuasliza di final apabila menang mudah 2-0.
“Bagus Harian Metro menganjurkan pertandingan ini kerana ia mempopularkan lagi sukan lengan ke seluruh negara. Saya tidak dapat menyertai pertandingan di zon lain sebelum ini kerana sibuk bekerja tapi saya memang berazam untuk mengambil bahagian dan menang,” kata Zuasliana yang bekerja di Pusat Bowling One Utama.
“Saingan di sini hebat tapi belum sehebat kejohanan lain dalam kategori wanita tapi saya yakin peserta amatur akan bertambah baik pada tahun akan datang.” Zuasliza, kakak kepada Zuasliana pula menganggap tindakannya mengambil cuti rehat adalah berbaloi apabila membawa pulang RM250, manakala adiknya RM300.
Siti Khatijah pula menyalahkan diri sendiri kerana bangun lewat untuk ke Pantai Klebang.
“Salah sendiri kerana bangun lewat dari tidur. Apabila terlewat saya tergesa-gesa untuk memandu ke sini dan tidak bersedia sepenuhnya,” kata Siti Khatijah.
Kategori wanita semakin mendapat sambutan bukan hanya daripada segi penyertaan malah peminat yang tidak berganjak menonton pertandingan.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
karnival gegaria harian Metro,
kategori wanita terbuka,
Zuasliana,
zuasliza
Harian Metro (19/12/2011): Thiam Siew tetap hebat
Oleh Mohd Hilmie Hussin & Azlan Muhammad Zain
BIARPUN cabaran dilaungkan dengan menawarkan hadiah tambahan wang tunai RM700 kepada mana-mana peserta sukan lengan heavyweight iaitu bagi kategori 85kg ke atas, ternyata belum ada yang mampu merampas gelaran daripada Lee Thiam Siew pada pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM).
Pada aksi yang berlangsung meriah di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka semalam, Thiam Siew langsung tidak tewas dalam semua perlawanan dan mara ke final dengan tenang biarpun pada awalnya bimbang dengan cabaran yang hadir daripada peserta seluruh negara termasuk dari Sabah.
“Saya awalnya bimbang juga melihat kelibat peserta Sabah yang hadir menyahut cabaran saya menawarkan hadiah tambahan, tapi mungkin saya melakukan latihan mencukupi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sejak kali pertama acara ini dianjurkan,” kata Thiam Siew.
“Kalau anda lihat, peserta Sabah kuat-kuat belaka dan menguasai dua kategori. Tapi yang penting Harian Metro berjaya menghidupkan semula kejohanan sukan lengan dengan pembabitan peserta dari seluruh Malaysia.
“Saya gembira kerana dengan penganjuran sukan lengan ini kita dapat mendedahkan kepada orang ramai bahawa sukan ini selamat tapi mereka perlu tahu teknik yang betul.” Thiam Siew menewaskan Bong Kim Boon di final juga berterima kasih kepada barisan pengadil dari Persatuan Sukan Lengan Selangor kerana mengadili perlawanan dengan baik tanpa ada kontroversi baik dari segi undian mahupun mutu pengadilan.
Selepas menang di tiga zon, Thiam Siew melaungkan cabaran menawarkan hadiah tambahan RM500 pada kejohanan di Pulau Pinang.
Sesudah tiada pencabar mampu merampas gelarannya di Pulau Pinang, dia menaikkan tawaran RM700 sebagai tambahan kepada hadiah kemenangan RM800 yang disediakan oleh Harian Metro tapi dia akhirnya muncul juara mutlak di semua lima zon.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
gegaria harian Metro,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Harian Metro,
karnival gegaria harian Metro,
Lee Thiam Siew
Pantai Kelebang Di Gegar Ahli-Ahli Gusti Lengan! Hebat!!!
Pemenang-pemenang dari setiap kategori bergambar kenangan bersama dengan YB Datuk idris Haron (Ahli Parlimen Tangga Batu) dan Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro
Hebat!
Itulah perkataan yang boleh Badangpower ungkapan untuk menceritakan tentang Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 17 & 18 Disember, 2011 di Pantai Kelebang, Melaka. Sambutan daripada peserta yang bertanding melebihi jangkaan seramai hampir 150 peserta bagi kesemua kategori di samping sambutan hangat dari mereka yang datang menyaksikan pertandingan ini walaupun hujan yang kerap turun sepanjang pertandingan berlangsung tetapi mereka tidak berganjak dari pentas Arena.
