PESERTA yang mengambil bahagian dalam sukan lengan di semua lima zon Karnival Gegaria Harian Metro mahu sukan itu terus dianjurkan akhbar harian berbahasa Melayu nombor satu kerana menanggap sukan lengan semakin popular.
Lee Thiam Siew yang muncul juara dalam kategori heavyweight di semua zon mendedahkan kini penggiat sukan lengan yang sudah bersara mula kembali menjalani latihan untuk menyertai pertandingan anjuran Harian Metro.
“Sekarang peminat sukan lengan kembali aktif, semya bercakap mengenai pertandingan. Terima kasih kepada Harian Metro yang memberi nafas baru kepada sukan ini,” kata Thiam Siew.
Menurutnya lagi, tindakan Harian Metro membuka peluang kepada remaja bertanding menyaksikan lebih ramai golongan itu bergiat aktif di gimnasium.
Malah semua peserta meminta supaya kejohanan ini diteruskan tanpa menggugurkan mana-mana kategori.
Muhammad Fikri Sardimin, 17, yang kali pertama menyertai pertandingan ini mahu bergiat aktif selepas ini terutamanya selepas dia muncul pemenang tempat ketiga Sabtu lalu.
0 comments:
Post a Comment