Kalau pada pertandingan sebelumnya peserta datang daripada semenanjung sahaja, tapi kali ini seramai 10 orang peserta dari Sabah turut hadir bagi memeriahkan pertandingan penutup bagi tahun 2011. Ini termasuk juga penyertaan daripada Singapura dan Thailand. Seperti biasa juga Melaka, Selangor, Kelantan menghantar penyertaan paling ramai diikuti oleh peserta dari Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu.
Sambutan hangat daripada pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pertandingan gusti lengan bermula.
Penyertaan buat kali pertamanya pasukan daripada Sabah iatu pasukan Malawa yang terdiri dari 10 orang peserta dan penyokong-penyokong dari Sabah adalah salah satu tarikan utama pada pertandingan kali ini. Kalau sebelumnya kekuatan ahli gusti lengan hanya disampaikan dari mulut ke mulut oleh peminat gusti lengan di Semenanjung, kali ini mereka dapat menyaksikan sendiri kekuatan pasukan dari Sabah seperti yang digembur-gemburkan. Peserta-peserta dari Sabah benar-benar mempamerkan kekuatan mereka apabila berjaya menjuarai 2 kategori lelaki 75kg ke bawah dan 75.1kg - 85kg ke atas.
Harapan untuk menyaksikan perlawanan akhir di antara Lee Thiem Siew, juara bertahan dari Melaka dengan Jolly Johnson salah seorang peserta pilihan dari Sabah tidak terlaksana apabila Bong Kim Boon dari Melaka dengan tidak disangka-sangka berjaya menewaskan Jolly Johnson untuk bertarung di perlawanan akhir buat kali keduanya, manakala Jolly hanya mampu menduduki tempat ketiga. Lee Thiam Siew membuktikan kehebatanya apabila mudah menewaskan Bong Kim Boon untuk mengekalkan kejuaraannya untuk kali ke lima berturut-turut. Mohd Zawawi Hussin daripada Kelantan ditempat ke 4 dan Harith Abdullah daripada Selangor hanya berjaya menduduki tempat ke lima.
Kegagalan Jolly Johnson untuk merebut gelaran bagi kategori 85kg ke atas bagaimanapun berjaya ditebus oleh anak beliau iaitu Joffry Jolly yang berjaya menewaskan Bong Kim Peng juga dari Melaka. Joffry Jolly agak mudah menewaskan Bong Kim Peng cuma dalam dua set sahaja. Sementara Azmi Hussin dari Kelantan di tempat ke 3 dan Mervyn Siew dari Selangor di tempat ke 4.
Mohd Nizar Yusof yang mewakili pasukan Selangor gagal untuk meneruskan rentak juaranya apabila tewas kepada Wong Zye Ziaen dari Sabah dalam perlawanan akhir. Mereka yang diundi bertarung di pusingan awal, telah mempamerkan perlawanan yang menarik perhatian pengunjung apabila mengambil masa hampir 20 minit yang akhirnya kemenangan berpihak kepada Wong Zye Ziaen. Hasrat Mohd Nizar untuk menebuskan kekalahan di pusingan awal tidak kecapaian apabila tewas kepada Wong Zye Ziaen sekali lagi dalam pertemuan di perlawanan akhir.
Kekecewaan pasukan Selangor untuk mencapai kejuaran dalam kategori lelaki walau bagaimana pun terubat dengan kemenangan Zuasliana Abd Kadir yang berjaya memenangi kategori Wanita Terbuka apabila menewaskan seorang lagi peserta Selangor iaitu Zuasliza Abdul Kadir di perlawanan akhir yang diadakan pada 17 Disember, 2011. Manakala Cheng Wee Hong peserta dari Melaka di tempat ke 3 dan juara bertahan Siti Khatijah Abdul Hamid juga dari Selangor hanya berjaya menduduki tempat ke 4.
Valen Low peserta dari Singapore berjaya merampas kembali kejuaran kali ini apabila berjaya menewaskan Lee Yong Seng untuk mengungguli kategori Remaja. Valen Low tidak menyertai pertandingan yang diadakan di Pulau Pinang yang mana dimenangi oleh Radzi Abdul. Walau bagaimanapun kali ini Radzi Abdullah hanya berjaya menduduki tempat ke lima di belakang Mohd Fikri Sarmini di tempat ke 3 dan Mohd Syahmi Abdul Rahman di tempat ke 4.
Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Datuk Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga batu yang diringi oleh Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro dan Encik Radzi Wahab, Pengarang Sukan Harian Metro.
Peserta-peserta bagi cara gusti lengan beratur panjang semasa pendaftaran dibuka.
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;
Kategori Remaja
- Valen Low
- Lee Yong Seng
- Mohd Fikri Sammi
- Mohd Syahmi Abdul Rahman
- Radzi Abdul
- Mohamad Iqbal Hakim bin Shamsul Izhar
- Mohd Asrin bin Ibrahim
- Ariff Fazwan Al_Hafiz bin Muhd Zain
Kategori Wanita Terbuka
- Zuasliana bte Abd Kadir
- Zuasliza binti Abd Kadir
- Cheng Kwee Hong
- Siti Khatijah bte Abd Hamid
- Yow Kui Ling
- Siti Najirah bte Abd Sahar
- Bong Chew Yean
- Salina bte Daud
Kategori Lelaki 75kg ke bawah;
- Wong Zye Ziaen
- Mohd Nizar bin Yusof
- Najib bin Yusof
- Melvyn Loh
- Mohd Anas bin Dzarib
- Hairul Nazli bin Abd Halim
- Ku Rashid bin Ku Rubi
- Tanziel Al Boharie
Kategori Lelaki 75.1kg - 85kg
- Joffry bin Jolly
- Bong Kim Peng
- Azmi bin Hussin
- Mervyn Siew
- Khairul Ridzuan bin Hamzah
- Mohd Zil Fadli bin Abd Halim
- Loqman bin Abd Mutalib
- Isman bin Wahid
Kategori lelaki 85.1 kg ke atas
- Lee Thiam Siew
- Bong Kim Boon
- Jolly Johnson
- Muhammad Zawawi Husin
- Harith bin Abdullah
- Lee Yong Seng
- Bong Kim Tian
- Valen Low
Alhamdullilah. Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada pihak Harian Metro kerana menganjurkan pertandingan gusti lengan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan yang cuba mengagalkan pertandingan. Pihak Persauan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pertandingan ini. Tidak juga lupa juga kepada mereka yang datang menyaskikan pertandingan ini walau pun diseoanjang pertandingan ini diadakan hujan telah turun namun tidk menghalang peminat gusti lengan untuk terus menyaskikan tanpa berganjak dari tempat masing. Jumpa lagi pada pertandingan akan datang.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
akademi gusti lengan,
arm wrestling,
armwrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
paantai kele
Jom Ke Pantai Kelebang, Melaka, 17 & 18 Disember ini..
Wednesday, December 14, 2011
Pertandingan Gusti Lengan Karnical gegaria anjuran Harian Metro datang lagi. Kali ini pertandingan gusti lengan akan diadakan di Pantai Kelebang, Melaka pada 17 & 18 Disember 2011. Ini merupakan acara penutup Karnival Gegaria Harian Metro 2011.
Badangpower menyeru semua pemain dan peminat gusti lengan tidak kira dari mana sekali pun, akan turun ke Pantai Kelebang bagi memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria. Tunjukan sokongan padu anda semua. Insyaallah kalau pertandingan kali ini mendapat sambutan paling haaaaaaangat!,, Badangpower yakin Harian Metro pasti tidak teragak-agak sekali lagi memilih sukan gusti lengan sebagai acara sukan untuk Karnival Gegaria tahun 2012. Borang pun ada ada disiarkan di akhbar Harian Metro.
Jadi apa lagi jom kita ke Melaka, sambil bergusti lengan jangan lupa nikmati Asam Pedas Melaka. Sekali anda rasa, anda akan selalu ingin ke Melaka. Badangpower tunggu anda di sana!!!
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
arm wrestling,
armwrestling,
gegaria harian Metro,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Melaka,
Pantai Kelebang
Terima Kasih Perbadanan Stadium Malaysia & Harian Metro
Encik Abdul Aziz Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (baju merah) menyampaikan cenderamata tanda terima kasih atas sokongan Perbadanan Stadium Malaysia kepada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia
Encik Abd Aziz bin Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor, hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutamanya kepada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia dan Encik Zulqarnain Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia kerana telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sukan gusti lengan. Selama dua tahun berturut-turut Perbadanan Stadium Malaysia menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan.
Terima kasih juga kepada pihak Harian Metro yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada sukan gusti lengan apabila terus menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada setiap Karnival Gegaria yang telah diadakan di beberapa buah negeri. Presiden PSLNS amat menghargai komitmen pihak Harian Metro kerana komited dengan sukan gusti lengan ini, walau pun terdapat beberapa golongan yang berusaha mengagalkan pertandingan ini dengan hadir semata-mata untuk membuat kacau. alhamdulillah nampaknya pihak pemain dan peminat tetap memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi. Tidak perlulah dinyatakan golongan mana yang melakukan pperbuatan keji ini kerana semuannya telah menyaksikan perbuatan mereka tempoh hari hingga memaksa pihak Pengurusan Karnival dan Presiden serta Pengarah Pertandingan PSLNS dipanggil ke Balai Polis Seberang Prai konon didakwa melakukan jenayah perdagangan kerana menganjurkan pertandingan Gusti Lengan. Sykur kepada Allah kerana niat jahat mereka tidak terlaksana dan pertandingan gusti lengan berjaya diadakan dengan jayanya.
Encik Abd Aziz juga amat berharap akan ada lebih ramai lagi agensi-agensi dan syarikat-syarikat koperat yang akan hadir membantu membangunkan sukan gusti lengan ini dengan menaja atau menganjurkan sukan gusti lengan ini untuk tahun 2012. Sukan gusti lengan amat memerlukan sokongan dari badan-badan ini bagi memastikan sukan yang telah mendapat tempat di hat rakyat Malaysia ini akan terus berkembang maju dan disertai lebih ramaai lagi rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, juga dari pelbagai peringkat umur baik kaum lelaki dan juga kaum wanita.
Akhir sekali, beliau menyeru semua pemain dan peminat sukan gusti lengan bersatu hati dan mengeratkan ikatan silatruhim sesama mereka dan menentang keras usaha pihak-pihak yang konon mengaku berjuang untuk memajukan sukan ini sebaliknya merupakan golongan yang bertindak untuk merosakan imej sukan gusti lengan melalui tindak tanduk bodoh mereka. Beliau juga percaya pemain dan peminat sukan gusti lengan tidak akan terpengaruh dengan dakyah buruk golongan ini.
Tahun 2012 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi diharapkan terus memberi sinar baru kepada sukan gusti lengan negara amnya dan di Selangor khasnya. Marilah kita berdoa agar sukan ini akan terus berkembang maju dan dilindungi dari usaha-usaha jahat setengah golongan.
Jumpa lagi.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
Abd Aziz Ali Presiden PSLNS,
arm wrestling,
armsport,
armswrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
PSM
Aksi-Aksi Hebat di Mr Selangor 2011
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
arm wrestling,
armsport,
armswrestling,
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
KSN,
Mr Selangor 2011,
PSM
MR SELANGOR 2011
Tuesday, December 13, 2011
Mohd Nizar bin Yusof Mr Selangor 2011 (Kategori C 75kg ke bawah)
Hairth Abdullah Mr Selangor 2011 (Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas)
Hairul Nazli Abd Halim Mr Selangor 2011 (Kategori B Lelaki 75.1kg - 85 kg)
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
arm wrestling,
armswrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Mr Selangor 2011
MR SELANGOR 2011: HARITH ABDULLAH, HAIRUL NAZLI, MOHD NIZAR YUSOF
Hairul Nazli menerima hadiah dan piala Mr Selangor 2011 daripada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia
Harith Abdul juara dan Mr Selangor 2011
Siti Khatijah menerima hadiah tempat pertama
Mohd Nizar Yusuf memenagi gelaran Mr Selangor 2011
Aksi-aksi menarik bagi setiap kategori termasuk kategori Wanita Terbuka berjaya memukau para penonton yang hadir menyaksi Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 & Mr Selangor 2011 yang telah diadakan Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Disember, 2011.
Pertandingan Gusti Lengan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berjaya menarik hanpir 100 penyertaan termasuk yang datang dari Kedah, Melaka, Johor dan juga dari Sabah.
Harith Abdullah yang pernah memegang gelaran Mr Selangor 2009, akhir berjaya merampas kembali gelaran Mr Selangor 2011 setelah dengan mudah menewaskan Abd Rahman Rahim. manakala Afrizal Yunus hanya mampu menduduki tempat ke tiga dan gagal mempertahankan gelaran Mr Selangor 2010. Tempat ke empat jatuh kepada pendatang baru yang telah mempamerkan permainan yang menarik iaitu Mohd Raimet Samri.
Kategori lelaki B mendapat juara baru apabila Hairul Nazli Abd Halim muncul juara setelah bertarung sengit dengan adiknya sendiri iaitu Mohd Zil Fadzli Abdul Halim, manakala Mr Selangor 2010 Marvyn Siew menduduki tempat ke tiga dan diikuti oleh Nazri Yusuf di tempat ke empat. Ini merupakan gelaran Mr Selangor yang pertama dimenangi oleh Hairul Nazli Abd Halim.
Mohd Nizar Yusof terus unggul apabila berjaya memenangi gelaran Mr Selangor untuk dua tahun berturut-turut iaitu Mr Selangor 2010 dan kali ini berjaya sekali lagi merangkul gelaran Mr Selangor 2011 apabila juga mudah menewaskan lawannya Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir. Nampaknya Sazali Nazaki sekali lagi kempunan untuk merebut gelaran Mr Selangor walaupun setelah 3 tahun mencuba. Mohd Hafiz Mohd Azmi pula menduduki tempat ke tiga dan Mohd Shahril Adha Bahari. Manakala Radzi Abdul yang memenangi kategori remaja Pertandingan Gusti Lengan Karnival Harian Metro yang diadakan di Pulau Pinang bulan lalu hanya mampu menduduki tempat ke lima.
Awalnya ramai yang menjangkakan ada pertemuan buku dengan ruas bagi kategori Wanita Terbuka, malangnya pertemuan ini tidak menjadi kenyataan apabila peserta wanita yang dijangka mampu mengugat penguasaan Siti Khadijah Abd Hamid iaitu Zuaslina Abd Kadir tidak dapat menyertai pertandingan kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Namun cabaran itu digalas oleh Zuasliza Abd Kadir.iaitu kakak kepada Zuasliana. Namun Zuasliza gagal mencabar kekuatan Siti Khadijah setelah tewas dalam perlawanan akhir untuk muncul sebagai naib juara. Bagi Siti Khatijah pula ini adalah kemenangan kali ke empat berturut-turut untuk tahun 2011. Tempat ke tiga jatuh kepada Mazuin basha dan ke empat dimenangi oleh Shareen Amilia Watuna.
Secara keseluruhan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 ini telah berjalan dengan sempurna. Penyertaan dari kaum wanita telah menunjukan peingkatan. begitu juga kualiti perlawanan bagi ketika ini juga menunjuk perubahaan ketara kerana peserta wanita kali ini telah memperlihat corak perlawanan gusti lengan yang sebenar terutama dari segi teknik perlawanan yang begitu berbeza dan bersungguh-sungguh berbeza dari apa yang dipamerkan sebelum ini. Pihak PSLNS akan berusaha pada tahun 2012 untuk mewujudkan satu gelaran khas untuk kategori wanita sekiranya sambut sebegini berterus pada pertandingan yang akan datang.
Untuk kategori lelaki pula, didapati pemain-pemain senior masih lagi menguasai empat tempat teratas dalam setiap kategori. Walau pun terdapat muka-muka baru dalam pertandingan kali ini namun masih gagal memberi saingan kepada kelompo pemain-pemain senior. Adalah diharapkan akan lebih ramai lagi muka baru yang akan muncultahun 2012 nanti.
PSLNS ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutama Pengarah Bahagian Pembangunan Acara iaitu encik Zulqurnain Mohamad dan juga semua warga PSM kerana telah memilih dan memberikan sepenuh sokongan hingga petandingan ini dapat diadakan dengan jayanya. Juga terima kasih kepada penaja-penaja atas sumbangan bagi menjayakan pertandingan ini.
Berkut adalah keputusan penuh perlawanan bagi Setiap kategori;
Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas
1. Harith Abdullah
2. Abd Rahman Rahim
3. Afrizal Yunus
4. Mohd Raimet Samri
5. Asmadi bin Abd Ghani
6. Mohd Fauzi bin Mohammad Basri
7. Awang Kenit Kinau
8. Mohd Safie Harun
Kategori B Lelaki 75.1 kg - 85kg
1. Hairul Nazli Abd Halim
2. Mohd Zil Fadzli Abd Halim
3. Melvyn Siew
4. Nazri Yusuf
5. Ahmad Johari
6. Mohamad
7. Shahrizal Md Arif
8. Razali Shahrin
Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar Yusof
2. Sazali Nazaki
3. Mohd Hafiz Mohd Azmi
4. Mohd Shahril Adha Bahari
5. Radzi bin Abdul
6. Mohhd Syahmi Abd Rahman
7. Mohd Ariff Abd Hamid
8. Mohd Azhar Mohd Hanafi
Kategori Wanita Terbuka
1. Siti Khatijah Abd Hamid
2. Zuasliza Abd Kadir
3. Mazuin Basha
4. Shareem Amilia Watuna
5. Nurlailawati Idris
6. Rozaiannah Ismail
7. Norlaila Mat
8. Zalia Awang Kenit
Dengan berakhirnya pertandingan ini, PSLNS menutup kalendar aktivitinya, dan berharap tahun 2012 yang akn mendatang ini akan dapat dimeriahka dengan lebih banyak pertandingan gusti lengan di negeri Selangor.
1. Siti Khatijah Abd Hamid
2. Zuasliza Abd Kadir
3. Mazuin Basha
4. Shareem Amilia Watuna
5. Nurlailawati Idris
6. Rozaiannah Ismail
7. Norlaila Mat
8. Zalia Awang Kenit
Dengan berakhirnya pertandingan ini, PSLNS menutup kalendar aktivitinya, dan berharap tahun 2012 yang akn mendatang ini akan dapat dimeriahka dengan lebih banyak pertandingan gusti lengan di negeri Selangor.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
arm wrestling,
armsport,
armswrestling,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Kompleks Sukan Negara,
KSN,
kursus Pengadil Gusti lengan,
perbadanan stadium malaysia,
psm stadium
Pertandingan Gusti Lengan KSN: Majlis Penyerahan Tajaan Karnival Sukan KSN
Thursday, December 1, 2011
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menutup kalendar aktiviti tahun 2011 tidak lama lagi sebaik tamatnya Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 yang sekaligus menawarkan gelaran Mr Selangor 2011 kepada juara setiap kategori yang dipertandingkan. Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara (KSN) akan diadakan pada 10 & 11 Disember, 2011 bertemptat di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Majlis Penyerahan Penajaan Program Sukan Perbadanan Stadium Malaysia telah diadakan petang tadi di Stadium Hoki Bukit Bukit Jalil. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zulqurnain Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara KSN. Tururt serta hadir pada majlis ini adalah wakil-wakil penaja.
Di samping acara gusti lengan, acara sukan lain yang turut di pertandingkan adalah acara Hoki 9 KSN dan Bola Kerajang 3 On 3. Pertandingan Hoki 9 KSN adalah merupakan acara sukan yang pertama kali diadakan. Manakala Bola Keranjang 3 on 3 merupakan kali ke dua dianjurkan oleh PSM selepas mendapat sambutan hebat dalam pertandingan yang diadakan pada bulan Julai lalu di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Pertandigan Gusti Lengan pula memasuki siri yang ke tenam dan telah diadakan selama dua tahun berturut-turut. Pihak PSLNS bersyukur kerana pihak PSM masih lagi berminat untuk menganjurkan acara gusti lengan dan berharap ianya akan terus diadakan untuk masa-masa yang akan datang. Menurut Encik Zulqurnain karnival sukan seperti ini akan dianjurkan setiap tahun.
Sementara itu, sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan bagi acara gusti lengan iaitu kategori A lelaki sahaja iaitu 85.1kg ke atas, kategori B Lelaki 75.1.kg hingga 85kg, kategori C Lelaki 75kg ke bawah dan kategori Wanita Terbuka. Pendaftaran boleh dibuat pada 10 Disember dan pada hari pertandingan pada 11 Disember, 2011. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Individu OKU (bisu dan pekak) turut digalak menyertai pertandingan ini. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM10.
Juara bagi setiap kategori akan membawa pulang gelaran Mr Selangor 2011 (kategori lelaki sahaja), wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan. Tempat kedua akan mendapat RM200, pingat dan sijil penyertaan, manakala ketiga akan mendapat RM100, medal dan sijil penyertaan Bagi tempat ke 4 hingga ke 8 akan mendapat hadiah sagu hati dan sijil penyertaan.
Kejohanan ini menerima tajaan daripada FIGOS, MILO, Gardenia, Sport Toto dan The Star.
Untuk mereka yang ingin mendaftar bagi menyertai acara gusti lengan, boleh berhubung dengan Unit Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia, Kompleks Sukan Negara (KSN) di talian 038992088 samb. 844 Haslinawati atau mendaftar terus melalui PSLNS di talian 0124189438 atau 0129402679.
Muat turun borang di http://www.stadium.gov.my/
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
arm wrestling,
armswrestling,
armswrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
KSN,
psm stadium
Aksi Kategori Lelaki Remaja (bawah 17 tahun)
Saturday, November 26, 2011
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
armswrestling fotos,
gambar gusti lengan selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor
Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro, Pulau Pinang
Thursday, November 24, 2011
Salam 1Malaysia.
Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 19 dan 20 November, 2011 yang lalu telah berjalan dengan jayanya. Bertempat di Taman Melinium, Kepala Batas, Pulau Pinang berjaya menghimpun lebih daripada 100 ahli gusti lengan dari seluruh negara. Penyertaan yang terdiri daripada remaja lelaki bawah 17 tahun, Wanita dan lelaki 3 kategori.
Sambutan kali ini begitu memberangsangkan walau pun pada waktu pagi terdapat gangguan oleh individu-inddividu yang berniat untuk mengagalkan perjalanan pertandingan ini sewaktui taklimat pertandingan oleh Ketua Pengadil sedang berlangsung (Badangpower akan huraikan hal ini kemudian). ianya tidak berjaya mempengaruhi ahli-ahli gusti lengan yang sememang tertunggu-tunggu untuk menyertai pertandingan ini.
Pertandingan untuk kategori remaja lelaki bawah 17 tahun dan kategori Wanita Terbuka telah diadakan pada 19 Disember, 2011.Siti Khatijah ismail terus mengungguli kategori Wanita Terbuka untuk kali ke tiga berturut-turut. Nampaknya belum ada peserta wanita yang mampu mencabar beliau. Manakala tanpa kehadiran Valen Low dari Singapura dalam pertandingan kali ini memberi kemenangan mudah kepada Radzi Abdul yang mewakili kelab Belia Sungai Seluang, Kulim, Kedah. Berikut adalah keputusan penuh;
Kategori Remaja Lelaki (bawah 17 tahun)
1. Radzi Abdul
2. Muhd Hatta Hawari
3. Ahmad Asry bin Ahmad Zaini
4. Muhammad Aqmal Abdul Rahman
Kategori Wanita Terbuka
1.Siti Khatijah bte Hamid
2. Yusliza Yusof
3. Mazuin Mohd Bashah
4. Yusmala Yusof
Jaguh Melaka, Lee Tiam Siew nyata terlalu unggul untuk ditewaskan apabila muncul juara buat kali keempat berturut-turut Dia terus muncul juara kategori Terbuka Lelaki 85kg ke atas untuk meraih RM800 yang ditawarkan pihak penganjur selain wang tunai tambahan RM500 yang ditawarkan olehnya sendiri sebelum ini sekiranya terdapat juara baru dalam kategori terbabit.
“Kemenangan kali keempat ini memang menggembirakan namun saingan nyata semakin sengit untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,300,” katanya yang muncul juara di Johor Bharu, Ipoh dan Temerloh. Menurut Tiam Siew, bukan kemenangan terbabit yang dimahukannya.
“Saya mengharapkan ada pencabar baru yang dapat bergelar juara. Mungkin KGHM selepas ini akan muncul pencabar yang lebih kuat terutamanya dari Sabah,” katanya.
Bong Kim Boon yang juga rakan sepelatih Lee Thiem Swee cuba memberikan saingan kepada Ah Thiem namun masih belum mampu untuk menandingan kekuatan Ah Thiiem. Beliau berjaya ke perlawanan akhir selepas menewaskan naib juara pertandingan gusti lengan yang diadakan di Temerloh iaitu Harith Abdullah dalam perlawanan sengit. Harith Abdullah mendapat tempat ke tiga dan diikuti oleh Mohd Zawawi Hussein.
Untuk kategori lelaki 75kg hingga 85kg, Bong Kim Peng dari Melaka berjaya muncul juara setelah mengalahkan Ku Ruhaizad Ku Rubi dari Perlis. Diikut oleh wakil Selangor, Mohd Zil Fadli Abdul Halim dan Ibrahim Musa dari kedah.
Mohd Nizar Yusof yang mewakili Selangor, sekali lagi berjaya muncul juara tanpa mendapat tentang hebat daripada pesaing-pesaing. Beliau dengan mudah menewaskan Ku Rashid Ku Rubi dalam perlawanan dua set. Tempat ke tiga menjadi milik Kow Peng Kuan dari Melaka dan ke empat Ali Maidin dari Kedah.
Keputusan penuh 3 kategori seperti berikut;
Kategori Lelaki 85kg ke atas
1. Lee Ah Thiem
2. Bong Kim Boon
3. Harith Abdullah
4. Mohd Zawawi Hussein
Kategori Lelaki 75kg -85kg ;
1. Bong Kim Peng
2. Ku Rohaizad Ku Rubi
3. Mohd Zil Fadli Abbd Halim
4. Ibrahim Musa
Kategori Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar bin Yusof
2. Ku Rashid Ku Rubi
3. Kow Peng Kuon
4. Ali Maidin
Badangpower bagi pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kaksih kepada pengurusan Harian Metro yang telah sudi menganjurkan pertandingan gusi lengan dengan melantik PSLNS sebagai pengendali kali ini.
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armswrestling,
armswrestling selangor,
gegaria harian Metro,
gusti lengan,
gusti lengan harian metro,
gusti lengan selangor
Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara & Mr Selangor 2011
Friday, November 11, 2011
Salam 1Malaysia.
Seperti yang pernah Badangpower war-warkan sebelum ini, satu lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan pada awal Disember iaitu Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara 2011 yang akan turut mempertandingan gelaran Mr Selangor 2011.
Pertandingan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) yang akan diadakan seperti berikut;
10 Disember 2011 (Klinik & Pameran)
11 Disember 2011 (Pertandingan - 9.00 pagi pendaftaran /11.00 pagi perlawanan)
Venue:
Stadium Hoki,Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Peraturan Am:
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.
Penyertaan:
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara, lelaki, wanita yang berumur 18 tahun ke atas. Semua penyertaan perlu serahkan borang pendaftaran sebelum atau pada 10 Disember 2011.
A Lelaki 85.1 kg ke atas ;
B Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
C Lelaki 75 kg ke bawah;
D Wanita Terbuka.
Hadiah:
Johan - Wang Tunai RM 300, medal & sijil + Mr Selangor 2011
Naib Johan - Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai - RM 100, medal & sijil
5 tempat saguhati - Hamper & sijil (kecuali kategori Wanita Terbuka)
Format Pertandingn:
Kejohanan ini hanya menggunakan format pertandingan kalah mati 2 kali. Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukan peserta –peserta yang menang & kalah. Pertandingan ini menggunakan tangan kanan sahaja.
Lain-Lain Syarat:
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Penganjur dan pengendali tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko / kemalangan / kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.
Penyertaan:
Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas. Pihak penganjur juga berhak menolak penyertaan peserta tanpa perlu menyatakan apa-apa sebab.
Yuran Penyertaan:
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama Perbadanan Stadium Malaysia di akaun berikut :-
Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Pembayaran juga boleh dibuat pada hari pertandingan.
Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara
Kompleks Sukan Negara
Tel : 03-8992 0888 samb 843 ,844 & 845
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Mereka yang ingin mendaftar melalui PSLNS boleh menghantar SMS dengan menyatakan nama, no. K/Pengenalan dan berat badan ke 0129402679.
Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melawat laman web rasmi Kompleks Sukan Negara di http://www.stadium.gov.my/ .
Armwrestling, Arm Wrestling, Selangor, gustilengan
armwrestling selangor,
gusti lengan,
gusti lengan selangor,
Kompleks Sukan Negara,
perbadanan stadium malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)